Posts

Showing posts from August, 2013

Salam Syawal..

Image
Update dari Nanga Entalau, Lubok Antu, Sarawak.. Syawal kali ini sememangnya lagi bermakna dengan kehadiran suami di sisi. Meskipun begitu, syawal kali ni juga agak lain kerana pertama kali tak beraya dengan keluarga sendiri. Paling tak best, raya kali ni takde gambar raya langsung. :( Nak masuk 8 bulan saya menjadi isteri tapi masih lagi belum ada rezeki untuk bergelar ibu. Biasa la manusia bila tengok kawan2 yang kahwin lewat dari kita dah berisi, sedikit sebanyak emosi turut terusik. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kami. Inshaa Allah.  Duduk di sini tak susah. Duit pun tak keluar sangat. Yang susahnya bila nak keluar ke bandar. Sekarang musim kemarau. Air sungai cetek so tak boleh naik bot. Mujur jalan darat dah ada tapi seberang sungai di atas bukit. Mula2 kena seberang sungai dulu then kena panjat bukit. Allah tahu kalau saya pregnant mungkin saya tak kuat untuk buat semua tu. Buat masa ni saya masih lagi duduk asing dari suami. Husband di rumah guru besar