Posts

Showing posts from 2012

Finally!

Image
Alhamdulillah.. segala puji bagi Maha Besar... ALLAH... Dengan sekali lafaz saya telah selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta. Bertahun-tahun menyulam cinta dengan perasaan penuh tanda tanya adakah hubungan kami akan berterusan atau tidak. Syukur akhirnya kami disatukan dalam ikatan yang suci ini.  *** 1. Syukur sangat-sangat sebab ALLAH adakan pertemuan antara kami. Allah jodohkan juga kami di dunia ini. Saya berdoa agar Allah satukan kami sehingga ke syurga.. 2. Sampai sekarang saya rasa tak percaya yang dah bersuami, Dah jadi isteri orang pun.. 3. Rasa lebih tenang sekarang. Paling best masa solat jemaah dengan suami. Allah... perasaan indah sangat. 4. Mula-mula jalan nak pegang tangan rasa segan sangat-sangat. Sampai suami pun perasan saya segan dan dia kata kena biasakan. Sebab bila suami isteri berpegangan tangan maka gugur dosa-dosa melalui celah jari mereka. Allah, dosa selama hidup ni memang tak terkira.. semoga dengan perkahwinan ni makin mendekatka

Update Raikan Cinta

Tinggal kurang 10 hari untuk my big day. 1. Bilik tidur mak dan abah dah siapkan.. progress dalam 70%.. tinggal nak gubah bunga untuk sisi katil, bentang cadar dan karpet je lagi.. 2. Pelamin in progress. Buat awal sebab semua sendirian berhad. 3. Dah dua hari abah cat rumah. Alhamdulillah hari ni siap. Cat luar rumah je sebab dalam rumah cat elok lagi. 4. Homestay untuk family Selangor dah settle dibayar tapi belum ambil kunci lagi. 5. Banting saya dah sampai. Lama jugak menunggunya sampai dah mesej CheapCheap kata banting tak sampai lagi. Then elok je dah hantar mesej, barang pun sampai. Alhamdulillah.. Sekarang tengah pening siapa nak gantungkan banting tu.. Rasanya akan mintak bakal adik ipar gantungkan banting.. Direction bentuk A4 dah print. Tinggal gantungkan. Belum rasa nervous lagi.. Tapi rasa excited nak pakai inai..

Tahniah

Image
Classmate... cik awe dan encik ikhwan Classmate.. cik ana dan encik kodiang BFF... puan miza dan encik keri Kawan 1 batch dan senior...pn. sen dan encik tomok.. BS pun ada. Tapi tak bawak saya. Semoga ALLAH memberkati ikatan yang terbina dan mempermudahkan kesemua urusan kita seterusnya..

Merisik

Image
Hari ni takde apa2 aktiviti berkaitan persiapan kahwin sebab mak dan abah dah letih sangat. So hari ni hari rehat. Bosan.... tengok-tengok gambar masa kena risik Syawal tadi. Teringat beberapa perkara menarik. Kena tulis supaya boleh baca kembali pada masa depan. 1. Ada miscommunication antara bakal suami dan keluarga sana sampai tersilap maklumkan masa. Janji nak datang pukul 10 pagi tapi pukul 8 pagi tetiba bagitaw tak jadi datang pukul 10.. Pukul 3 baru datang. Apa lagi, merajuk la orang ni menunggu.. Sempat la jugak menangis dalam 30 minit.. sedih sebab mak dah prepare makan pagi untuk family sana. Then kena pergi pasar prepare makan petang pulak.. Huhu.... Sampai sekarang benda2 penting saya akan suruh bakal suami tanya family dia dua tiga kali supaya tak tersilap lagi. Fikir-fikir balik, nape menangis. Bukan diorang tak jadi datang pon. Hehe... 2. Bakal suami (BS) maklumkan family dia nak datang merisik seminggu awal. Then since detik tu saya punya nervous hanya ALLAH je

Update tinggal 2 minggu lagi.

1. Tarikh : Nikah : 8 Disember 2012  Resepsi : 9 Disember 2012 Bertandang: 15 Disember 2012 2. Theme & concept: Nikah : Putih Resepsi : Purple Gold Bertandang: Green Gold 3. Legal documents: Kursus kahwin: DONE Hiv Test: DONE Borang Kebenaran Nikah: DONE 4. Venue Nikah + Resepsi : Rumah, Assam Kumbang, Taiping Bertandang: Changkat Jering, Perak 5. Kenduri Menu + tukang masak: Esok meeting Khemah: Booked Pinggan Mangkuk: Booked 6. Pelamin: Done Guna yang dah ada kat rumah.. Tukar warna backdrop je. 7. Photographer Nikah : Booked Resepsi : Booked 8. Wedding outfits Nikah: DONE -Tudung: Shawl chiffon putih. Buat sendiri. -Veil: D.I.Y Chiffon. Sulam + beading dah siap. -Accessories: Decided tak nak pakai crown..  Resepsi: -Dress DONE -Tudung: Shawl chiffon purple. Buat sendiri. -Veil: D.I.Y Chiffon. Sulam + beading dah siap. -Shoe: Done -Accessories: Crown semata-mata. Bought. -Payung

Tinggal 2minggu

Image
Lama betul tak update..  dulu-dulu ingat bila nak kawen nak update selalu tapi bila tiba masa tak sangka macam-macam hal jadi sampai tak sempat nak update. So, hari ni sementara ada semangat nak update, update secara rawak je la ye.. 1. Persiapan almost 70% dah siap.. tinggal 2 minggu lagi. Macam-macam perasaan ada. Rasa sedih, gembira, tak sabar, kurang pasti.. macam2 la..  2. Baju untuk akad nikah, kenduri dan bertandang semua dah siap. Semua mak jahit sendiri. Aku buat beading. Penat gak buat beading. Even tak sama dengan baju-baju kat butik pengantin tu, tapi aku suka semua baju sebab buat sendiri semua.. 3. Bunting dah tempah.. semalam orang tu kata dah post. Maybe minggu depan sampai. Aku tempah dari fb je.. ni link dia .. Bunting majlis. Ikut tema purple gold. 4. Mula-mula rasa nak mekap sendiri.. tetiba mak bingung siapa nak pakaikan crown.. Crown aku beli sendiri. Sebab aku tak jumpa kedai yang nak sewakan aksesori pengantin. Last2 mak tempah jugak mak

Rezeki

Tengok purse... ada rm4... tak cukup ni kalau nak makan macam biasa. Korek-korek tabung.. amik seringgit. Dalam hati: Ya Allah... takde duit.. nak mintak kat mak, semalam mak cakap mak pun takde duit... serba salah... Ya Allah.. kalau ada rezeki aku dari mana2, keluarkanlah. kalau dari laut keluarkanlah. kalau dari tanah keluarkanlah.. Beli nasik lauk ayam dan sayur. Rm4.40.. nasib baik bawak lebih singgit.  Dalam berjalan balik tu dok fikir.. petang ni nak makan apa? Esok? Lusa?  Puasa je la..jimat sikit. Kalau duduk matrik dulu ada la nasik lauk telur dapat Rm1.50. Kat penang ni mana dapat. Makan. Makan. Tetiba mak kol.. "ni no sape?" mak bacakan nombor2.. "nombor akaun maybank along" "mak dah masukkan Rm500" "Yeay!!! alhamdulillah ada duit..." "Duit tu paklong bagi semalam.. guna la nak belanja pastu kan cakap nak beli barang kahwin.." "Ok, mak..." Alhamdulillah... Sekali lagi Al

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi

Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia : 1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup. 2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya. 3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada

Save the date

Image
Minggu ni bakal suami balik rumah untuk uruskan borang kebenaran nikah. Saya duduk asrama je la sebab rumah jauh nak balik. Tunggu raya haji je la. Then dapat mesej: "Kad dah siap." "Nak tengok." Excited...padahal kad sebelah sana punya. huhu Bila MMS sampai je terus senyum sorang-sorang... Tak sangka tengah tengok kad kahwin sendiri.. Tak percaya pun ada.  Fav colour saya.. hehe Tak sabar tunggu kad kahwin sebelah saya siap. Then boleh mula edar... Khabar guestbook (GB) pulak... Hari Khamis dah hantar untuk bind hard cover. Cadang nak hard cover purple. Konon-konon nak sama dengan warna tema lah kan.. tapi kedai tu tak ada warna purple.. so takpelah buat warna hitam je.  Kedai tu janji esok (Jumaat) malam siap.  Disebabkan tidur pun dah termimpi-mimpi guestbook sampai nangis-nangis sebab dalam mimpi uncle kedai tu buat guestbook macam lain, bakal suami pun dengan baik hatinya pergi tengahari Jumaat tanya khabar GB tu..  Uncle tu

Mohon maaf. Kalau menyampah jangan baca. TQ.

Image
Salam.. Tak ada siapa pun paksa baca blog picisan ni so kalau agak-agak wujud rasa menyampah dipersilakan klik butang (x) pada bila2 masa. Inspirasi nak pakai warna purple nanti: sumber:  http://www.facebook.com/syababmusafirkasih Tiba-tiba dapat dapat mms ni.. padahal duduk kelas sebelah je pun. TQ2.. p/s: Hidup terlalu singkat untuk membenci. Sayang semua orang even tak semua orang akan balas kasih sayang kita. Cukuplah usaha jadi yang terbaik untuk orang yang tak pernah hargai pun usaha tu. Lepas ni jadi neutral. Sudah-sudah rasa bersalah tu sebab dosa dengan Allah pun tak terhingga. Siapalah aku nak bawak rasa marah sedangkah ALLAH yang menciptakan aku pun MAHA PENGAMPUN. Dia lagi hebat tapi Dia sentiasa bersedia ampunkan hambanya. Jangan risau. Jangan risau. Jangan risau. Lupakan salah orang pada kita sebab kita pun ada salah dengan orang lain. Ke kau maksum? Hebat aih. Aku hamba ALLAH yang lemah lagi hina mohon ampun dan maaf andai ada kesalahanku pada ses

For us.. DIM

Image
Progress nama kami untuk dibingkaikan. Hadiah saya untuk kami sempena majlis bulan 12 nanti.  DIM (Do. It. Myself).. Print je. Tak pandai nak reka font sendiri. Mula2 buat love dulu. Love dah siap.. buat border pulak. Guna kertas kad watna gold. Tak siap lagi. Bila penat stop sambung esok. Border siap. Tengah fikir nak letak warna apa.. Mula dengan bakal suami dulu.. Pilih hijau sebab warna tema belah dia. Mula nama saya pulak.. mula2 nak buat satu warna jugak tapi purple tu gelap sangat so mix dengan pink. Tak siap lagi. Masa ni mood malas datang so 1 huruf 1 hari.. huhu Siap! Nak buat hiasan sikit2 then beli frame pulak. P/s: Bunga telur nak DIM jugak ke?? Fikir2... Guestbook pending lagi. Kena fikir thesis dulu.

Checklist

Update.. tinggal 3 minggu 6 hari.. Lepas ni kebanyakan update memang pasal kawen2.. Sorry.. Malas nak buat blog baru (bukan pemes pun.. huhu) 1. Tarikh : Nikah : 8 Disember 2012  Resepsi : 9 Disember 2012 Bertandang: 15 Disember 2012 2. Theme & concept: Nikah : Putih Resepsi : Purple Gold Bertandang: Green Gold 3. Legal documents: Kursus kahwin: DONE Hiv Test: DONE Borang Kebenaran Nikah: DONE 4. Venue Nikah + Resepsi : Rumah, Assam Kumbang, Taiping Bertandang: Changkat Jering, Perak 5. Kenduri Menu + tukang masak: pending -tunggu meeting Khemah: Booked Pinggan Mangkuk: Booked 6. Pelamin: Done Guna yang dah ada kat rumah.. Tukar warna backdrop je. 7. Photographer Nikah : Booked Resepsi : Booked 8. Wedding outfits Nikah: DONE - Tudung: Pending. Tak sempat beli lagi. -Veil: D.I.Y Chiffon. Sulam dah siap.. tnggal ambil -Accessories: Pending. Resepsi: -Dress DONE -Tudung: Pending Sam

Pembentangan Kajian Tindakan

Image
Alhamdulillah, akhirnya berakhir juga mimpi siang dan malam saya dengan kajian tindakan bagi final semester ni.. dah boleh grad dah.. yeay! Semalam saya pembentang kedua bagi kumpulan sesi pertama. Lega sangat semuanya dah berakhir. Berdebarnya toksah cakap la.. Memang menggeletar plus air-cond yang sejuk gila tu. Tersasul2 jugak masa buat ucapan permulaan.  Terima kasih untuk pensyarah dan kawan-kawan sekelas yang banyak bagi sokongan sepanjang saya siapkan kajian tindakan tu. Tambah2 pula untuk kawan2 yang sudi menjadi audience masa saya membentang. Siap bagi signal2 lagi. TQ. Untuk Bakal Suami pun tak dilupa. TQ sebab sentiasa ada untuk bagi sokongan n 2 thumbs up masa saya tengah bentang. Then siap bg signal suruh saya relaks sikit masa tengah bentang tu.. TQ.  Lepas saya merdeka dia tak merdeka lagi sebab dia kena bentang sesi tiga (pagi tadi).. Kebetulan pula masa tu saya kena jadi MC untuk dewan saya. Tak dapat la nak tengok dia bentang sampai habis. Sebab dia b

Persiapan 2

Image
Quilling tak siap lagi... untuk dibingkaikan.. Hiasan meja guestbook. Datang kenduri saya nanti jangan lupa cari guestbook ye.  Purple untuk majlis saya.. Rujuk purple kain kosong. Kain net tu untuk ambil bunga je.. Harap-harap tak buruk sebab saya guna purple+gold. Kain untuk baju nikah.  Sampin dan kain untuk baju melayu bakal suami. Cepat la susut. Makin hari makin gemok pulak ni...Risau2.

Rezeki...

Pernah x bila rasa sesak sangat2, rasa tak berdaya then kita doa mintak si DIA yang satu bantu? Then bila berhari-hari kita terfikir-fikir macam mana nak solve sesuatu masalah.. Kita doa sungguh2 mintak Allah permudahkan.. sebab kita tak berdaya lagi. Tiba-tiba, ALLAH sediakan jalan keluar dari permasalahan yang membuatkan kita rasa gelisah berhari2 itu.. Apa perasaan pada masa tu? Syukur Ya ALLAH.... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Allah kan dah janji, berdoalah pada Dia. Nescaya Dia akan makbulkan.. Doa kena sungguh2.. Kita tahu bila kita bersungguh berdoa. Jauh dalam hati kecil kita dapat rasa betapa kita berharap pada DIA... Untuk menempuh alam baru tak lama lagi, saya kena tulis benda ni. Supaya suatu hari nanti bila saya terbaca balik post ni saya akan ingat kembali betapa kasih dan sayangnya ALLAH pada saya... kerana saya selalu lupa.. tambah2 bila ditimpa masalah. Bulan Ramadhan tadi tiap2 hari doa mintak dipermudahkan jodoh. Min

In progress....

Image
Belah saya. Serah kat mak bulat-bulat. Tak kisah asal ada baju yang nak dipakai. Adoi.... Sakit kepala.  Dah la.. Jangan fikir sangat.  What will be, will be.

Wordless..

Image

Permudahkanlah... Murahkanlah...

Image
Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan.” – (Surah Hud:6) Yakin.  Yakin. Kena yakin.. Bila Allah dah makbulkan doa, tandanya aku dah sedia.  Allah dah janji Dia akan murahkan rezeki. Yakinlah. Jangan was-was.. jangan percaya bisikan-bisikan jahat dari dalam hati. Kalau belum sampai masa ALLAH takkan bagi lagi.  Dia akan permudahkan semuanya.. Jangan minta pada manusia, minta pada Dia.. Semuanya dah tersurat. Allah yang menanggung rezeki. Jangan risau. Allah akan permudahkan semua urusan. Kalau something jadi tak seperti dirancang, jangan fikir nasib tak baik or nasib malang. Fikir itu yang terbaik buat masa ni. Mungkin apa yang kita rancang bukan yang terbaik untuk kita. Jangan salahkan diri. Jangan salahkan nasib. All

Update

Assalamua'laikum... Lately busy dengan persiapan untuk bulan 12 nanti dan assignments yang menimbun. Borang untuk medical check up dah ambil tapi belum ada kesempatan nak pergi buat medical check up.. Asal petang je ada kelas.Kalau bukan saya, dia pulak yang ada kelas.. so hold dulu. Harap-harap next week ada masa free sebab medical check up boleh buat hari Isnin, Khamis dan Jumaat sahaja. Petang pulak tu.  Action research dah dekat tarikh pembentangan. Draft akhir tak siap lagi. Hadoi. Berhantu betul AR ni.. asal bukak je fail AR terus rasa mengantuk gila. Semoga dapat lulus dengan cemerlang. Subjek Application of Math memang terbaik la semester ni. Tak faham sangat! Tu masalahnya... paling teruk pembentangan tengahari tadi sumpah tak faham apa... tajuk tu yang susah. Presentation sgt menarik. Kad in progress...  Dua hari pergi survey kasut tak beli-beli lagi.. Bukan kasut saya, tapi kasut dia... Nak beli Bonia tak nak pulak sebab baru belikan masa birthday hari tu.. nak

Persiapan

Image

Teramat jahat

Pernah tak korang rasa takut dengan diri sendiri? Hari ni aku rasa takut dengan diri sendiri. Sebab aku baru nampak yang aku boleh buat benda yang teramat jahat.. Selamatkanlah aku dari kejahatan dari dalam diriku sendiri Ya ALLAH...

Hati mesti cukup besar...

Lately xde mood. Spring dah bertukar jadi winter. Harap-harap untuk sementara je. Biasanya tengah-tengah marah ni saya prefer tak nak bercakap ngan orang yang buat saya marah tu.. sebab kalau saya cakap perkataan tu dah tak jadi 'air-cond' tapi jadi 'heater' pulak.  Pernah terbaca tapi lupa di mana...  Hati mesti cukup besar... Nak jadi cikgu hati mesti cukup besar untuk memaafkan... Nak jadi isteri hati mesti cukup besar untuk memaafkan... Nak jadi ibu hati mesti cukup besar untuk memaafkan... Nak jadi kawan hati mesti cukup besar untuk memaafkan... Sebab ALLAH yang punya segalanya pun MAHA PENGAMPUN... apalah sangat kesalahan-kesalahan orang pada saya jika nak dibandingkan dosa-dosa saya pada ALLAH Hati saya sangat kecil untuk memaafkan. Saya kena ingat... Nak jadi cikgu, isteri, ibu, kawan, hati kena cukup besar untuk memaafkan.. P/s: Sedih sebab hati tak cukup besar. M.A.A.F

Semangat

Kuseru semangat!!!!  Adeh.. malas benar nak buat assignments. Lecturer tunda tarikh hantar makin melampaulah aku.. Cuti berhari-hari boleh duduk melengung je tak buat apa. Tambah pulak tengah dlm persiapan ke alam baru. Lagi kendur semangat nak buat assignment. Macam mana lah orang yg dah keje bahagi masa nak wat persiapan ngan nak siapkan keje.. Dapat pekerja macam aku mahu lingkup company. Hari ni dah dapat kain untuk kenduri sebelah lelaki. Mak kata kain untuk baju nikah aku ngan kenduri belah perempuan nanti beli sama-sama mak. Encik tunang tak mau baju nikah baru sebab dah ada baju baru buat aritu. So, jimat di situ.  Takde sewa2.. sume mak jahit. Lebih berkat di situ. Pas kenduri rasa nak pakai sarungkan je.. hoho Mak dah mula survey2 bunga untuk hias hantaran.  Aku pun dah slow2 beli barang-barang hantaran. Hari ni settle dua barang. Hari ni jugak first time mesej bakal mama. Nervous. Tunggu punya tunggu mesej tak berbalas.. Akhirnya!!!

SMILE

TAK BOLEH BERHENTI SENYUM.. I can't stop smiling lately.. (^_^) (^_^) (^_^)

Bakal keluarga

Lately ada mission.. nak jadikan bakal adik ipar geng. Untung jugak ada fb kan so boleh lah chatting. Alhamdulillah orangnya baik.. peramah jugak.. Masa pergi rumah bakal family pun bakal adik ipar ni tegur ngan baik. Dah ada geng tak la risau sangat nanti. Yelah, takkan nak berkepit je ngan suami kan.. nanti orang kata mengada-ngada pulak. So, nanti mintak adik ipar kepit je la kat sana. Huhu..  dah ada kawan baru.. Seronok pulak bila dapat kenal family baru.. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Lembutkanlah hati mama dan abah supaya mereka sayangkan aku.. amin~

Dah ikat.. :)

Image
Akhirnya batu cincin selamat diikat dengan pemegangnya selepas beberapa tahun. Batu cincin tu memang dihadiahkan untuk Mr. Tunang. Lama betul plan nak ikat batu tu buat cincin.  Angan-angan nak buat cincin tunang untuk pihak lelaki. Dah rezeki bertunang awal, maka bolehlah tukar dari plan cincin tunang kepada cincin nikah.  Boleh sarungkan sendiri. (^_^) Haip!

Saat Lafaz Sakinah

Sebelum ni pernah jugak dengar lagu ni bila ada kawan-kawan yang post. Kawan-kawan yang post tu of course la yg dah kawen. Masa dengar dulu tak rasa pe pun. Rasa biasa je lagu ni. Sekarang bila dengar lagu ni meleleh jugak air mata. Tambah2 bila ayat yg bold warna merah tu. Memang menusuk ke jiwa la. Tambah pulak lagu ni macam luahan dari seorang ayah kan. Agaknya mungkin abah pun akan rasa macam ni nanti.     Heningnya Sunyi suasana Lafaz sakinah bermula Apa rasa Diterjemah hanya Sebak abah tangis ibunda Adalah aku wali puteriku Serah kini amanahku ini padamu Nafkahilah dia curah kasih dan cinta Lebih dari yang ku berikan kepadanya Chorus Dulu esakannya sandar di bahuku Tangisannya kini ku serah padamu Bukan bermakna dia bukan milikku Fitrahnya perlukanmu Jadikanlah dia wanita syurga Mengerti benar akan maharnya Taat itu bukan hanya pada nama Indah ia pada maksudnya Ku akur Akan pesanmu Puterimu kini amanahku Iringilah D

Finally!

Image
Atok saya.. Pemalu yang amat orangnye. Cousins..  Family Selesai sudah. Candid ngan wan. Wan tak nampak kamera takpe. Bila nampak terus jadi malu2 meow.  Tengah nervous tambah2 dok kne sakat. Terima. Kat dapur pulak tu.  Ramadhan dan Syawal yang sangat bermakna kali ini sebab ALLAH bagi apa yang saya nak selama ni. Raya kali ni jadual padat. Penuh dengan happiness. Penuh dengan nervousness (ada ke perkataan ni?). Alhamdulillah first step selesai sudah.  Even pengalaman tak sama macam orang lain tapi manisnya tetap sama.  Syukur yang teramat sebab berkali-kali Allah bagi apa yang saya nak. Kali ni pun sama. Syukur teramat sangat. Semoga ALLAH permudahkan urusan seterusnya.  Lepas ni takde dah meroyan tak tentu hala. InsyaALLAH. Usaha untuk jadi yang terbaik. Terima kasih untuk sesiapa yang mendoakan saya selama ni terutamanya family dan kawan-kawan. Doakan saya dianugerahkan kesabaran yang tinggi. Syukur ya Allah. Terima kasih mak

Baju raya 2012

Image

Hargai zaman belajar, menanti zaman bekerja

Aku mengalami kecederaan emosi hari ini. Semua gara-gara diri sendiri. Aku salahkan diri sendiri tapi dalam masa yang sama aku juga salahkan orang lain. Sebabnya aku rasa aku dah usaha jadi yang terbaik tapi today aku realize that aku ada ke takde sama je. Deeply, it hurt my pride. Emosi aku cedera. Sebab aku tak biasa mungkin. Hopefully dengan pengalaman hari ini akan lebih mendewasakan aku lain kali. Jangan takut dan berhenti berharap. What you give not necessary you will get back. Tak sabar nak habiskan masa belajar. Then aku nak pergi tempat yang takde org kenal. Mulakan hidup baru dengan Mr. Someone.  Huh...

Ramadhan terakhir di bumi IPGKPP

Pejam celik dah 5 tahun lebih aku bermastautin di bumi Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Ramadan pun alhamdulillah sempat aku lalui berkali-kali dan kali ni kali terakhir. Teringat jugak masa dulu2 aktif dengan Persatuan Agama Islam kat kampus, petang-petang bila bertugas tolong masak then bentang tikar, senduk nasi-lauk, tunggu masa berbuka ramai-ramai. Best. Sem hujung macam ni bagi chance kat adik2 junior pulak. Almaklumlah, diorang kan ramai. Tambah pulak dah tak jadi AJK so segan sikit nak menyibuk tolong-tolong masak. Sekarang pun kalau pergi surau ramai benar muka tak kenal. Tak macam dulu2.. Semoga segala amal diterima ALLAH swt.. amin~ Action research aku banyak cacat cela.  Bestfriend nak kawen. Bestfriend aku nak bertunang. Aku? Tumpang seronok jela.. Untung la mak mertua sayang... Aku? *Usap2 kepala sendiri*

Masalah besar

Semua orang pun ada masalah kan.. so aku sedaya upya take easy benda aku boleh elakkan. Malas nak stress2 tak tentu pasal. Oh, Aku dah 2 hari mula internship. Guess what? Aku dapat guru pembimbing yang sama. Jem! Tak harap gred dah.. aku harap dapat lalui sebulan ni dengan baik dan semua projek terutamanya ACTION RESEARCH aku dapat dijayakan dengan sempurna yang mungkin. Disebabkan hari pertama aku belum ada banyak kerja lagi, so aku pun meng'offer'kan diri untuk tolong cikgu yang baik2 ngan aku. Jem betul la bila rupa-rupanya fail yang aku buat tadi mak cik kepoh tu yang punya. Pagi tadi dia datang sound2 aku. Aku malas nak bertekak aku cakap takpe aku leh betulkan. Then dah pulangkan fail, dia tak cakap TQ langsung! Hebat x?? Haha.. Dia boleh tanya aku balik: Betul ke apa yang you buat ni? Dah tak puas ati check la. Sambil check tu dok bebel2.. ni pertama kali aku jumpa manusia teruk macam ni. Masa dulu dia ni memang ada kes ngan aku sebab panjanglah ceritanya. Pendek ka
Image

Penat

Apa perasaan bila orang yang paling kau percaya bukan sekali tapi berkali-kali tipu kau? Aku tak tahu pada pendapat orang lain ‘tipu’ tu apa. Tapi pada aku kalau kau janji nak buat sesuatu tapi tiba-tiba kau mungkir janji, pada aku tu dah kira menipu. Benda ni jugak akan efek kau punya kepercayaan kepada seseorang tu. Sebab tu mak bapak jangan tipu anak. Nanti anak susah nak percaya apa yang mak bapak cakap. Secara tak langsung respek anak kepada mak bapak tu pun berubah sebab   mak bapak tu tak pegang pada janji. Janji nak belikan aiskrim hari Isnin tapi tiba-tiba mak bapak cakap tak jadi beli hari Isnin. Hari Selasa baru beli. Ok. Memang mak bapak belikan jugak. Tapi anak tu tahu, apa yang mak bapak cakap tak semestinya diorang akan buat macam yang diorang cakap. Benda kecik, tapi melibatkan kepercayaan dan penghormatan. Aku antara orang yang tergolong dalam konsep ni. Kau tipu aku, aku marah. Tapi aku malas nak panjangkan cerita sebab pada kau apa yang kau buat t