Diadaptasi oleh Budd Churchward 1. Berfokus Pastikan anda memiliki perhatian semua pelajar sebelum memulakan pengajaran. Jangan cuba mengajar apabila masih ada pelajar yang berbual-bual. Biasanya, guru pelatih berharap bilik darjah akan menjadi tenteram apabila pangajaran bermula. Sebaliknya, pelajar-pelajar berkemungkinan berpendapat bahawa guru sanggup bersaing dengannya; mereka boleh bercakap walaupun guru bercakap dan guru akan bercakap dengan suara yang lebih kuat lagi. Selain itu, mereka membentuk idea bahawa guru tidak hiraukan ketidakperhatian pelajar ketika guru mengajar Teknik berfokus bererti guru meminta perhatian pelajar sebelum memulakan pengajaran - guru akan tunggu dan tidak memulakan pengajaran sehingga semua pelajar bersedia. Teknik senyap sangat berkesan. Guru boleh berhenti selama 5 - 10 saat selepas semua pelajar telah senyap. Selepas itu, gunakan suara yang lebih lembut daripada biasa. Guru yang menggunakan suara yang lembut biasanya mewujudkan bilik dar...
Comments