Posts

Showing posts from March, 2013

Salam Jumaat

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada saya. Hari ni berada di rumah mertua. Mama suruh aku berpantang macam orang lepas bersalin jugak tapi tak lah strict sangat. Just bab makan mama jaga. Sakit tu tak la sangat tapi rasa pening-pening dan sesekali macam cramp kat bahagian rahim. Mungkin sebab darah yang heavy flow macam first day period disertai dengan ketulan-ketulan darah dari dinding rahim. Sedara mara yang datang melawat mesti tanya either saya jatuh ke yang menyebabkan gugur. Takde jatuh pun. Since semalam asyik terfikir apa yang menyebabkan gugur tu. Fikir macam2. Kadang-kadang jadi macam menyalahkan diri. Rasa bodohnya tak jaga betul2 lepas tahu dah pregnant. Sebab kerap travel ke? Sebab makanan or minuman tertentu ke? Kenapa dan kenapa... persoalan yang bermain2 dalam fikiran dan semestinya takde jawapan. Sebabnya doc kata benda ni normal. Puncanya janin tak sihat dan tak kuat. Or bahasa mudahnya baby sakit. Benda yang terjadi secara natural. T

Ujian menghapus dosa..

Salam.. Alhamdulillah Allah berikan kesempatan merasai kegembiraan menerima perkhabaran sedang berbadan dua.. Astaghfirullah atas dosa2 yang telah aku lakukan. Hari ini, genap 6 minggu usia kandungan dan hanya 6 minggu our little caliph diizinkan berada dalam rahim saya. Maha Suci Allah atas ujian yang diberikan. Hari ini saya keguguran. Sedih dalam hati hanya Allah yang tahu. Semoga diampunkan dosa2 saya yang lalu. Semoga Allah izinkan saya menjadi seorang ibu pada masa akan datang apabila Dia menetapkan bahawa saya sudah layak bergelar ibu. Hari ini ada 2 khabar sedih.. Perkara yang lagi satu, semoga Allah ringankan perkara ini. Doakan saya kuat dan cepat sihat. Tiada daya upaya melainkan dengan kehendak Dia yang Maha Esa..

Posting

Assalamua'laikum wbt... Ya Allah.. bila lah nak posting?...  Semoga dapat yang terbaik di akhir penantian ni.. Amn ~

Fasa seterusnya...

Image
Sedang terfikir-fikir macam mana nak karang post kali ni. Sudah 3 bulan 2 minggu sejak tarikh pernikahan saya dan suami. Alhamdulillah masih lagi dalam honeymoon phase.. huhu.. Alhamdulillah saya dalam fasa seterusnya dalam kehidupan.. i am pregnant for about 5weeks semasa post ni ditulis. Masa mula2 kahwin dulu saya rasa tak ready lagi nak ada anak but pada bulan kedua perkahwinan saya nak sangat baby tapi masa tu belum ada rezeki lagi. Masuk bulan Mac macam biasa menunggu Miss P datang tapi dah lewat sampai 2 hari. Senyap2 beli pregnancy test kit sebab taknak husband kecewa macam bulan February dulu tetiba je uzur.. huhu.. mana lah taw dia lewat sebab masalah kenaikan berat badan yang mendadak selepas kahwin.. Masa cek guna pregnancy test kit yang pertama keputusan negative. Masa ni rasa kecewa gak sebab expect pregnant. Rupa-rupanya nak guna benda ni ada waktu yang disarankan which is early in the morning lepas bangun tidur sebab masa tu kandungan hormon dalam air kencing pal