Posts

Showing posts from April, 2013

Pembedahan Ovarian Cyst

Salam..

Alhamdulillah dah hampir 2 minggu berlalu sejak saya menjalani pembedahan bagi membuang cyst ovari.

Permulaan...

Saya mengetahui saya mempunyai ovarian cyst semasa hari saya keguguran. Mula2 saya pergi ke Taiping Medical Centre dan jumpa doc pakar bahagian O&G untuk check pregancy sebab hari tersebut saya mengalami pendarahan secara tiba-tiba. Masa doc tu buat scan ultrasound dia nampak ada satu bulatan di luar rahim tapi dalam rahim kosong. Dia suspect saya mengandung luar rahim. So, dia suruh tunggu lagi 10 hari. Mama dan abah mertua suruh tunggu sekejap sebab nak bawa saya ke Hospital Columbia Asia sebab sebelum ni mama dan kakak ipar saya biasa dirawat oleh Dr.Khairul (Pakar O&G).
Di Hospital Columbia Asia... Masa tu dah bleeding teruk gila. Macam first day period. Dr. Khairul pun sama jugak buat ultrasound check. Tak macam doc sebelum ni Dr. Khairul nampak je bulatan dalam imej scan tu, dia terus suspect saya ada cyst... huhu.. blur.. masa ni pening2 maybe sebab d…

Laparoscopy...

Esok saya akan menjalani pembedahan laparoscopy.
Sekarang dah pukul 1 pagi. Saya tak tidur lagi dengan harapan masa menjelang esok berlalu dengan sangat lambat.
Sambil online tengok2 suami yang dah lena tidur dengan perasaan bersalah kerana selalu menyusahkan beliau.
Sungguh, Allah kurniakan suami yang baik dan soleh kepada saya.

Dulu takut pregnant sebab takut bersalin.
Hari ini saya takut tak dapat pregnant jika saya tak lalui kesakitan hari esok.
Saya takut sakit. Betul.
Semoga ALLAH mudahkan perjalanan hari esok.

Semuanya akan baik2 sahaja..
Suami yakinkan ini semua untuk kebaikan saya. Untuk kebaikan anak kami nanti.
Saya anggap semua ini bagi menghapuskan dosa2 saya yang lalu.

Mengenang sakit yang akan dilalui esok, saya teringat bahawa di akhirat kelak, di dalam syurga Allah menggantikan tubuh yang hancur diazab dengan tubuh yang baru berulang2 kali agar azab tersebut sentiasa dirasai. Astaghfirullah.. ampunkanlah dosa2 aku...

Doakan yang terbaik untuk saya..

Rezeki

Image
Allah... setiap kali nampak gambar macam ni mesti tersentak. Then terus rasa sebak.
Allah... Tahniah untuk kawan2 yang sedang melalui pengalaman pregnant. Semoga Allah izinkan saya lalui semula pengalaman itu.