Posts

Showing posts from January, 2012

Khabar hati Wirdati

Semalam rasa sedih sangat sebab takde rumet, takde Hawa, takde Asmat nak sembang-sembang. Semua kena duduk Balik Pulau untuk praktikum. Aku, Ina ngan Nik tak ber'rumet' untuk 3 bulan ni. Sunyi.... buat aku sedar. Mungkin Allah nak aku belajar untuk hidup seorang. Hidup bergantung hanya pada Dia. Latihan untuk posting nanti. Macam ni pun aku dah sedih... aku terbayang dalam kubur nanti. Sorang-sorang.


Malam tadi nak tido aku dok tengok katil rumet. Sunyi tido sorang2.


Pagi tadi 5.30 Cik Ku tolong kejut. Dia ketuk pintu sampai aku bangun. Terima kasih...aku kunci jam pukul 6..


Esok mula mengajar. Aku berangan nak rehat2 dulu minggu ni. Berangan je la. Lecturer aku pun dah buat lawatan sosial dan tetap tarikh untuk observe sepanjang 3 bulan ni.
Aku kena conduct aerobik. OMG!!! Aku malu sesangat bab-bab ni. Tak suka. Segan. Aku terpaksa untuk rela.


Aku mengajar darjah 3. Comel kan. Semester ni aku kena jadi fun.

Aku start ajar BI unit cerita. Haha... tak sia-sia aku buat mikro…

Tak nak tulis tajuk

Back to hostel after CNY holiday for almoat a week. Esok bermulalah segalanya~~~
Haha... esok mula praktikum. Aku still dalam dilema dengan tajuk AR yang tetiba je aku rasa tak meyakinkan. Boleh pulak dalam kepala ni nak ubah kepada recreational games in math. Hm...

1st day.. masih terlalu awal untuk predict either aku kuat ataupun tidak.
Barang-barang praktikum insyaALLAH ok. Portfolio je tak up to date lagi. Tak mula pun lagi sebenarnya.
Sem ni aku dapat lecturer terbaikkkkkk... semoga aku dapat memenuhi kehendak dan tahap beliau.
Praktikum kali ni kali ketiga. Maknanya aku dah mengajar di 3 sekolah berbeza dan bawa seribu kenangan dan pengalaman. Sem lepas sem yang agak buruk bagi aku dari aspek subjek minor. Bila mengingatkannya rasa sakit hati. Malas nak ingat. Memang aku menangis sem lepas. Tapi bukan depan lecturer itu. Aku tak pernah menangis depan lecturer yang datang 2 kali untuk observe semata-mata itu.

Even dah 3 kali ke sekolah untuk mengajar, aku kena hati-hati sem n…

Stalker berjaya

Berjaya la sangat. Haha.. Memangla aku suka menyakitkan hati sendiri dengan men'stalk' orang-orang tu.
Almaklumlah orang tengah bahagia. Mesti update fb benda-benda yang happy pada dia tapi mensakitkan hati seorang stalker berjaya seperti saya. Siapa suruh cari penyakit kan? Kan?
Kenapa belum sampai masa aku lagi???????????? Haaaaaa!!!!!!!!
Mula la nak meroyan tu. Sabar. Sabar. Nanti sampai masa kau. Yang kau dok stalk orang tu kenapa?
Aku nak tengok perkembangan dia.....
Nak buat pe kau amek tahu? Dia happy je hidup, kau yang asyik meroyan. Tak payah sibuk-sibuk la.
Aku nak tengok kenapa dia boleh dapat apa yang aku tak boleh dapat. Kenapa dia senang-senang je dapat pe yang aku tak boleh dapat. Kenapa semua senang untuk dia. Aku nak tahu!!!!!!
Dah kau yang nak tengok dia sangat kenapa nak jeles-jeles pasal pe?
Dasar perempuan. Benda kecik pun nak jeles.

Sejak bila jadi penakut entah

Tahun lepas pernah accident kecil dengan Mr. Someone masa on the way balik dari lunch. Since that day, saya jadi penakut setiap kali jadi penumpang yang duduk sebelah driver. Sampai hari ni pun rasa kecut je perut bila nampak kereta dari kiri kanan macam rapat ke kereta yang sedang saya naik tu. Kat Penang ni faham-faham je la orang bawak kereta macam mana. Lunch tadi masa Ina bawak kereta tangan saya kejap-kejap genggam kuat-kuat. Ina jenis cemas gak kalau saya jerit-jerit. Kang tak pasal-pasal dia halau kuar kereta so menjerit dalam hati je la. Agaknya saya patut tengok depan je masa tumpang kereta orang. Kalau tengok side mirror, simpang kiri kanan, confirm hati kecut je rasa. Hopefully dapat hilangkan fobia ni sebab time praktikum confirm kena bawak kereta Ina jugak. Kesian jugak kalau asyik dia je yang drive.
Sebut pasal praktikum, tak suka jam pagi2!

Final semester

Penat.. penat sama macam pergi praktikum. Kelas full sampai petang sebab kena cover subjek yang patut ajar tempoh 6 bulan compress jadi 3 minggu je. Minggu depan dah mula praktikum.
Tajuk AR dah pilih tapi tetiba pulak sama ngan senior just senior punya tak spesifik. Kira bolehla ye.. teruskan kajian.
Final year ni nak baik-baik je ngan semua kawan batch. Nanti tak tahu bila nak jumpa lagi kan. Sedih pulak bila fikir camtu. Tapi ada jugak orang yang sejak foundation sampai sekarang sama je perangainya. Tak faham betul. Study excellent tapi....
Tahun ni juga aku dapat rasa yang sistem sokongan di sekeliling makin kuat. Sokongan dari kawan-kawan tak kira la aspek akademik or peribadi memang tip top. Terbaik. Siapa tak suka bila kawan-kawan ambil berat? Angkat tangan!! hihi..
Diorang bukan je sokong bab AR yang memeningkan kepala tapi kelas even sampai petang pun rasa seronok bila ada je kawan-kawan yang buat kita rasa happy. Bab peribadi pun support habis terutamanya masalah aku ya…

Posting 2012

Sebenarnya aku bercadang nak siapkan power point presentation untuk esok. Saje nak buat awal sebab malas nak turun kafe malam ni. Biasa la kalau dah connect internet maka haruslah membuka fb. Tak wajib pun tapi sokmo gitu. Seniors mostly dapat posting Sarawak. Ada terasa sedih jugak bagi pihak diorang sebab tak dapat negeri yang diminta. Paling sedih ngan pasangan-pasangan yang terpisah sementara tu. Aku tahun depan tak tahu lagi macam mana. Sedih. Sedih. Mr. Someone dah mula train aku untuk jauh sikit-sikit. Dia kata tak boleh tinggal terus. Slowly. Hopefully dapat posting senegeri nanti. Senang nak urus hal-hal yang sepatutnya untuk tahun depan.
Dah masuk final year ni semedang je orang tanya bila lagi? Bila lagi? Bila lagi? Ada yang tanya bulan 5 ni ke?
Jawabnya mudah... senyum dan kata InsyaALLAH tak lama lagi.
Classmate yang dulu cakap lambat lagi pun dah mula ubah fikiran kepada hujung tahun ni.
Anda bila lagi? HAHA
Tajuk Action Research tak fikir lagi. Proposal hantar Rabu d…

Hari Mood Main Buaian

Image
Takde kena mengena langsung dengan buaian di taman permainan.
Kat Penang ni tengah ada PC Fair. Macam selalu lah, asal PC Fair ada je mesti aku tengah kering takde duit time tu. Mr. Someone pulak gi mesej tanya pasal pendrive 4gb yang sememangnya aku nak dari dulu tapi tak beli pun lagi. Dah tanya tu ingatkan dia dah belikan rupanya tak.
Huuuuu....terus berangin la kepala aku.
Kecewa sebenarnya. Panjang la ceritanya sampai bawak time makan. Jap. Aku makan apa eh semalam? Ha.. makan mee goreng kat nasik kandar. Merajuk pun gi jugak makan. Mana tak gemuk. Bak kata dia, awak kalau merajuk taknak makan bagai then pas ilang merajuk makan lagi banyak daripada biasa. Hoho. Teruk bebenar.
Bleh pulak la gi Mydin tengah poket kosong ni. Memang menonong je la aku jalan tak pandang kiri kanan. Dah duit takde buat pe nak belek-belek barang. Aku tak suka gi belek-belek macam nak beli tapi sebenarnya tak beli pun. Kalau ada duit aku dengan suka hati akan membelek barang-barang kat pasaran. Takde …

Praktikum 3

Selamat Tahun Baru 2012.. Masa mula-mula masuk maktab dulu aku dok kira 5 tahun setengah dari tarikh aku mendaftar, tahun 2012 adalah final year dan aku akan grad tahun tu. Hihi...  Masa tu rasa lama gila nak tunggu 2012.  Setahun lagi.
First week mula sem 7 dah pun dapat assignments dan dah pun mula pembentangan. Laju kot!!! Lecturer dah mula ajar pasal action research (selalu tershashul menyabutnye). Aku tak decide lagi tajuk AR aku. rasa macam kecik lagi nak kena pikir benda2 dewasa ni. Malas!! Tapi aku yakin semangat aku tahun ni membara2 sebab day first lagi aku dah semangat nak wat ulangkaji. haha...
List praktikum dah keluar. Tak macam sebelum2 ni aku tak excited sangat. Aku tahu sekolah mana dan siapa lecturer pon kawan-kawan yang bagitahu. Sem ni kena praktikum 3 bulan dan aku bakal ditempatkan di Sekolah Kebangsaan TT... hihi tahu? Kat George Town. Masa praktikum sebulan aritu aku rasa dah jauh benar SK St Xavier tapi praktikum seterusnya aku kena kat Batu Kawan. Lagi jauh …

Final Year

Tajuk je final year.. bukan nak cerita sangat pun pasal final year tahun ni...
Finally sampai juga ke maktab tercinta pada tahun ini. Tahun kelima di Penang.
Azam tahun baru takde sebab tiap-tiap bulan pun aku buat azam baru. Hihi..


Macam mana pun.. azam yang lama masih lagi aku bawak sampai hari ini iaitu...mengikut jejak langkah rumet.

Yang tahu tu tahulah. Yang tak tahu tu tak nak bagitaw..

POYO gila!