Posts

Showing posts from December, 2010

Bye Bye 2010

Image
2011 akan tiba. Semoga tahun 2011 menjadi tahun yang lebih baik berbanding 2010. Macam biasa, azam tahun baru nak belajar bersungguh-sungguh. Aik? Selama ni tak cukup bersungguh ke?  Tahun depan tak boleh boros-boros dah. Kena jimat. Beli apa yang patut. Makan apa yang perlu.  Semoga saya lebih matang. Kena lebih sabar. Tak mau cengeng-cengeng dah taw. Tahun ni nampaknya ramai kenalan yang bertukar status. Ada yang dah jadi tunangan orang. Ada yang dah jadi isteri dan suami orang. Ada yang dah jadi ibu. Congratzzz.... Pas ni nak rajin-rajin update blog sebab satu ari nanti mesti saya akan baca balik. Pastu kata dalam ati? Aik? Aku ke yang tulis macam ni? Dalam kelas taknak berangan-berangan ala-ala princess dah. Nak berpijak di bumi yang nyata. Taknak dah hujan bila kena marah. Nak senyum je. Meh sini 2011. Datang jangan tangan kosong. Bawak cinta, kebahagiaan dan keberkatan banyak-banyak. Bawak kejayaan supaya tempoh 2 tahun yang bersisa ni jadi kenangan terindah.

Hate being alone

Tak sampai 24 jam pun duduk sorang dah rasa bosan. I just hate being alone. Mak, bapak dan adik balik kampung. Angah sibuk menghadap assignment. Aku? Hadap la tv. Esok lagi merana. Pagi-pagi semua orang nak pergi hantar angah balik poli. Kereta tak muat sebab kawan angah tumpang so, aku kena lah duduk rumah sorang-sorang. Boring!!! Mak bagi cadangan supaya jahit sendiri baju yang dah siap potong tu. Er... saya tak reti la nak guna mesin canggih mak. Mr. Someone pulak ada kat Pahang. Bila berjalan ngan family, no contact2 okay. Bosan lagi. Nak buat apa ye esok? Asal bukak internet je, facebook. Blog. Lagi? Ada yang menarik tak? Huh... lagi berapa hari ye nak balik maktab? Nanti sibuk dengan kelas. Assignments. Pastu praktikum sebulan. Exam. Then cuti balik. Bosan semula. ArghH!!! Tak nak balik kampung dah. Banyak kali dah balik kampung. Beg baju kena beli lain sebab zip rosak. Ganas sangat kan. Kesian mak nanti angah kat poli. Saya kat maktab. Pagi-pagi adik sekolah. Ba

Miss Homely

Gelaran yg sy dapat masa dinner akhir tahun pengawas sekolah tahun 2005 dulu. Setiap seorang stdent form 5 masa tu akan dapat title ala-ala miss world la konon-konon. Mentang-mentang la Girl's School. Camnelah leh dapat homely (macam lonely la plak) ye? Puas saya fikir malam tu. Baru teringat, a chinese friend pernah datang rumah dan masa tu saya tengah masak. Maybe sebab tu dia cadangkan letak saya title Miss Homely (well, mesti korang payah nak fikir title pe sesuai untuk saya. Kat sekolah dulu kan tak berapa menyerlah. Sekarang pun tak menyerlah mana.) Motif entry? Saje teringat kisah lama. Cik Amal , u dapat miss apa ye? Saya lupa la.  Hari ni bangun awal. Selalu? Hehe... Esok Mr. Someone pergi Pahang with his family. Abg dia nikah. Camne ni eh... Saya orang biasa-biasa je. Family saya pun biasa-biasa je. Segan kot tengok family belah sana. Dush!

Bagaimana akhirnya saya bertudung.

Image
Salah satu misi time cuti yang saya pernah mention sebelum ni dalam post INI , dah tercapai. Kali ini bukan setakat berjaya beli je. Berjaya habiskan baca jugak dalam masa seminggu. Yeay! Tak membazir beli buku.  Dulu saya pernah baca buku ni tapi tak habis pun. Yang ni edisi lama. Cover page dia pun gambar tudung dulu-dulu. Yang ni edisi baru. Buku ni lah yang saya beli. Cover page dia lebih menarik. Lagipun buku ni hasil tulisan salah seorang wanita JIM. Maybe sebab buku dia tak tebal sangat so bolehlah habiskan cepat. Banyak kisah menarik macam mana orang-orang dalam buku ni akhirnya bertudung. Pendapat pasal cerita dalam buku ni: - Rezeki masing-masing la. Ada yag dapat kesedaran bertudung ni melalui asuhan keluarga. Ada juga yang dapat kesedaran melalui kawan-kawan. Hidayah milik ALLAH kan.. macam-macam cara Dia boleh bagi apabila Dia berkehendak. Cerita saya pula Saya mula bertudung full time masa darjah 4. Sebelum tu memang on off. Tambah pulak duduk KL (ada

Mari merepek sambil makan kerepek. (Edisi perempuan)

Motif makan kerepek? Sebab tak masak. Sudah 2 hari kembali ke rumah tapi sempat masak air je. Err.. ngan mi segera. Mak pula sedang berlatih menjadi mem besar yang memiliki tukang masak. Hehe... bezanya kena keluarkan duit. Masing-masing terlampau rajin so kita beli je la.  Hari ni sempat basuh baju dan kemas dapur je. Kalau diberi pilihan antara ruang tamu dengan dapur, aku lebih suka kemas dapur. Dapat dapur yang berkecah pun takpe sebab aku suka susun balik barang-barang kat tempat masing-masing. Masa kat dapur ni, aku ada peraturan sendiri. 1. Aku suka masak sambil cuci perkakas yang dah digunakan. Contohnya, masa goreng ikan bolehlah basuh pinggan-pinggan kotor. Mak aku pulak suka kumpul perkakas masak yang kotor dalam singki banyak-banyak. Dah siap masak baru basuh. Hmm... yang ni aku tak suka buat sebab nanti letih. Mak suka longgok-longgok pinggan dalam singki supaya anak-anak dara dia ada keje nak buat kat dapur. (^_^) 2. Lepas siap masak, lap dapur dan dinding yang terkena

Apa kena aku ni?

Kadang-kadang aku pelik ngan diri sendiri. Bukankah orang patut gembira bila tahu berita yang menggembirakan? Contohnya berita perkahwinan. Aku pelik ngan diri sendiri. Ada ke patut aku sedih berminggu-minggu sebab dengar orang nak bertunang. Then boleh pulak aku menangis depan laptop bila baca orang nak nikah. Apa kena aku ni????? Arrghhhh!!! Kenapa kau ni hati? Sakit ke? Baik gi baca Quran.

Countdown. 3 minggu lagi.

Lagi 3 minggu sebelum pulang ke Penang. Sebelum memulakan semester yang mana saya perlu ke sekolah untul berlatih mengajar. Impian masa cuti macam hampir tak kesampaian je. Belajar menjahit. At least nak try jahit blouse sendiri. Kain pulak tak beli lagi. Nak belajar menjahit kena la beli kain yang murah-murah. Kalau beli kain harga RM10 semeter, bukankah berputih mata kalau jadi baju untuk adik (padahal nak buat baju sendiri). Ataupun mungkin lebih teruk terus jadi kain buruk (padahal baru beli). Jenis kain dah intai-intai di Nagoya Tesco Taiping tapi time intai tu tak ada duit. Tengoklah nanti. Tengok lagi..bila nak beli? Beli buku Dah lama tak beli buku. Rindu pula pada hobi yang satu ni. Yang mana satu hobi ni? Beli buku or baca buku? Rasanya last beli buku Telaga Ilmu di Megamall Penang. Asyik terbayang je kedai buku sederet Tabung Haji tu. Banyak buku-buku best. Beli seronok. Baca? Sekerat. Bila ingat pula buku Don't Be Sad tak baca habis lagi, rasa sayang nak beli buku ba

4 Disember 2010

Image
My cousin. Baju nikah made by my mum. Senang la saya nikah nanti. Boleh buat songeh banyak mintak design macam-macam. Pelamin in progress. Kerusi tak sampai lagi. Yang ni pun dibuat sepenuhnya oleh mak dan bapak saya. Not bad kan? Kalau hitam putih jadi macam mana ye? Bilik tidur. Kain hitam atas tu melengkung sebenarnya. Maybe dalam gambar tak jelas sangat. Mak ngan bapak yang buat. Seharian bapak potong kayu buat lengkungan tu. Boleh guna ni untuk saya nanti. Tapi tukar design la. Macam biasa, tempat makan pengantin. Gambar ni diambil pagi kenduri. Sarung kerusi pun tak tutup habis lagi. Takut kotor sangat time majlis. Nampak tak riben oren pada sarung kerusi tu? Entah siapa punya kerja, time kemas-kemas riben tu hilang satu. Pelik betul. Riben tu diikat kuat. Memang sah kena rembat. Mak yang buat sarung kerusi dan riben tu. Riben tu unik sikit sebab berjahit elok. Bukan main ikat-ikat macam riben kat kerusi kenduri selalu tu. Meja untuk rombongan pengantin lela