Posts

Showing posts from March, 2011

Ulser dan garam

Sudah 3-4 hari mulut sakit sebab ulser. Semua sebab gelojoh masa gosok gigi lepas tu berus gigi terkeluar dari landasan gigi dan terbabas ke gusi. Mula-mula kecil je luka tapi lama-lama ulser makin merebak. Bila dah sampai nak ambil wuduk pun susah, nak kena buat something ni! Malam tadi dengan penuh geram terus ambil garam halus then bubuh pada ulser. Allah... Meleleh air mata. Pedih yang amat. Then terus tido sambil tahan gusi yang berdenyut-denyut sakit. Esok pagi dah lega sikit. Nak basuh muka time ambil wuduk pun tak sakit dah. Alhamdulillah. Sebelum ni memang tak percaya. Apa kaitan ulser dengan garam? So, siapa ada ulser dalam mulut bolehlah try. Sakit memang sakit masa letak tapi insyaALLAH akan berkurang. Try ye.

Seminggu sudah Cikgu Murni... (jgn kaitkan dgn Haji Bakhil!)

I use my second name di sekolah. But still the PK had to mention my full name during the assembly. So, yesterday a teacher ask who is Cikgu Murni (which is me and  I didn't use that name on my name tag). Ayat wajib. Cikgu Murni. Haji Bakhil. Uhuks. Saya membesar dengan cerita tu la. ... Setakat ni alhamdulillah, environment sekolah best. Cikgu-cikgu baik. Cuma budak je buas. Kerja nak bertumbuk je. Maybe saya tak jumpa lagi cara yang betul untuk handle budak-budak ni. Isnin ni baru mengajar. Tajuk addition of mixed number. Hurm... budak kelas ni boleh tahan la. Berlagak pandai dan suka buat bising. Hopefully diorang under control nanti. Hari tu ada masuk kelas dan buat games untuk kenal serba sedikit perangai mereka. Pergh!! Bising! Speaking bukan main lagi. Berlagak pandai ada jugak. Tapi still ada yang senyap. Maybe nampak ada kawan yang berlagak pandai, diorang pun menumpang sama. Susah. Bila dah tusyen, dah rasa hebat, cikgu ajar semuanya salah pada diorang.

Kena marah dalam mimpi.

Sedih sangat masa bangun tidur pagi tadi sebab mimpi kena marah dengan 'bakal abg ipar'. Ni mesti sebab selalu sangat jadi stalker. Uhuk. Uhuk. Kan best dapat apa yang mereka dapat. Hee... sabar je la. Hari ni dah dapat jadual. So, confirm kena mengajar darjah 4 dan 5. Yang bestnya, kelas darjah 5 tu dah kena cop kelas 'berlagak pandai'. Ish. Tadi sempat lalu nak tengok situasi. Mak aih. Ramainya. Rapat-rapat mereka duduk. Dah mula risau sebab cikgu lama pun cakap kelas ni tak boleh dikawal. Macam mana nanti?? Papan kenyataan surau dah siap. Ok la untuk orang yang tak berseni macam saya. PK2 nampak macam marah je tadi sebab 2 kali datang jumpa dia sebab nak minta jadual. Salah ke? Saya just datang dan senyum je. Even dalam hati memang niat nak minta jadual. Bukan sebab tak sabar nak masuk mengajar tapi sebab kena jumpa guru pembimbing segera. Hope cikgu tu tak simpan dalam hati. (^_^) Sebagai balasan, masa meeting Sabtu ni dapat 'hadiah'. Kena ba

Saya bukan ustazah.

Hari pertama. Alhamdulillah berjalan lancar. Memang pengalaman SBE dulu jadi pegalaman berguna. Semoga berterusan untuk hari-hari seterusnya. Sekolah ada 1 bangunan sahaja. Tapi budak-budaknya, Ya ALLAH... sabar je la. Buas. Kena rotan banyak kali pun boleh buat relaks je. Yang best kat sekolah ni, kebanyakan cikgu-cikgu baik-baik. Tak macam sekolah SBE last sem. Minggu depan students exam. Hurmm.. tertunda la nak masuk mengajar. Budak 1: Eh.. cikgu baru. Budak 2: Tu ustazah baru la. (referred to me) uhuk. uhuk. ustazah? tak layak la dik oi. Ustaz: Kamu pandai tulis khat tak? Kawan 1: Tak. Kawan 2: Tak. Ustaz: Kamu. SMKA kan dulu? (bercakap dengan saya) Saya: Kami sekolah Methodist ja dulu (loghat utara). Ustaz: Tersalah tembak la pulak. Nampak labuh-labuh je. (gelak-gelak) Saya: Ustaz stereotaip ni. Uhuk. Uhuk. SMKA? Taklah.. Sekolah gereja je. Macam mana hari Rabu ni ye. Boys School mana ada Puteri Islam. Di maktab join PPIM. Ades. Kena jadi pek... la. *pen

Mencabar

Semakin hari semakin mencabar. Semakin penat. Semakin sakit. Tak dapat dinafikan juga semakin sayang. Tapi cabaran makin kuat. Semoga terus bertahan. Amin.

A week before.....

Assalamua'laikum. Selamat bercuti kepada semua yang bercuti. Student U tak cuti kan? Kan? hehe.. Cuti kali ni di rumah tokwan Gerik. Satu beg guni Tesco assignment + buku persediaan mengajar+ buku laporan praktikum saya angkut sekali. Printer pun terpaksa angkut sama sebab ada banyak bahan nak dicetak. Berdebar menunggu minggu depan. PRAKTIKUM!!! Boys, please behave. I don't have any experience teaching pupils yet. Please behave. Jangan bagi class control saya fail. Please. Please. Hurm... Macam mana ni. Dah makin gemok. Sebelum ni memang gemok pun. Mesti ada insan yang gembira baca statement di atas. Then, lebih gembira bila dapat hina saya di khalayak ramai. Dia terlupa dia pun tak sempurna. Malas saya nak membalas je. Nanti 2x5 je macam 'orang' tak berhati perut tu. Satu hari tak menyakitkan hati kawan sendiri, tak sah. Or maybe saya ni bukan dalam friendlist tapi dalam clownlist dia. Maybe prinsip dia, sakitkan hati orang agar hati sendiri ber

Kesilapan = Hukuman

Setiap yang bersalah mesti berani terima hukuman. Macam mana pula bila saya tak tahu apa yang saya buat dulu tu menjadi satu kesalahan? Saya sedang dihukum. Saya dihukum atas kesalahan lampau yang saya tak tahu pun apa yang saya buat dulu menjadi satu kesalahan. Dan orang yang menghukum saya tak tahu bahawa saya betul-betul sedang menderita atas hukuman ni. Luar senyum, hati menangis. Selagi saya tak melangkah, saya masih dalam tempoh hukuman. Saya tak boleh melangkah seorang diri. Start the first step, please! Sebelum hati ni hancur berkecai.

Lepas seorang, seorang lagi.

Harap maklum. Seorang lagi kawan dah melangkah ke alam baru. Kawan sekolah menengah dulu dah jadi isteri orang. (^_^) Tahniah, kawan.

Kenapa di tepi jalan?

Assalamua'laikum. (^_^) Hari ni masak sebab nak jimat. Setakat ni alhamdulillah tak membazir lagi. Masakan semua habis dimakan. Lauk hari ni sardin + sayur kubis bunga tumis + telur dadar. Petang ni niat nak siapkan refleksi. Tengoklah nanti macam mana. Rasanya minggu praktikum nanti sibuk sangat-sangat. Harap-harap suasana sekolah sesuai dengan saya. Semoga cikgu-cikgu di sana baik-baik. Tadi on the way balik ternampak seorang mak cik dekat tepi bus stand. Dia bawa bungkusan plastik yang besar dan diletakkan di sebelah. Masa saya lalu (naik kereta), saya nampak mak cik tu tengah makan nasi dari atas buskusan plastik besar tu. Mungkin dia buat macam meja sebab plastik oren tu sangat besar. Sedih betul tengok mak cik yang dah tua makan di tepi bus stand macam tu. Tengah panas terik pula. Sedihnya. Mesti dia lapar sangat. Yang sedihnya kenapa mak cik tu bawa beg plastik besar seorang diri? Makan pun tepi jalan seorang diri. Sedih betul bila tengok situasi macam ni.

Sibuk

Sibuk la sangat.  Semalam ada taklimat refleksi. Petang-petang. Secara kasarnya nampak macam tak berapa hangat je sebab petang-petang ni panas. Dapat pula duduk bilik aircond. Mostly terangguk-angguk. Bukan faham. Terlentok.  Seharian hari ni pula ada Taklimat Praktikum. Wah. Wah. Kerja bertimbun. Sedih pula sebab taklimat kali ni makanan tak disediakan (makan je kau ye. Hehe. Cafe jauh la nak turun naik bukit). If kutip duit setiap kelas then sediakan makanan pun ok gak daripada time rehat pergi turun kafe yang agak jauh tu. Esok ada taklimat lagi. Tadi buat assignment BI. Tak faham betul bahagian Sintaksis. Teruk la macam ni. Ohhoi! Esok nak tanya lecturer. Refleksi Madam S** H** dah 6 minggu tertunda. Mampus nak mengarang! Apa nak goreng eh..? Hari ni makan dua kali di kedai semuanya. Habis hampir RM23 (makan 2 orang). Kalau masak sendiri tak la mahal macam ni. Esok masak yeay!! Kebelakangan ni gila makan popcorn. Waaa... sedap!

Tabiat pelik.

Image
Satu kejadian di hadapan mata. Seorang perempuan yang cantik manis dengan sengaja meletakkan cawan plastik yang layak dimasukkan ke dalam tong sampah tetapi diletakkan di tempat yang tak sepatutnya. Contohnya macam gambar di bawah. Tangga di asrama. Credit to insan yang snap gambar ni. Macam mana dengan tabiat macam ni ye? Kan ada tong sampah. Kenapa mesti jadikan 'hiasan' di tempat-tempat tak sepatutnya menggunakan barang buangan? Basic je ni. Sampah buang di dalam tong sampah. Kalau tinggal macam ni pun bukan ada orang lain yang boleh guna. Mungkin niat orang tu nak wakafkan cawan penyek sisa ni sebab tu tinggalkan di tempat tak sepatutnya. Memang betul nanti ada pekerja yang akan kemaskan tapi bukankah lebih elok kalau kita sendiri yang jaga kebersihan? Kan bagus kalau dapat ringankan kerja orang lain dan secara tidak langsung menjaga kebersihan. Jadi, kena reflect balik. Jaga kebersihan sama-sama ye. Jangan buang sampah merata-rata.

Perlu ke kau buat macam tu???

Seorang lagi kenalan saya dah jadi isteri orang. Tahniah buat Syazana dan suami. Macam-macam kisah dah jadi, sedang jadi dan bakal jadi. Uhuk. Uhuk. Bila orang separuh hati nak bawa, saya pun dah jadi separuh hati nak pergi. Tapi sedih juga kalau tak dapat pergi sebab ni first time kawan maktab yang duduk belah utara kenduri. Transport pun dah ada tapi tuan punya transport pula buat separuh hati. Sedih kot. Kalau saya ada transport sendiri, saya pergi sendiri. Tak payah menyusahkan orang. Yelah. Kita ni menumpang je. (peh...ayatt..) Tak best kan kalau dah plan suddenly tak jadi. Masalahnya tak jadi tu bukan sebab betul-betul tak boleh elak tapi sebab satu pihak yang buat perangai sambil lewa. So, tengok la macam mana nanti. Ada rezeki sampai la ke sana. Sedih. Sedih. ... Semalam memang meletup sebab sendiri yang cari penyakit. Saya patut berhenti buat kegemaran yang satu tu sebab saya tak tahan sakit hati. Kalau orang dah janji tapi dia tak buat tak ke engkau sakit

Random

Image
Tiba-tiba terlebih rajin so hari ni masak untuk lunch. Sambal telur dan sayur kobis bunga tumis simple je. Dapat 8 bintang compared to sardin dulu (4 bintang je). Wah, semangat lagi nak masak macam ni. Heeee.....(^_^) Sebelum tu, Hijau kena masuk bengkel lagi sebab ada something wrong. Bila drive je ada bunyi macam besi terseret bawah Hijau. 2 kali dah Hijau datang sini. Rupa-rupanya memang betul ada besi tapi belah dalam. Bahagian mana entah bos tu cakap. Biasa la. Orang perempuan mana ambil tahu sangat pasal kereta ni. Bila sebut pun tak tahu bahagian mana. So, biarkan tuan Hijau yang settle semua. Cerita pasal kereta ni, saya dah cuak bawa si Putih. 1. Enjin tak boleh start masa nak balik dari sekolah time SBE kat Taiping dulu. Nasiblah sekolah dekat dengan rumah. Boleh la call mak. 2. Baru-baru ni on the road masa tengah drive enjin boleh mati tiba-tiba. Time tu hujan lebat. Wiper terus berhenti tengah-tengah windshield. Cuak kot. Dah la masa tu ada dengan adik

Monolog Dalaman

Nama pun monolog dalaman, so saya guna 'aku' la ye. Bercakap dengan diri sendiri. Macam poyo je kan sebab post kat blog mesti ada yang terbaca. Rasa nak simpan luahan hati kat sini untuk masa depan. Saya suka baca balik post tahun-tahun lepas. Walaupun tak lama mana lagi tapi saya sedar ada perubahan dalam pemikiran saya. Tak semua benda sesuai nak cerita kat orang kan? Kalau tulis kat sini je boleh tak? Tulis je dulu, kalau ada orang sound....cepat-cepat padam. Heh! Boleh ye cam tu? Bukan apa. Iman tu selalu turun naik. Nak mula mana dulu ye... Boleh mula ye. Ehem. Ehem. Testing. Assalamua'laikum hati. Pasal hati dulu kot. Post sebelum ni pasal ubat hati.Sebab aku sedar ada something tak kena dengan hati aku. Bila aku tak dapat kawal emosi sendiri. Sejujur dan seikhlasnya, bukan senang nak jaga hati sendiri. Apatah lagi hati orang lain. Tapi salah aku sendiri sebab aku tak cuba ubat hati yang satu ni. Aku pernah terbaca, kalau baik hati maka baiklah i