Posts

Fasa 2 praktikum. Kisah di Batu Kawan.

Hari pertama ke sekolah. Cuti. Tapi guru besar suruh datang jugak sebab kena lapor diri. Tulis nama dalam buku kehadiran then balik. On the way balik, dapat call guru penolong kanan nak jumpa. So... patah balik. Alhamdulillah. Semua nampak ok. GPK baik. Bertolak ansur dan faham situasi kami selaku guru pelatih. Malangnya...buku rekod kena hantar hari Jumaat. Jem! Lesson plan hari isnin kena buat siap-siap la khamis tu. Haisy! Sebab hari ni cuti, pukul 10 balik rumah. Then order gas sebab nak masak. Seronok pulak sebab first time beli gas sendiri. Angkat tong gas dari depan rumah sendiri. Haha. Tong gas kosong memang bawak dari rumah. Petronas punya. Tetiba orang yang datang bawak gas tu turunkan gas tong biru. Cuak sekejap. Settle angkat gas masuk rumah terus kol mak. "Mak, tadi org beli gas. Tapi ia bagi tong warna lain. Tak pe ke?" Mak kata tong biru tu kecik sikit so murah sikit. Takpe, nanti gas tong tu dah habis kita beli kat Taiping dapatla tong mac...

Sementara masih ada masa

2 minggu sejak mula semester 6 ni memang relaks. Sebab assignment belum ada lagi. Tambah pula bulan depan dah mula praktikum. So, memang set dalam otak nak rehat puas-puas je. Esok dah kena mula kemas-kemas barang. Gambar passport tak amek lagi. Nak kena lekat dalam buku rekod mengajar. Nak beli speaker untuk guna dalam kelas. Mesti nak guna lagu untuk set induksi nanti. Semoga ALLAH permudahkan semua urusan supaya saya dapat lalui 3 sem yang berbaki ni dengan jaya sebelum grad. InsyaALLAH. Family dah pindah dari Taiping so terasa la jugak sebab dah makin jauh dengan keluarga. Selalunya fikir Taiping dekat je dengan Penang. Family tak jauh. Sekarang dah makin jauh. Teratak ayahanda kian sepi. Semoga ayahanda tidak sepi di sana.

Datang bawak vakum.

Bersawang betul belog kesayangan saya. Asal nak menaip je, tetiba rasa malas. Nak menaip je, tetiba idea pergi. Nak tulis pape pun fikir 3, 4 kali.  Haih... macam mana nak mengimbau memori kalau gaya macam ni. Hari ni datang bawak vakum untuk sedut sawang-sawang dalam belog. Rumah sewa dah siap dicuci. InsyaALLAH minggu ni dah boleh pindah masuk. Bukan nak duduk lama pun, 2 bulan je. Minggu depan start praktikum 2. Ada lagi sekali praktikum then sekali internship. Nak bagi masa cepat berlalu boleh? Aura-aura demam praktikum dah berbahang. Masa mandi pun boleh termenung fikir macam mana nak control murid-murid. Ahdoi!! Sekali lagi kena hadapi situasi bangun tido terus bersiap pegi sekolah. Menghadapi hari di sekolah. Balik sekolah dah penat gila then tido. Sambil nak tido dah mula fikir esok nak ajar apa. Nak ajar macam mana. Sampai la tertido fikirkan semua tu. Lazimnya memang termimpi carry out lesson untuk esok. Bangun je kena fikir nak siapkan worksheets. Then fikir nak fot...

Topik Kegemaran.

Setiap kali bersembang dengan kawan-kawan, apa topik yang selalu keluar? Kalau orang lain saya tak tahu la tapi kalau saya dan kawan-kawan... KAHWIN Topik wajib. Walaupun tak dirancang. Berbual lah topik apa pun, akhirnya mesti akan ada yang sebut pasal topik ni. Bukan setiap kali pun bercerita tentang impian masing-masing. Kadang-kadang cerita tentang kawan-kawan atau family yang baru langsungkan hari bahagia. Then, tanya sesama sendiri. Sampai satu tahap, memang akan ada la yang cakap,  "Asal cakap je mesti ada topik kahwin ni." Lepas tu mula salahkan sesama sendiri sebab mulakan topik. Selalunya lepas dah melalut bercakap panjang lebar barulah cari punca siapa yang mulakan dulu. Comel je. Depends on people la kan. Ada yang tak fikir langsung pasal hal ni. Manusia itu unik. *** Tengah cari cara mengubat hati. So far, alhamdulillah semakin baik. Tak ada la jiwa kacau lepas doa mintak pada ALLAH supaya tenangkan hati. Alhamdulillah dah boleh sedikit demi sedikit b...

Update. Cuti sekolah lagi.

Assalamua'laikum. Cuti sekolah pertengahan tahu lagi. Macam biasa, cuti dapat extra seminggu. Takde kerja nak dibuat. Huhu.. agak bosan (dah tu nak esemen kah? Oh, tak nak!) Buat diri sendiri, Cuti kali ni menuntut janji. Maaf, jawapan negatif. Uhuk2... sedih... Takpe, kita enjoy dulu!! Penantian satu penyeksaan kan? Tapi, dah ada sesuatu yang pasti, so... take step by step. Plenty of time. Sabar, Allah bagi sikit-sikit. Kena mention juga ni, kak long dia dah pregnant. Betullah jangkaan saya, mereka akan grad dengan baby. So......sweet. Sejujurnya perasaan bercampur-campur. Biarlah saya dan dia sahaja yang tahu perasaan tu (dia pun takkan faham rasa hati ni). Sabar weyh!!! More friends are getting married. Congratulations. Internet kat rumah sangatlah bengong. Sekian update yang tersekat-sekat. Doa, usaha, tawakal. Semoga ALLAH permudahkan semuanya. Plan ditunda! UWWWAAAA!!!

Cuti datang lagi

Cuti again. Dengan perancangan-perancangan tersendiri. Semoga semua berjalan lancar. InsyaALLAH. Buka cuti je tinggal 2 minggu nak bergenbira sebelum menjalani 2 bulan stress dengan praktikum. Saya dapat lecturer yang sangat menekankan student centered. Ohhoi,,, fenin. fenin... Rumah sewa still diusahakan. Transport insyaALLAH settle. Sekolah dah tengok. Rumah di taman di yang insyaALLAH bakal disewa pun dah tengok. Harap-harap dapat la kat sana. Bulan ni family saya akan pindah ke Gerik. So, bye. bye Taiping. Perancangan masa depan... in progress. Semoga dipermudahkan. Mohon doakan yang terbaik.

Tengah-tengah minggu exam ni boleh pula keluar list praktikum

Assalamua'laikum. Exam seterusnya Isnin nanti. Paper math pedagogi. Berderet jadual exam 4 hari berturut-turut. Then boleh pula semalam list praktikum keluar. So, next sem dekat seberang pula. SK Batu Kawan. Be friendly ye, next school. Masalah sekarang either nak stay asrama di pulau ni or stay dekat seberang je. Tak decide lagi tapi duduk di asrama jadi pilhan terakhir. If possible nak rumah berdekatan sekolah. Nak seberang jambatan ni duit lagi, minyak lagi. Sama je kot dengan sewa rumah. Semoga semua dipermudahkan. Mudah dapat rumah sewa (harap2 dapat yang elok dan murah la), mudah dengan pihak pentadbiran sekolah, mudah dengan murid-murid, mudah dengan P&P, mudah dengan lecturer, mudah di dunia and akhirat. Cerita pasal last paper, budaya. Macam ape la punya soalan. Tak ada dalam buku langsung. Istilah yang tak pernah belajar pun ada.  Etnosentrisme: cenderung memandang rendah terhadap budaya dan etnik lain. Menganggap etnik dan budaya sendiri lebih tinggi berbanding ...