Posts

Showing posts from March, 2012

Hebat betul

Image
Aku memang teror la.. dah sebulan lebih praktikum, Action Research aku tak gerak lagi pun. Mampos!!! Aku tak faham la GSTT yang duduk kat blok aku ni. Suka buat bising. Main kejar-kejar macam budak2. Suka basuh baju berjemaah sampai banjir toilet paras ni. Tu tak termasuk lagi suka buang segala jenis sampah dalam tong sanitary. Taw tak tu tong untuk tuala wanita je??????? Adoi la. Kotak ubat gigi pun ada kat situ. Kau pakai kotak ubat gigi as pad ke? Ada lagi. Pas membuang tak flush. Busuk gila toilet tu. Ada yang kencing dalam shower room. Padahal dalam tu takde longkang langsung. Baru-baru ni pulak ada yang tinggal pad tak basuh langsung atas tempat sabun dalam toilet. Mana letak common sense diorang pun tak taw la. Apa dia ingat ada tukang cuci pad ke?? Masa mandi suka bukak forum then cakap jerit-jerit dalam shower room. Pening betul! Macam-macam bahasa ada. Kalau aku paham takpe la jugak. Time orang nak solat especially maghrib, time tu jugaklah diorang bersesak-ses

Calon suamiku..hamboi!

Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami:- 1. Solat fardhu cukup 5 waktu.  (Alhamdulillah..setakat kenal memang jenis jaga solat.) 2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau. (Gaji start tahun depan sebab tahun depan baru posting. Starting dalam 2000..) 3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. (Lesen moto kete ada, setakat ni ada Viva sebijik even ditaja lagi.. basikal ada gak, in case tajaan ditarik. haha) 4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain. (Lulusan SMKA. Harap-harap dulu gi sekolah memang blaja la ye...) 5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'&qu

Hati jahat aku

Aku cuba menganbil kata-kata dia dari sudut positif...tapi aku tetap tak dapat. Mungkin aku terlalu cemburukan si dia atas untung nasibnya. Mungkin juga aku mempertikaikan apa yang dia cakap. Hakikat sebenarnya berbeza. Dia tahu tak sebab dia, aku yang boleh menumpang tuah tak mampu menumpang. Semua dia kaut sorang. Then dia berbangga atas untung nasibnya. Jimat eh.. Jimat la bukan duit kau!!!!! Argh!!! Aku meroyan lagi macam ni.

Bahagia

Aku bahagia dapat duduk rumah, makan tido sampai badan gemok.. Ups... Bab badan gemok tu aku tak bahagia. Aku hepi sebab bangun pagi tak stress kena pergi sekolah. Boleh tido awal (awal ke? Dok tido pukul 12 gak bila takde keje. Bila banyak keje mula lah nak tido awal.) Makin ramai kawan2 kahwin ngan bertunang. Comelnya diorang.. Aim aku memang nak kurus sebelum majlis. Aku ni memang orang jenis kuat berangan. Planning aku memang jangka masa panjang punya. Cuma planning aku kadang2 bercampur yang relevan dan tidak je. Nak kurus menda? Balik umah, mak masak sedap mulalah aku hadap pinggan tak ingat diet. Masa tu, melayang la sume planning aku. waaaaa!!!! Aku ni antara mangsa eh. boleh la..mangsa kadar metabolisma rendah. Aku makan terlebih maka cepatlah gemok. Orang yang kenal aku akan tahu macam mana aku struggle untuk kurus. Dan...kelemahan aku cepat sangat berpuas hati. Dah turun 7-8 kg, aku dah enjoy. Uhuk2... dan orang-orang yang kadar metabolisma tinggi takkan faham

Setiap semester pun macam ni

Seriously, aku memang tengah sesak kewangan sekarang ni. Sape nak tolong? Nanti aku bagi akaun bank. Sem ni paling sakit sebab sem ni laptop yang dah berkhidmat selama 4 tahun kiok sudah.. maka aku terpaksa melaburkan RM 2000 untuk beli laptop baru. So, sekarang ni dalam bank aku mmg ada RM40. Macam mana nak survive?? Pinjam meminjam ni memang aku nak elak. Sebab nanti akan mengakibatkan duit sem depan susut. Macam mana? Macam mana? Macam mana? Nak tuntut hutang macam tak sampai hati. Adoi..... Time ni lah baru menyesal sebab dari foundation tak simpan duit. Praktikum guna banyak duit weyh!!!

Sepanjang sebulan berpraktikum. Few tips also.

Assalamua'laikum belog dan orang2 yang tersinggah masuk belog buruk yang tak berfaedah ni. (^_^) Dah genap sebulan saya berpraktikum. Sebulan juga saya menggila setiap kali hari Rabu sebab hari Khamis ada 2 lesson plan. Sebulan ni juga English Lesson I tak berapa nak bagus. Sometimes saya rasa English Lesson dan saya tak berapa nak berjodoh. Adoi.... Di sebalik semua tu, banyak juga yang dah improve semester ni. 1. My class control is getting better. Saya dah tahu macam mana nak marah budak bila berlaku perkara tak patut dan tetiba pulak boleh tukar tune jadi baik dengan budak. Hm... marah sungguh-sungguh biar budak meluat dengan kita tapi bila dia baik dan buat apa yang sepatutnya, kita buat baik betul2 sampai dia rasa "wa.... cikgu sayang aku seorang sahaja." 2. Sistem token aku memang berjaya menarik minat diorang..tapi...aku pulak yang selalu lupa tambah token. Mulai minggu depan nak rajin2 nilai budak biar token bertambah. 3. Ada 4,5 orang budak yang p