Posts

Showing posts from October, 2010

Rehat sekejap untuk menulis.

Image
Berhari-hari menghabiskan masa tanpa study. Baru hari ini ada semangat nak exam. Baru terkial-kial cari nota. Baru study sejam dah stop. Haih..bila nak habis macam ni. Semalam adalah hari tanpa study sebab sakit bulanan. As usual. Tak boleh tolong. Semalam makan ini: Chocolate Fudge SR Tetiba pulak kan. Padahal sepatutnya beli makanan yang best macam ni kalau nak celebrate something or as a reward for self. Sudah lama kot tak makan kek. Nak beli kek di King, RM 5 something. Better beli kat Secret Recipe kot. Tapi kek semalam agak mengecewakan sebab kek dia rasa hampas. Tak lembap. Agak frust di situ. Bahagian tengah ok. Mr Someone : Lain kali beli Chocolate Indulgence je la. Ok, macam biasa la.. Pilihan pertama itu yang dah berkenan di hati. Try yang lain pun tetap nak yang first.  Tetap rasa yang first tu yang best. Lain kali beli Chocolate Indulgence sahaja.  Nak cerita sikit.  Cerita tak penting pun. Cerita tentang perangai sendiri. Few months ni suka la sangat jadi pengintai

Be more careful.

Selamat menghadapi peperiksaan semua. Pelik sungguh la. Makin dekat exam, makin malas study. Makin rajin menghadap benda2 lagha ni. Dah taw lalai tapi still ber'facebook'. Now, face the real book hokay!  Tugas sebagai PKK (Penolong Ketua Kumpulan) dah pun selesai. Alhamdulillah. I know I can do better next time. Thanks kepada kawan-kawan yang banyak membantu. Sometimes, I do not know what I'm suppose to do. Macam biasa, bila some job selesai dijalankan akan diadakan post mortem. It is my turn to reflect what I've done and make it as a lesson for me. Beberapa hari ni ada sedikit konflik yang berlegar. Adatlah hidup di dunia. Masa macam ni la teringat apa yang mak kata. Kenapa manusia mudah lupa? Ini salah satu rahmat Allah juga sebab bila manusia asyik teringat kesalahan orang kepadanya, atau keburukan yang ada pada orang-orang tertentu, manusia tersebut sukar untuk memaafkan dan menerima orang-orang tersebut. Tapi.. ikut situasi la kan.. Macam yang saya biasa dengar,

Salah siapa?

Minggu ni terperap kat bilik padahal blok kosong.. kosong? Agak hiperbola di situ. Tak adalah kosong tapi orang duduk Melaka dan Terengganu pun balik. Saya yang perjalanan ke rumah  mengambil masa sejam lebih pun terperuk kat blok antik di maktab nan indah ni... Oh..tidak... bosan tak payah cakap la. Tapi. Agak bangga sedikit kerana telah berjaya menyapu bilik yang penuh dengan rambut gugur setelah lebih seminggu terbiar. Sempat jugak basuh pakaian kotor secara manual. Tanpa menggunakan mesin basuh. Bukankah membanggakan berjaya menyelamatkan RM3 daripada menjadi upah kepada mesin basuh tersebut bagi mendobi pakaianku? Oh...bangga sedikit. Berjaya juga tidur sampai lebam. Ops.. ini tidak membanggakan kerana menambahkan sakit kepala sahaja. Kenapa saya tak balik minggu ni? Big boss said that his parents will come this weekend. Suddenly, tak sure pulak datang ke tidak. In addition, my mum tak bagi saya balik. Sedih kan... isk..isk.. Hari tension teramat sangat: Khamis Waktu kemuncak ke

AJK TEKNIKAL yang blur.

Benci betul bila nak hantar post kena fikir tajuk dulu. So, tajuk kemudian. Nasibla tajuk apa nak naik nanti. Sememangnya minggu ni sangat penat. Seminggu dah asyik sakit kepala. Nak kata tak cukup tidur, tiap-tiap malam tidur sebelum pukul 1. Tapi tidur petang memang 'terkorban' la. Minggu ni kena submit assignment BI dan portfolio. Esok ada lagi satu lesson plan perlu dihantar. Argh!!! Menambahkan best lagi, minggu ni sukantara. Saya dan kawan-kawan sekelas bertuah terpilih menjadi ahli jawatankuasa teknikal. Maknanya? Mengangkut alatan untuk acara padang seperti lompat jauh, 100 meter dan lontar peluru di tengah terik matahari. Wow... sunburn camping belum habis. Tambah lagi sunburn sukantara. Nak sangat jadi cikgu kan.. Hambik. Dari zaman sekolah sampai sekarang kena turun padang untuk sukantara. Apa yang best jadi ajk teknikal? Best la jugak sebab baru tahu nak lompat jauh kena sediakan alatan apa. Bukan setakat pasir yang menjadi tempat pembuangan najis kucing pada zaman
Macam biasa, biala nak post entri akan stuck sekejap di kotak kosong untuk 'title' sambil berfikir. Tekan huruf 'b', padam balik. Tekan huruf 'm'..'e'..bagus..ada perkembangan. Then huruf 'r'..stop sekejap. Err... tak sesuai kot. Padam balik. Tengok luar tingkap. Nak tulis tajuk apa ni? Bosy tak karang lagi. Dok fikir tajuk. At last. Tekan butang 'home' masuk facebook.. Maka terkuburlah hasrat nak post entri pada hari tersebut. I love writing. Masa sekolah menengah dulu selalu tulis cerpen untuk kawan-kawan baca. They like it. Entah mana tercampak cerpen-cerpen tu pun tak tahu. Dulu tak rasa terkongkong. Bila nak menulis, duduk depan komputer then menaip sampai siap. Kadang-kadang ambil masa berhari-hari. But, i enjoyed it. Tema dulu biasa la. Cinta. Persahabatan. Kadang-kadang lepas baca cerpen yang ending dia tak menenangkan hati saya, saya akan sambung cerita tersebut. Of course I will make it be a happy ending. For self satisfaction.