BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Boleh ikut kalau suka

Serasi Bersama

Daisypath Anniversary tickers

K.A.M.I

Daisypath Anniversary tickers

Aufa Afiya

Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 10, 2014

Anniversary

Semalam dok tgk kalendar.. 9 Nov.. Birthday siapa ye? Macam familiar je tarikh ni..
Tetiba rasa nak godek2 blog..

" 7 YEARS 1 DAY"

Dah 10 Nov pun sekarang baru teringat semalam ulang tahun ke 7 saya dan suami. 7 tahun lepas suami meluahkan perasaan kepada saya.. huhu. Tetiba leh terlupa pulak tarikh penting.

So, untuk suami yang sama2 lupa anniversary kita... tahun ni abg di Sarawak dan saya di semenanjung menghabiskan maternity leave saya.. even tak dapat sambut dengan makan kek sesama cam selalu, saya nak ucap terima kasih untuk semuanya abg.. abg hadiah paling berharga dalam hidup saya. Aufa juga. I love u!


Friday, November 7, 2014

Hakuna Matata

SALAM..

Ada satu hari dok cari maksud benda ni. Dr hasil google, it means jangan risau. Sekarang tgh dok risau pasal cuti bersalin yg aku-tny-ko-xgtaw-bila-abes then suddenly nt ada panggilan masuk kerja, padahal baki lg seminggu je pon. Haaihhh... stress.. nak minx cuti tanpa gaji pon xbleh sbb kerani xgtaw ag bila exact date abes cuti.. sabarr je la.

Sunday, September 7, 2014

Kelahiran Aufa Afiya

Pengalaman saya lahirkan anak pertama ini taklah menarik sangat pun sebab dari minggu ke39 sy dah dimaklumkan bahawa saya akan melahirkan melalui pembedahan.. siap dr suruh pilih 29hb or 2hb.. paling elok dr suggest 29hb sbb tak terlalu lewat dan kebetulan hari tu hari jumaat...

Suami saya balik awal dari Sarawak sebab nak luangkan masa dengan saya hujung2 pregnancy. Sempat juga la gi dating berdua ngan perut yg sarat.

Hari yang dijanjikan, saya dah siap2 packing beg untuk ke Columbia Asia Hospital, Taiping. Pukul 8 admit ward. Then tunggu doktor datang check jalan lagi.. mana lah taw ada rezeki bersalin normal.. 
Dalam pukul 9.30 pagi doc datang n check jalan. Kali ni check jalan agak sakit. Mungkin saya terpengaruh dengan cerita2 orang yang check jalan tu sakit padahal sebelum ni okay je.. Doc kata xboleh juga sebab kedudukan baby tinggi xturun lagi.. huhu sabar je la anak ibu nak keluar ikut tingkap ye.. Lagipun saya takde contraction langsung dan bukaan pun tak ada. So bersiap2lah saya nak kena bedah. Nurse datang untuk saya isi form. Kebenaran husband masuk OT dan untuk urusan pendaftaran anak nanti. Nurse juga datang untuk shave tempat yang nak dibedah nanti. Kali ni dari wad lagi saya dah ditolak untuk ke OT. Tak ada lagi naik kerusi roda ke OT macam pembedahan cyst sebelum ni..

Masuk je OT kali ni ditemani suami so takde rasa berdebar2 macam dulu. Pengalaman dah ada. Then doc bius datang sembang2 dan ambil tanda tangan. Cucuk drip kat tangan kiri. Husband pulak pergi tukar baju untuk masuk OT. Sementara tunggu OT sedia saya sembang2 dulu ngan husband. Bila semua dah sedia dan saya ditolak masuk ke OT, husband diminta tunggu kat luar sekejap sebab saya nak kena bius dulu. Bius kali ni separuh badan sahaja dari pinggang ke bawah. saya diminta duduk sambil peluk bantal. Doktor bius tekan2 tulang belakang untuk cari tempat nak cucuk ubat bius.. Uihhhh.... macam kena renjatan kecil masa tulang belakang dicucuk. Bergerak sikit badan saya sebab tahan sakit. Taklah sakit sangat pun tapi first time kena cucuk tulang belakang.. doktor pesan jangan bergerak. Takot jarum patah kot. huhu.. seriau.. seriau... yang ni memang membawa ke alam mimpi lepas pembedahan sebab seriau sangat. Then saya rasa punggung makin sejuk. Rasa semut-semut menjalar sampai ke hujung kaki. Masa ni nurse dah start letak tiub untuk air kencing. Serius cakap memang tak rasa apa dah. Rasa orang sentuh tapi deria sakit dah hilang. Subhanallah. Hebatnya ALLAH memberi ilham pada orang untuk cipta ubat bius macam ni. Bila saya dah baring, bahagian dada diturunkan tirai. Ala... tak nampak la apa yang berlaku di bawah sana. Doktor yang nak bedah pun panggil suami. Belah kiri kepala saya nampak doktor bius tengah monitor saya manakala belah kanan kepala ada husband tengah duduk. Saya nampak ramai sangat orang dalam pakaian pembedahan warna biru. Then nampak nurse ke doktor ntah dah ready kain di tangan untuk sambut baby.

Doc kata "Kita mula ye." Saya mengucap dulu sambil baca doa nabi Yunus. Tangan kanan husband pegang sambil mata dia mengintai2 apa yang doktor tengah buat. Saya tanya doktor bius kenapa saya still rasa tangan orang pegang-pegang perut saya? Dia jawab memang rasa orang sentuh tapi tak rasa sakit. Jangan risau. Bergoyang-goyang rasa perut diproses. Then terbau hangit. Saya ada baca masa doc gne laser memang terbau hangit. Saya tanya husband, laser ke? Husband angguk sambil explain apa yang dia nampak. Terdengar juga bunyi guntingan daging perut. Berkali-kali juga saya tanya dah keluar ke baby? Husband cakap belum lagi.. Sabar... Tiba-tiba rasa suara makin lemah. Even usaha cakap kuat tapi slow je suara yang keluar. Kesan ubat bius muka saya rasa gatal-gatal sangat. Macam penuh dengan semut. Nurse sangat alert bila saya kata gatal muka. Dia gosok2 muka saya dengan sapu tangan. Kemudian husband pulak sambung. Gatal kat mata, hidung, mulut. Semua bahagian muka gatal sepanjang pembedahan sampai recovery dalam wad. Then saya terasa gerakan doktor yang agak laju pada bahagian perut. Bunyi suara baby dan suara doktor sedang iqamat masa bawa baby keluar. Sebak betul masa tu. Menangis terharu saya mendengar suara insan yang ditunggu2 sepanjang 39minggu 4hari. Husband pun nampak sebak di sebalik mask yang dia pakai. Doktor kata betul keputusan pembedahan ni sebab baby dah buang air besar sikit. Alhamdulillah lahir juga anak ibu.. Mata saya pandang je ke bahagian atas kepala sebelah kanan tempat nurse sedang sedut cecair dari hidung dan mulut baby. Nyaring sungguh suara anak ibu.. Husband ambil peluang rakam proses tu. Husband cium pipi saya dan kata anak kita dah keluar. Kuat suara dia. Then saya rasa mengantuk sangat. Nurse bawa baby dan tunjukkan baby perempuan then bagi saya cium baby... saya still menangis lagi masa ni. Husband dan baby dibawa ke bilik lain untuk bersihkan baby dan husband nak azan dan iqamatkan. Saya pulak rasanya dah ke alam mimpi sebab rasa lemah sangat. Yang seterusnya saya tak berapa ingat even sedar. Saya rasa letih tapi pembedahan tu rasa sekejap sangat. 

Yang saya ingat seterusnya saya masuk ke wad untuk rehat dan tak boleh bangun selama 6jam. Tak boleh makan minum selagi belum kentut. Saya tido je sebab rasa letih. Pembedahan kali ni tak sesakit pembedahan buang ovarian cyst dulu. Hari pertama memang saya tak rasa sakit sangat macam dulu. Saya siap tanya doktor kenapa pembedahan kali ni xsakit macam dulu.. Doktor kata mungkin sebab saya dah ada pengalaman dan mungkin juga sebab doktor bius kali ni better than before. Alhamdulillah. Saya percaya ni semua rahmat Allah sebab Allah tahu setakat mana yang saya mampu tanggung, Kadang2 saya sentap juga bila ada segelintir orang yang menganggap bersalin melalui pembedahan ni tak semulia wanita yang bersalin secara normal. Saya sentiasa berdoa supaya ALLAH izinkan saya bersalin dengan mudah dan selamat. Mungkin ini yang paling mudah untuk saya. Rezeki masing-masing. Bukan saya yang minta kena bedah. Cuma saya tak ada rezeki bersalin secara normal. 

Buah hati pengarang jantung saya. Both of them.

P/s: Hujung kehamilan saya rajin minum air kelapa muda dan virgin coconut oil. Baby lahir bersih je. Then dah 10 hari kelahiran kulit baby tak mengelupas sangat. Licin je.. Alhamdulillah. Kuasa ALLAH.

Monday, August 25, 2014

Cerita balik check up..

Maybe hari ni adalah check up terakhir... huhu... alkisah...

Datang pukul 9.45 pagi ke hospital columbia dengan adikku.
Doc ada operation so tunggu punya tunggu, kol 11 baru dapat jmpe doc..
Datang2 nurse dah tanya soalan lazim setiap kali datang... xsakit lagi? sambil tangan usap perut yang boyot ni...
"Apa yang syok sangat dok dalam tu??" tanya nurse yang comel tadi... hehe

Doc pun tanya... xsakit lagi?
x...
Doc check jalan (seluk).. hmm... xde bukaan langsung dan bad news... rahim tinggi... xrasa kepala baby langsung.
Scan baby... semua okay even air ketuban dah kurang sikit tapi still okay..
Berat baby estimate dlm 3.5kg...

Bincang2 lama doc pk... finally
KENA OPERATE!!
Pilih2 tarikh... yang terbaik Jumaat ni... 29/8/2014..
Sayang ibu nak keluar ikut tingkap ye??

Tanya doc lagi... xboleh bersalin normal?
Terlalu berisiko.. at the end doc risau berakhir dengan pembedahan jugak sebab.. rahim tinggi, jalan tak buka langsung..
Baby besar sangat ke doc?
X... baby dalam range... ok.. dalam graph lagi..
Takut xlepas teran..
Masalah rahim..
hm.. blurrrr...
oklah doc... buatlah yang terbaik...
tanya apa efek bedah ni...
Anak xdapat ramai.. dlm 3 or 4 org je..
Sedih...
Tapi mungkin tu yang terbaik...

Then inform husband, family...

"Tu la.. lain kali jangan makan banyak sangat.."
"Tak pernah jumpa bidan ke?"
"Kak long dulu jumpa bidan."

Hmmm... diam je la..
Salah aku ke aku kena bedah?

Kenapa aku nak kena jumpa bidan sedangkan aku xde masalah sepanjang mengandung?
Dosa sebab aku makan banyak?
Kenapa soalan2 yang aku takde jawapan yang aku dapat saat aku perlukan kata2 peransang yang dapat redakan perasaan ni?

Aku doakan yang terbaik...
mungkin ini yang terbaik untuk aku...
Semoga ALLAH permudahkan urusan aku..
Semoga ALLAH selamatkan semuanya..
Tak sabar nak jumpa suami esok malam. Penawar hati aku. Penguat semangat aku..

Thanks untuk keluarga yang memberi dorongan.
Thanks juga untuk keluarga yang merusuh perasaanku..
Sesungguhnya aku manusia biasa dengan hati kaca.

Ibu doakan anak ibu jadi anak solehah.. amin...

Sunday, August 24, 2014

Tinggal genap seminggu sebelum due date.

Salam...

Malam ni rasa nak cerita serba sedikit pengalaman sepanjang mengandung ni. Saja suka2 nanti boleh baca. Or boleh juga bagi anak2 baca. Macam yang pernah saya tulis sebelum ni. Kandungan kali ini kandungan kedua. Kandungan pertama hanya mampu bertahan sepanjang 6 minggu. Diikuti dengan kisah teratoma cyst yang perlu dibedah. Then. try to conceive sepanjang 8 bulan... akhirnya Allah izinkan saya mengandung lagi pada penghujung tahun 2013, saya dapat berita bahawa saya pregnant lagi. Alhamdulillah...

Masa ni gembira tak terkata... punya la lama menunggu.. setahun genap selepas ulangtahun perkahwinan kami baru dapat rezeki ini.. Syukur sangat.. 

Then kena terbang ke Sarawak kerana tuntutan kerja. Memang kami tawakal je disertai doa supaya anak dalam kandungan sihat dan kuat untuk perjalanan jauh ini. Alhamdulillah sampai ke saat ini masih lagi berpeluang merasa tendangan yang membahagiakan ini.. Esok cukup usia kandungan 39 minggu.. Menunggu dari minggu ke minggu adalah pengalaman yang sangat membahagiakan. Demi anak, saya dan suami sanggup stay di pedalaman selama yang boleh. Paling lama saya stay 3 bulan tanpa keluar ke mana-mana. Hanya suami keluar ke pekan untuk beli keperluan dapur kami. Demi keselamatan anak dalam kandungan memang saya usaha hadkan pergerakan. Sebab untuk ke pekan perlu naik perahu selama 2 ke 3 jam dan baik hilux selama 2-3 jam lagi.. terlalu banyak pergerakan. Tapi apalah ertinya usaha kita tanpa izin DIA... itu yang saya belajar sepanjang tempoh try to conceive kami. Terlalu bergantung pada usaha kami sampai terlupa memandang izin dari DIA yang maha mencipta. Semua berjalan lancar dengan izin DIA..

Sepanjang trimester pertama saya alami alahan yang sederhana.. tak la terlampau teruk sampai tak mampu bangun. Tapi ada tempoh yang saya tak mampu nak masak langsung. Suami yang soleh ini la yang masak untuk isterinya.. di pedalaman ni tak ada kedai. Masak sendiri je untuk dapatkan bekalan makanan yang halal. Suami saya alhamdulillah soleh.. menyenangkan isteri. Tak pernah merungut melayan saya. Setiap kali memandang wajah dia masa tidur saya doakan supaya ALLAH beri ganjaran syurga pada dia sebab terlalu baik buat saya yang sangat banyak kelemahan.. Saya tahu ada bidadari memandang dia dari sana kerana solehnya dia buat saya yang sangat lemah dan kurang ini. Terima kasih abg.. 

1) Untuk setiap kali abg picit kepala saya bila saya sakit kepala.
2) Untuk setiap kali abg picitkan kaki saya yang lenguh membawa badan yang berat.
3) Untuk setiap kali abg cucikan baju saya sebab saya tak mampu cuci pakaian guna tangan lepas pembedahan dulu.
4) Untuk setiap kali abg masakkan dan buatkan air untuk saya dan baby dalam kandungan ni.
5) Untuk setiap kali abg sapu rumah dan kutip najis cicak supaya rumah kita sentiasa bersih meskipun reput sana sini.
6) Untuk setiap kali abg mengangkut air dari bawah rumah ke atas sepanjang musim kemarau.
7) Untuk setiap kali abg belikan keperluan dan kehendak saya sepanjang saya mengandung. Teringin buah tembikai sanggup abg pikul beg berat lebih 30kg berisi barangan dapur tambah lagi buah tembikai turun naik bukit dan merentas sungai.
8) Untuk setiap kali abg peluk dan cium saya bagi membahagiakan saya.
9) Untuk setiap kata-kata baik yang abg lafaz untuk membahagiakan saya.
10) Untuk setiap kebaikan abg pada saya walau sebesar zarah..

Semoga ALLAH membalasnya kerana saya insan serba kurang tak mampu membalas segala jasa dan pengorbanan abg untuk saya.. love you till Jannah.. In sha ALLAH...
Cuci barang dapur setiap kali lepas makan dan masak kat bawah rumah sebab atas rumah air tak naik...

Angkut air setiap hari 3 kali untuk saya mandi.






Random

Doakan saya dapat bersalin normal... amin...

Miss my other half so much.. Gambar raya pertama, raya haji pertama dan raya bertiga pertama. In sha ALLAH tahun depan raya bertiga bersama2 lagi.. or mungkin boleh jadi berempat? huhu...

Monday, August 18, 2014

3rd trimester.

Alhamdulillah hari ini genap 38 minggu baby dalam rahim ibu... Baki lagi 2 minggu untuk sampai ke due date. Abah baby ada di Sarawak sebab bertugas dan currently saya ada di Taiping memulakan maternity leave. Tak best langsung cuti tapi xde husband di sisi. Nak pergi mana2 pun saya drive sendiri je.. Tak pun mak dan abah bawakan. Selalunya saya pergi sendiri sebab malas nak menyusahkan orang lain.


Since balik cuti raya lagi saya dah check up di Columbia Asia Taiping sebab bercadang nak bersalin di sini. Last week check katanya jalan belum buka lagi dan baby still seronok duduk di dalam. Hari ni check up pun doc kata berat baby dah dalam anggaran 3.3 kg.. Amboi nak... membesar bagaikan juara.. Takpe nak, kawan ibu bersalinkan anak dia 3.9kg boleh je secara normal. Mak saya dulu pun gagah je bersalinkan adik seberat 4kg.. Ibu harap janganlag besar sangat ye nak... huhu.. Padahal salah ibu kuat makan. Total weight gain sepanjang mengandung ialah 17 kg... waaa... clap2.. tahniah ye. Gemok sgt dah sekarang ni..

Di kesempatan ini nak ucapkan tahniah kepada best friend tersayang, Pn Suhaila sebab disahkan pregnant. Even it is still too early, saya berharap baby sue membesar dengan sihat bagaikan juara seperti baby dlm kandungan saya.. hihi..

Tahniah juga kepada classmate, Pn Aini sebab dah selamat lahirkan baby boy seberat 3.9kg.. Ko la inspirasi aku aini.. hehe..

Tahniah juga kepada biras dan abg ipar yang menerima kelahiran baby girl seberat 3.05 kg.. semoga saya pun dipermudahkan untuk lalui pengalaman bersalin tu..

Hari ni survey harga dekat columbia. Normal: RM2.5k, Ceasar: RM5k, emergency ceaser: RM6.5k..
Hopefully dapat yang terbaik. Semua dah tercatat kan... redha je..

Tadi tanya doc macam mana saya ni.. dia kata tgk dlu minggu depan macam mana sbb sy xsakit lagi.. kalo still sama dia akan tgk dlu sama ada nak induce atau tunggu lagi sminggu. Haih.. semoga ditetapkanlah yang terbaik untuk saya. AMIN...