Posts

Showing posts from February, 2011

Something wrong somewhere

Beberapa hari ni cepat betul bom meletup Baru je berazam tak nak marah, tak sampai setengah jam dah berdentum. Something wrong somewhere. Sebab sudah dikenal pasti. Terpulanglah kepada diri sendiri nak bertindak atau pun tidak. Jangan sampai menyesal kemudian hari disebabkan menjunjung tinggi ego sendiri. Ubat Hati Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa . Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam . Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”. Wirdati, Tiada daya upaya melainkan dengan keizinan-Nya.  

FePTra lagi.

Image
Alhamdulillah hari ni selesai menghantar assignment Pendidikan.  Semalam macam tak cukup tangan je nak buat kerja.  Kena buat ABM Math lagi, then ada usrah, kena siapkan assignment dan persediaan untuk FePTra. Semua berjaya dibuat. Terima kasih, ALLAH. Fraction Board for game. Masa ni tengah kelam kabut nak attend usrah. So, suruh Asmat pergi uruskan kerja dia yang lain dulu sementara saya attend usrah. Balik usrah baru sambung buat fraction. Itu pun sebelum start dah beritahu Kak Cik nak habis awal. (^_^) Petang tadi (3.15 p.m), FePTra pun bermula. Hasil seni memang unik. Eheh.. Boleh? Last minute sume ni. Pagi tadi sempat intai group lain kelolakan FePTra (Festival Permainan Tradisional). Kebetulan buat satu hari so memang mencabar la. Mesti akan dibanding-bandingkan. Tengok je persiapan tempat diorang terus rasa down. Adeh.. Ada sound system, pembahagi kawasan, papan tanda, topi seragam... Ohhoi! Persiapan kelas saya macam kureng je. Cepat-cepat mintak Madam T*h awalkan k

Menusuk ke dalam jiwa.

Macam biasa lah kan. Bila online mesti buka facebook. Then intai-intai, baca-baca. So, nak share something from facebook. Cerita ni jenaka dan nasihat.  ... Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".

Tajuk ni selalu buat saya menyampah.

Image
Tak suka tulis title untuk post. Tak suka fikir tajuk nanti tulis satu perkataan, padam. Then, rasa macam tajuk karangan budak sekolah rendah, padam lagi. Bila nak karang isi kalau dah 20 minit kat kotak title je. Huhu... Hari ni dapat mc. Bangun pagi tadi suara dah rock semacam. Nasib le doc tu tnya, "Adakah awak memerlukan mc?" Fulamak, ayat doc tu macam ayat cikgu BM saya bila bercakap. Eerrrmmm... "Perlu." Dalam hati dah hoorrrayyy!!! Tak payah susah payah mintak mc. Tak bestnya, 2 kali datang klinik, dapat ubat sama je. Sakit tak baik pun. Disebabkan hari ni tak payah pergi kelas, Asmat hantar buku ni ke bilik petang tadi. Buku baru. Buku pertama yang saya labur as the future teacher. Lecturer yang wajibkan beli tapi as an extra. Tak guna sangat pun untuk subjek sem ni tapi berguna untuk masa depan. Berazam nak baca sampai habis. Yeah! (tapi tak tahu bila boleh habis..) Sekarang dah pukul 10.44pm. Rumet tersayang dan saya bergendang la malam

Cinta

Blogwalking tadi then terbaca satu puisi indah. Cepat-cepat mintak izin penulis untuk publish. Indah sangat bahasa dan nukilan rasa si penulis. Jom hayati. bila terdengar sayup suaranya aku tersipu malu bila diintai curi wajahnya aku tersipu malu bila terpana mendengar namanya aku tersipu malu dan aku terus dibuai sipu dan malu diulik indah angan yang syahdu dan tiba-tiba aku diketuk  kental jihadnya aku jadi terlalu malu dengan rasa aku dikejut dengan indah katanya aku jadi terlalu malu dengan aku aku dibentang akan indahnya Islam pada dia aku jadi terlalu malu dengan Dia lalu aku berlari menyorok diri aku sujudkan tubuh lama sendiri aku meminta diizinkan aku untuk dia aku merayu dihadiahkan aku cintanya aku berlutut teguh menadah penuh sungguh aku mengemis agar didatangkan dia untukku aku mengharap aku diberi dia untuk selamanya aku tangiskan air mata bercurahan lalu tersedar akan cerita yang telah Tuhan tuliskan siapa aku untuk tahu yang mana paling terlayakkan Dia Yan
Penangan Nescafe Teh Tarik free yang dapat sebab beli Domino's Pizza. Semalam dah pukul 3.30 pagi pun terkebil-kebil sambil dengar ceramah. So, something yang terkesan di hati yang nak share. Perangai yang tak elok ada pada seorang perempuan untuk dijadikan isteri. 1. Wanita yang banyak keluh kesah dan sering mengadu padahal dia sering menghiasi dirinya. Merungut penat kena masak, kemas rumah bla... bla... tak buat pun. Tapi make up 24 jam sempat pulak. Takut kuku rosak kot kena kunyit. 2. Banyak mengungkit. Sering berkata tiada kebaikan yang dilakukan oleh suami. Asyik kata dia yang banyak buat kerja berbanding suami. Dia dah buat itu ini then mempertikaikan apa yang suami dah buat. If suami pemalas memang patut la. Tapi paling kejam bila kata "apa yg saya dapat kahwin dengan awak selama ni? Tak ada apa!". Fuh.. kejam. Tapi, tu la perempuan. Bila marah tak fikir panjang. Erk! Insaf... insaf. 3. Ingin kepada suami yang lain. Suami orang nampak baik je. Suami sendiri

Lipas kudung. Kenapa lipas kudung? Kena potong kaki macam mana nak buat kerja?

Suddenly Mr. Someone said he wants to go home this week. O'oo..(glottal yek. Budak linguistic kalau tak tahu boleh ketuk kepala.) Puas saya provoc supaya he cancel his plan. Siap ugut-ugut dengan assignment yang kena hantar next week lagi. Tak jalan. Kenapa mind dia ni kalis provokasi saya ye? or... Provocation saya tak cukup power? Heh. Akhirnya saya yang tumpas. Macam lipas kudung di basuh baju sebaldi. Dah rendam sehari. Mau balik lagi. Mana sempat tunggu Ahad. Busuk baju tu jadi jeruk. Baju dah selamat di ampaian. Sekarang, assignment pensyarah 'terhebat' kena fahamkan soalan betul-betul. Dah hadam baru leh tipu. Putar-putar fakta + pendapat sendiri. Goreng kasi hangit. Lelaki itu tak mengapalah. Sebab otak lelaki ni lain. Saya perempuan yang perlu study lebih. So, STUDY!!!! p/s: tolonggggg.... nak muntah. Baru je start ni.

Berdebar.

List penempatan praktikum dah keluar. Mr. Someone dah tolong check. So, SK ST XAVIER CAWANGAN, PULAU TIKUS. Pulau Tikus tu!!! Waaa....!!! Boys' School. Sooooo scary. Saya tak reti nak layan budak laki. "Awak gi mengajar je. Tak payah layan." Boleh ke?

Happy Birthday Everyone!

Image
Last year, I gave an idea to my friends. "Jom buat satu acara, sambutan hari lahir untuk semua secara serentak. Then, setiap seorang beli hadiah above an amount. Pastu kita cabut undi untuk tentukan dapat hadiah yang mana. Jimat tu. Satu event, 5 birthday serentak." Roomate saya pun ikut sertai event ni so ada 6 orang semuanya. Mula-mula, kami cabut undi nama penerima. Maksudnya kena beli hadiah untuk orang tu la kan, tapi kena rahsiakan nama yang kita dapat. Then, setiap seorang beritahu nak hadiah apa.  Saya wish nak beg untuk pergi kelas dan praktikum nanti. Macam-macam la. Hawa nak tabung Memory Lane. Fatimah nak t-shirt dan selipar comel. Ina nak sweater. Nik nak rantai dengan loket love. Asmat nak baju blink-blink. So, ada seminggu untuk belikan hadiah untuk penerima.  Semua tertanya-tanya dia dapat siapa. Semua pun pandai je berlakon. Yang penting sekali. M.A.K.A.N 3 Regular Domino's Pizzas dengan 2 slices of Secret Recipe Cakes (Sentimental Value

Sedih kot!

3,4 hari ni emosi tak stabil. Maybe sebab perubahan hormon. Adoyai. Kasi suntik hormon banyak-banyak. Biar emosi jadi satu je. Boleh? Hormon pe nak suntik? Astrogen? Testosteron? Sustagen? (erk?) Tadi mimpi abah. Dah lama tak mimpi abah compared to time abah baru pergi. Time tu hari-hari mimpi. Maybe sebab time tu saya perlu abah. Then bila saya ada someone untuk bergantung. Makin lama makin kurang mimpi abah. I miss my abah. Sometimes we need someone to talk but we don't know who. Bila kita ada tempat nak bercakap, orang tu tak tentu faham apa yang kita cakap. The best is kita cakap dengan DIA yang faham. Masa dengan abah, cakap je nak apa mesti abah usahakan. Cakap nak pergi kedai jauh beli buku (padahal ada je kedai dekat), abah bawakkan. Walaupun abah tahu masa tu still dalam cuti Tahun Baru Cina dan kedai tu tutup. Abah still bawakkan. Sebab nak puaskan hati saya. Esok mintak lagi nak beli buku catatan kat kedai tu.  Padahal boleh je beli kat kedai lain yang bukak. Abah t
Cuti macam biasa, membosankan! Menarik sebab relaks tak payah pergi kelas, pening-pening pasal presentation. Buat-buat lupa pasal assigments. Makan. Makan dan Makan. Sebab saya pencinta tegar makanan. Paling bosan bila duduk rumah lama-lama macam-macam jadi. Arghh!!! Benci. ... Wah. Wah. Ada orang tu sibuk uruskan majlis perkahwinan macam dia pula yang kahwin. Oit. Oit. Bunyi macam jeles je. Rasa nak pergi tapi rasa tak nak pergi jugak. Sebab saya nak orang tu ngan family dia datang rumah saya dulu. Bukan sebaliknya. Boleh tak macam tu? Selamat menerima kedatangan kakak ipar baru. ... Sedih betul tak dapat jumpa besties cuti ni. Banyak betul halangan. Takpelah, maybe next time. InsyaALLAH. One of my best friend sedang menuju alam bahagia. Wah, wah... saya tersangat excited! Umur camni memang dah patut dah. Semoga rancangan dia dan pilihan hatinya dipermudahkan. Nanti kita plan wedding sesama ye. Huhu... ... Selasa ni exam KOAM! Jem... baca