Posts

Showing posts from 2014

Anniversary

Image
Semalam dok tgk kalendar.. 9 Nov.. Birthday siapa ye? Macam familiar je tarikh ni..
Tetiba rasa nak godek2 blog..

" 7 YEARS 1 DAY"

Dah 10 Nov pun sekarang baru teringat semalam ulang tahun ke 7 saya dan suami. 7 tahun lepas suami meluahkan perasaan kepada saya.. huhu. Tetiba leh terlupa pulak tarikh penting.

So, untuk suami yang sama2 lupa anniversary kita... tahun ni abg di Sarawak dan saya di semenanjung menghabiskan maternity leave saya.. even tak dapat sambut dengan makan kek sesama cam selalu, saya nak ucap terima kasih untuk semuanya abg.. abg hadiah paling berharga dalam hidup saya. Aufa juga. I love u!


Hakuna Matata

SALAM..

Ada satu hari dok cari maksud benda ni. Dr hasil google, it means jangan risau. Sekarang tgh dok risau pasal cuti bersalin yg aku-tny-ko-xgtaw-bila-abes then suddenly nt ada panggilan masuk kerja, padahal baki lg seminggu je pon. Haaihhh... stress.. nak minx cuti tanpa gaji pon xbleh sbb kerani xgtaw ag bila exact date abes cuti.. sabarr je la.

Kelahiran Aufa Afiya

Image
Pengalaman saya lahirkan anak pertama ini taklah menarik sangat pun sebab dari minggu ke39 sy dah dimaklumkan bahawa saya akan melahirkan melalui pembedahan.. siap dr suruh pilih 29hb or 2hb.. paling elok dr suggest 29hb sbb tak terlalu lewat dan kebetulan hari tu hari jumaat...
Suami saya balik awal dari Sarawak sebab nak luangkan masa dengan saya hujung2 pregnancy. Sempat juga la gi dating berdua ngan perut yg sarat.
Hari yang dijanjikan, saya dah siap2 packing beg untuk ke Columbia Asia Hospital, Taiping. Pukul 8 admit ward. Then tunggu doktor datang check jalan lagi.. mana lah taw ada rezeki bersalin normal..  Dalam pukul 9.30 pagi doc datang n check jalan. Kali ni check jalan agak sakit. Mungkin saya terpengaruh dengan cerita2 orang yang check jalan tu sakit padahal sebelum ni okay je.. Doc kata xboleh juga sebab kedudukan baby tinggi xturun lagi.. huhu sabar je la anak ibu nak keluar ikut tingkap ye.. Lagipun saya takde contraction langsung dan bukaan pun tak ada. So bersiap2la…

Cerita balik check up..

Maybe hari ni adalah check up terakhir... huhu... alkisah...

Datang pukul 9.45 pagi ke hospital columbia dengan adikku.
Doc ada operation so tunggu punya tunggu, kol 11 baru dapat jmpe doc..
Datang2 nurse dah tanya soalan lazim setiap kali datang... xsakit lagi? sambil tangan usap perut yang boyot ni...
"Apa yang syok sangat dok dalam tu??" tanya nurse yang comel tadi... hehe

Doc pun tanya... xsakit lagi?
x...
Doc check jalan (seluk).. hmm... xde bukaan langsung dan bad news... rahim tinggi... xrasa kepala baby langsung.
Scan baby... semua okay even air ketuban dah kurang sikit tapi still okay..
Berat baby estimate dlm 3.5kg...

Bincang2 lama doc pk... finally
KENA OPERATE!!
Pilih2 tarikh... yang terbaik Jumaat ni... 29/8/2014..
Sayang ibu nak keluar ikut tingkap ye??

Tanya doc lagi... xboleh bersalin normal?
Terlalu berisiko.. at the end doc risau berakhir dengan pembedahan jugak sebab.. rahim tinggi, jalan tak buka langsung..
Baby besar sangat ke doc?
X... baby dalam range..…

Tinggal genap seminggu sebelum due date.

Image
Salam...
Malam ni rasa nak cerita serba sedikit pengalaman sepanjang mengandung ni. Saja suka2 nanti boleh baca. Or boleh juga bagi anak2 baca. Macam yang pernah saya tulis sebelum ni. Kandungan kali ini kandungan kedua. Kandungan pertama hanya mampu bertahan sepanjang 6 minggu. Diikuti dengan kisah teratoma cyst yang perlu dibedah. Then. try to conceive sepanjang 8 bulan... akhirnya Allah izinkan saya mengandung lagi pada penghujung tahun 2013, saya dapat berita bahawa saya pregnant lagi. Alhamdulillah...
Masa ni gembira tak terkata... punya la lama menunggu.. setahun genap selepas ulangtahun perkahwinan kami baru dapat rezeki ini.. Syukur sangat.. 
Then kena terbang ke Sarawak kerana tuntutan kerja. Memang kami tawakal je disertai doa supaya anak dalam kandungan sihat dan kuat untuk perjalanan jauh ini. Alhamdulillah sampai ke saat ini masih lagi berpeluang merasa tendangan yang membahagiakan ini.. Esok cukup usia kandungan 39 minggu.. Menunggu dari minggu ke minggu adalah pengalam…

Random

Image
Miss my other half so much.. Gambar raya pertama, raya haji pertama dan raya bertiga pertama. In sha ALLAH tahun depan raya bertiga bersama2 lagi.. or mungkin boleh jadi berempat? huhu...

3rd trimester.

Alhamdulillah hari ini genap 38 minggu baby dalam rahim ibu... Baki lagi 2 minggu untuk sampai ke due date. Abah baby ada di Sarawak sebab bertugas dan currently saya ada di Taiping memulakan maternity leave. Tak best langsung cuti tapi xde husband di sisi. Nak pergi mana2 pun saya drive sendiri je.. Tak pun mak dan abah bawakan. Selalunya saya pergi sendiri sebab malas nak menyusahkan orang lain.
Since balik cuti raya lagi saya dah check up di Columbia Asia Taiping sebab bercadang nak bersalin di sini. Last week check katanya jalan belum buka lagi dan baby still seronok duduk di dalam. Hari ni check up pun doc kata berat baby dah dalam anggaran 3.3 kg.. Amboi nak... membesar bagaikan juara.. Takpe nak, kawan ibu bersalinkan anak dia 3.9kg boleh je secara normal. Mak saya dulu pun gagah je bersalinkan adik seberat 4kg.. Ibu harap janganlag besar sangat ye nak... huhu.. Padahal salah ibu kuat makan. Total weight gain sepanjang mengandung ialah 17 kg... waaa... clap2.. tahniah ye. Gemok…

Update bulan Jun

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik perut dah memboyot tanda anak makin membesar. Tinggal baki 2 bulan lagi.. kejap je dah 7 bulan. 
Sepanjang cuti yang lepas semua plan dapat dilaksanakan. Paling best dan excited sekali scan 3D baby.. cute sangat anak ibu. Mula-mula mengiring. Lama doktor pujuk sebab nak tengok muka dia. Gender pun dah tahu tapi saya still beli barang baby yang universal. So in case doctor tersilap tengok tak la haru sangat. huhu...
Sekarang baby dah rasa makin berat sebab nak jalan pun kena slow2 sebab rasa macam ada tekanan sikit kat bawah. Saya still di pedalaman. Lagi 3 minggu baru dapat balik rumah untuk cuti bersalin. Itu pun minggu terakhir yang boleh naik kapal terbang. Apa nak buat, kerja di perantauan.. Sedih pula nak tinggal husband. Nak tunggu sini pun bahaya sebab hospital jauh... perjalanan naik bot 2-3 jam. Naik kereta 1-2 jam baru sampai hospital. Bahaya. Doakan baby keluar di semenanjung nanti dengan mudah dan selamat ye.
Last check up masalah ba…

Cuti sekolah.

Salam..

Hari ni Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis terbang ke semenanjung... Huih... Lambat lagi tu... seminggu lagi.. Kawan2 lain ada yang dah selamat terbang pulang pun.. Apa nak buat. Sabar je la.. Nasib suami dok sekali. Rabu depan ada appointment ngan doktor unt scan si comel ni.. tu yang terpaksa ibu ngan abah balik lewat... Takpe2 lagi 2 bulan cuti panjangggg... cuti bersalin. Sabar dulu.. Tapi masa cuti tu mesti tak best sebab PJJ ngan husband. Siapa nak urut2 masa sakit nanti..

Selamat bercuti murid2 dan cikgu.. Terutamanya cikgu2 yang jauh dari keluarga. Plan cuti ni:

1) Nak jalan2 Penang.
2) Nak attend kenduri kawan2.. (sadly just boleh attend kenduri yang berdekatan sahaja.)
3) Beli barang baby.
4) Beli hadiah kawen kawan2 dan pos bagi yang tak dapat attend.
5) Beli hadiah baby kawan dan jiran terdekat.
6) Scan 3D baby... excited!

Masuk 26 minggu

Image
Alhamdulillah pregnancy sudah hampir 26 minggu..  Masa 3 bulan pertama macam yang orang selalu cerita memang bulan2 alahan. Saya rasa alahan saya tak berapa teruk nak dibandingkan dengan orang lain. Sebab dalam 3 bulan dalam seminggu dia saja saya tak dapat masak sebab loya.  Alahan yang biasa, masa gosok gigi rasa loya. Then, muntah setiap pagi. Pernah juga dah prepare nak masak tetiba boleh termuntah tepi dapur. Memang out of control. Selalunya muntah air je.. Kecuali kalau cari pasal makan benda2 yang masam memang akan keluar balik semua yang dimakan hari tersebut. Mula2 tak kenal macam mana baby bergerak. Sebab ingatkan angin dalam perut. Rupa2nya itulah gerakan baby. Sekarang je dah boleh kenal. Sebab baby dah makin besar. Masuk 26 minggu ni rasa macam kurang dapat rasa baby gerak. Mungkin kedudukan baby yang lain. Semoga ALLAH pelihara anak ibu abah ni.. Pedih ulu hati memang sakit yang satu2nya tak ada ubat dan kena sabar je.. sebab baby makin besar dan tolak organ2 naik ke atas. K…

Update bulan Februari..

Alhamdulillah dah masuk pun bulan Mac.. Maknanya sekarang saya dah masuk pun trimester kedua. So rasanya boleh dah nak cerita kronologi TTC sampai sekarang..
April 2013: Saya keguguran anak pertama.. Masa tu baby baru 6 minggu. Gugur sendiri dan complete miscarriage. Takde kena cuci sebab semua keluar sendiri. Just doc bagi makan ubat untuk kosongkan rahim then keluar darah period.. exactly hari keguguran saya dapat tahu saya ada cyst. Kiri dan kanan ovari. Dua minggu lepas tu bedah.. Asalnya doc nak buat laparoscopy je.. Dah tebuk pun n masuk kamera then tgk jenis cyst teratoma tak dapat keluarkan melalui drilling je.. So belah panjang sejengkal jugak la.. 
Lepas bedah rehat 3 bulan then try to conceive semula. Tak lekat. Pressure makin terasa sebab family mertua mula bertanya2 bila nak ada anak.. stress.. usaha sungguh-sungguh sampai rasa tak seronok bila bersama suami sebab pressure nakkan hasil. Stress bila someone in family said badan saya makin gemuk tapi takde isi. Sedih. sedi…

Dear baby..

Image
Abah n ibu love you.
besar dengan sihat ye sayang...
abah dan ibu tunggu baby lahir..
Tak sabar nak tgk budak tecik yang kuat tendang ibu ni..

penat

Penat betul mengajar tahun 1.. paling penat bila mengajar budak yang tak faham bahasa.. masa kelas keje asek nak tengok luar... aaargghhhh... stresssssss... suruh duduk wat xtaw.. suruh bangun geleng kepala xnak. Payah betul bila ajar anak org.... kaedah pe la yang aku patut gne pun aku dah buntu.