Posts

Salam Jumaat

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada saya. Hari ni berada di rumah mertua. Mama suruh aku berpantang macam orang lepas bersalin jugak tapi tak lah strict sangat. Just bab makan mama jaga. Sakit tu tak la sangat tapi rasa pening-pening dan sesekali macam cramp kat bahagian rahim. Mungkin sebab darah yang heavy flow macam first day period disertai dengan ketulan-ketulan darah dari dinding rahim. Sedara mara yang datang melawat mesti tanya either saya jatuh ke yang menyebabkan gugur. Takde jatuh pun. Since semalam asyik terfikir apa yang menyebabkan gugur tu. Fikir macam2. Kadang-kadang jadi macam menyalahkan diri. Rasa bodohnya tak jaga betul2 lepas tahu dah pregnant. Sebab kerap travel ke? Sebab makanan or minuman tertentu ke? Kenapa dan kenapa... persoalan yang bermain2 dalam fikiran dan semestinya takde jawapan. Sebabnya doc kata benda ni normal. Puncanya janin tak sihat dan tak kuat. Or bahasa mudahnya baby sakit. Benda yang terjadi secara natural. T...

Ujian menghapus dosa..

Salam.. Alhamdulillah Allah berikan kesempatan merasai kegembiraan menerima perkhabaran sedang berbadan dua.. Astaghfirullah atas dosa2 yang telah aku lakukan. Hari ini, genap 6 minggu usia kandungan dan hanya 6 minggu our little caliph diizinkan berada dalam rahim saya. Maha Suci Allah atas ujian yang diberikan. Hari ini saya keguguran. Sedih dalam hati hanya Allah yang tahu. Semoga diampunkan dosa2 saya yang lalu. Semoga Allah izinkan saya menjadi seorang ibu pada masa akan datang apabila Dia menetapkan bahawa saya sudah layak bergelar ibu. Hari ini ada 2 khabar sedih.. Perkara yang lagi satu, semoga Allah ringankan perkara ini. Doakan saya kuat dan cepat sihat. Tiada daya upaya melainkan dengan kehendak Dia yang Maha Esa..

Posting

Assalamua'laikum wbt... Ya Allah.. bila lah nak posting?...  Semoga dapat yang terbaik di akhir penantian ni.. Amn ~

Fasa seterusnya...

Image
Sedang terfikir-fikir macam mana nak karang post kali ni. Sudah 3 bulan 2 minggu sejak tarikh pernikahan saya dan suami. Alhamdulillah masih lagi dalam honeymoon phase.. huhu.. Alhamdulillah saya dalam fasa seterusnya dalam kehidupan.. i am pregnant for about 5weeks semasa post ni ditulis. Masa mula2 kahwin dulu saya rasa tak ready lagi nak ada anak but pada bulan kedua perkahwinan saya nak sangat baby tapi masa tu belum ada rezeki lagi. Masuk bulan Mac macam biasa menunggu Miss P datang tapi dah lewat sampai 2 hari. Senyap2 beli pregnancy test kit sebab taknak husband kecewa macam bulan February dulu tetiba je uzur.. huhu.. mana lah taw dia lewat sebab masalah kenaikan berat badan yang mendadak selepas kahwin.. Masa cek guna pregnancy test kit yang pertama keputusan negative. Masa ni rasa kecewa gak sebab expect pregnant. Rupa-rupanya nak guna benda ni ada waktu yang disarankan which is early in the morning lepas bangun tidur sebab masa tu kandungan hormon dalam air kencing pal...

Selepas sebulan lebih.

Kerja - mula2 kami honeymoon dulu. Duduk2 kat rumah je. Sampai sebulan oi.. then baru sama2 mintak guru ganti. Rezeki husband murah sebab dapat tawaran guru ganti 3kali.. so sekarang si dia kerja sebagai guru ganti. Ajar pendidikan islam... baru betul 'suamiku ustaz'. hoho - aku pulak mula2 kerja kat Pappa Roti. Tahan daulat seminggu je sebelum cabut. Masa kerja terlalu panjang. Sabtu ahad pun kerja. Kesian sangat tinggal suami sorang2. Then aku kerja jadi pembantu taska. Masa kerja sampai 11 jam tapi gaji tak berbaloi. So, berhenti. Sekarang jadi suri rumah sepenuh masa je sebab husbang pun dah tak bagi kerja. Tunggu posting je.. sementara ada masa ni layan suami betul2. Nanti dah posting belum tentu ada masa nak buat macam sekarang. Sementara ni membiasakan diri dengan tugas2 seorang isteri sebelum jadi ibu pulak. Huhu... Anak -Setakat ni belum ada apa2 tanda lagi.. abg dah tak sabar nak timang anak. Mula2 dulu aku takut nak pregnant sebab takut sakit bersali...

Finally!

Image
Alhamdulillah.. segala puji bagi Maha Besar... ALLAH... Dengan sekali lafaz saya telah selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta. Bertahun-tahun menyulam cinta dengan perasaan penuh tanda tanya adakah hubungan kami akan berterusan atau tidak. Syukur akhirnya kami disatukan dalam ikatan yang suci ini.  *** 1. Syukur sangat-sangat sebab ALLAH adakan pertemuan antara kami. Allah jodohkan juga kami di dunia ini. Saya berdoa agar Allah satukan kami sehingga ke syurga.. 2. Sampai sekarang saya rasa tak percaya yang dah bersuami, Dah jadi isteri orang pun.. 3. Rasa lebih tenang sekarang. Paling best masa solat jemaah dengan suami. Allah... perasaan indah sangat. 4. Mula-mula jalan nak pegang tangan rasa segan sangat-sangat. Sampai suami pun perasan saya segan dan dia kata kena biasakan. Sebab bila suami isteri berpegangan tangan maka gugur dosa-dosa melalui celah jari mereka. Allah, dosa selama hidup ni memang tak terkira.. semoga dengan perkahwinan ni makin mendek...

Update Raikan Cinta

Tinggal kurang 10 hari untuk my big day. 1. Bilik tidur mak dan abah dah siapkan.. progress dalam 70%.. tinggal nak gubah bunga untuk sisi katil, bentang cadar dan karpet je lagi.. 2. Pelamin in progress. Buat awal sebab semua sendirian berhad. 3. Dah dua hari abah cat rumah. Alhamdulillah hari ni siap. Cat luar rumah je sebab dalam rumah cat elok lagi. 4. Homestay untuk family Selangor dah settle dibayar tapi belum ambil kunci lagi. 5. Banting saya dah sampai. Lama jugak menunggunya sampai dah mesej CheapCheap kata banting tak sampai lagi. Then elok je dah hantar mesej, barang pun sampai. Alhamdulillah.. Sekarang tengah pening siapa nak gantungkan banting tu.. Rasanya akan mintak bakal adik ipar gantungkan banting.. Direction bentuk A4 dah print. Tinggal gantungkan. Belum rasa nervous lagi.. Tapi rasa excited nak pakai inai..