Posts

Showing posts with the label Demam Praktikum

Bakal Berakhir.

Lama dah tak update blog ni. Haih..takde gaya nak jagi blogger tegar. Cerita kecamuk bermula. 1. Bakal berakhir kehidupan sebagai guru praktikum untuk semester ni. Markah pe pon aku tak kesah dah. Yang aku taw nak habis cepat-cepat. Ada lagi 2 kali praktikum. Sem depan paling lama. 3 Bulan. Jem! 2. Setiap kali masuk kelas relief aku akan bawak colouring page. Pernah sekali aku bagi 3 keping colouring page secara bergilir-gilir kepada murid supaya diorang ada kerja dan tak sempat nak kerjakan kawan-kawan. 3. Tak terbilang kalinya aku meroyan dalam kelas sebab budak bising. Pernah jugak masa meroyan cikgu lama lalu tepi. Malu kot!!! 4. Assignment aku baru nak buat time minggu terakhir ni. Memang terbaik! 5. Aku bercadang nak tukar praktikum mate tapi lepas disuarakan aku terus rasa bersalah dan rasa nak cancel balik decision tadi. 6. Aku harap tok wan aku sihat cepat dan boleh beraya bersama-sama. 7. Jumaat ni aku bakal berpindah keluar dari rumah sewa. Pengalaman duduk r...

Fasa 2 praktikum. Kisah di Batu Kawan.

Hari pertama ke sekolah. Cuti. Tapi guru besar suruh datang jugak sebab kena lapor diri. Tulis nama dalam buku kehadiran then balik. On the way balik, dapat call guru penolong kanan nak jumpa. So... patah balik. Alhamdulillah. Semua nampak ok. GPK baik. Bertolak ansur dan faham situasi kami selaku guru pelatih. Malangnya...buku rekod kena hantar hari Jumaat. Jem! Lesson plan hari isnin kena buat siap-siap la khamis tu. Haisy! Sebab hari ni cuti, pukul 10 balik rumah. Then order gas sebab nak masak. Seronok pulak sebab first time beli gas sendiri. Angkat tong gas dari depan rumah sendiri. Haha. Tong gas kosong memang bawak dari rumah. Petronas punya. Tetiba orang yang datang bawak gas tu turunkan gas tong biru. Cuak sekejap. Settle angkat gas masuk rumah terus kol mak. "Mak, tadi org beli gas. Tapi ia bagi tong warna lain. Tak pe ke?" Mak kata tong biru tu kecik sikit so murah sikit. Takpe, nanti gas tong tu dah habis kita beli kat Taiping dapatla tong mac...

Datang bawak vakum.

Bersawang betul belog kesayangan saya. Asal nak menaip je, tetiba rasa malas. Nak menaip je, tetiba idea pergi. Nak tulis pape pun fikir 3, 4 kali.  Haih... macam mana nak mengimbau memori kalau gaya macam ni. Hari ni datang bawak vakum untuk sedut sawang-sawang dalam belog. Rumah sewa dah siap dicuci. InsyaALLAH minggu ni dah boleh pindah masuk. Bukan nak duduk lama pun, 2 bulan je. Minggu depan start praktikum 2. Ada lagi sekali praktikum then sekali internship. Nak bagi masa cepat berlalu boleh? Aura-aura demam praktikum dah berbahang. Masa mandi pun boleh termenung fikir macam mana nak control murid-murid. Ahdoi!! Sekali lagi kena hadapi situasi bangun tido terus bersiap pegi sekolah. Menghadapi hari di sekolah. Balik sekolah dah penat gila then tido. Sambil nak tido dah mula fikir esok nak ajar apa. Nak ajar macam mana. Sampai la tertido fikirkan semua tu. Lazimnya memang termimpi carry out lesson untuk esok. Bangun je kena fikir nak siapkan worksheets. Then fikir nak fot...