Posts

Showing posts from 2013

macam tu aku pun boleh

Kalau dengan geleng kepala n cakap 'saya tak tahu" kau boleh elak kerja, aku pun boleh buat macam tu... mentang2 la aku baru mengajar, ko berani je tuding2 jari serah kerja kat aku... (bukan cikgu sekolah saya)... hampagas..

Kursus...

2 minggu yang penuh dengan kursus... minggu ni literasi bahasa inggeris 2.0 pulak.. husband kursus pedagogi math.. huhu... takde rezeki lagi bulan ni.. sedih sgt tapi mungkin ada ganti yang lebih baik..

Salam Syawal..

Image
Update dari Nanga Entalau, Lubok Antu, Sarawak.. Syawal kali ini sememangnya lagi bermakna dengan kehadiran suami di sisi. Meskipun begitu, syawal kali ni juga agak lain kerana pertama kali tak beraya dengan keluarga sendiri. Paling tak best, raya kali ni takde gambar raya langsung. :( Nak masuk 8 bulan saya menjadi isteri tapi masih lagi belum ada rezeki untuk bergelar ibu. Biasa la manusia bila tengok kawan2 yang kahwin lewat dari kita dah berisi, sedikit sebanyak emosi turut terusik. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kami. Inshaa Allah.  Duduk di sini tak susah. Duit pun tak keluar sangat. Yang susahnya bila nak keluar ke bandar. Sekarang musim kemarau. Air sungai cetek so tak boleh naik bot. Mujur jalan darat dah ada tapi seberang sungai di atas bukit. Mula2 kena seberang sungai dulu then kena panjat bukit. Allah tahu kalau saya pregnant mungkin saya tak kuat untuk buat semua tu. Buat masa ni saya masih lagi duduk asing dari suami. Husband di rumah guru besar

Snapped

I snapped at my pupils today during music lesson.. sebabnya.. aku rasa mereka main2 masa lesson muzik. then, melihat tangan kecil itu terketar-ketar menutup lubang-lubang rekoder menyebabkan aku tersedar... i snapped at my pupils.. rasa bersalah.. down... Sebenarnya salah aku sebab aku tak tahu macam mana nak ajar muzik. Aku study cara nak ajar rekoder. Aku baca nota-nota di internet. Then bila aku masuk kelas dengan harapan diorang pandai macam yang aku harapkan. Actually aku dah letak 1 aras tanda yang tinggi pada dyorang.. I feel like i'm a bad teacher now...

Selepas 2minggu di sini.

Alhamdulillah semua okay di sini. Maggi 10 bungkus yang saya beli pun hanya luak 1 bungkus sahaja.. maksudnya makan di sini cukup.. tak pernah lagi kelaparan.. Budak2 di sini subhanallah kuat.. boleh angkat 1 kotak air mineral besar sorang2 naik bukit untuk hantar ke rumah cikgu dari bot. Sampai je sekolah even barang2 banyak dan berat tapi jangan risau, murid-murid dah sedia menunggu di tepi tangga untuk angkat barang2 cikgu naik ke atas. Tanpa mengharap balasan! Ada lagi baki 2 minggu sebelum balik beraya di semenanjung.. tak boleh keluar selalu sebab memakan kos tinggi.. bot pergi balik dah RM100. Hotel lagi, makan lagi... huih.. better duduk je diam2 dalam sekolah ni.. duit tak luak.. dahlah gaji dijangka masuk bulan 9.. adoi.. sabar je la..

First Posting

Image
Testing2.. Alhamdulillah saya selamat sampai di SK Nanga Entalau.. banyak pengalaman baru.. suasana yang sebelum ni hanya dilihat dalam tayangan sahaja kini dirasai sendiri. Semoga ALLAH beri kekuatan kepada saya.. amin.. 3 jam menaiki perahu panjang..Gambar sebelum bertolak ke sekolah di Pengkalan Murat.

Pembedahan Ovarian Cyst

Salam.. Alhamdulillah dah hampir 2 minggu berlalu sejak saya menjalani pembedahan bagi membuang cyst ovari. Permulaan... Saya mengetahui saya mempunyai ovarian cyst semasa hari saya keguguran. Mula2 saya pergi ke Taiping Medical Centre dan jumpa doc pakar bahagian O&G untuk check pregancy sebab hari tersebut saya mengalami pendarahan secara tiba-tiba. Masa doc tu buat scan ultrasound dia nampak ada satu bulatan di luar rahim tapi dalam rahim kosong. Dia suspect saya mengandung luar rahim. So, dia suruh tunggu lagi 10 hari. Mama dan abah mertua suruh tunggu sekejap sebab nak bawa saya ke Hospital Columbia Asia sebab sebelum ni mama dan kakak ipar saya biasa dirawat oleh Dr.Khairul (Pakar O&G). Di Hospital Columbia Asia... Masa tu dah bleeding teruk gila. Macam first day period. Dr. Khairul pun sama jugak buat ultrasound check. Tak macam doc sebelum ni Dr. Khairul nampak je bulatan dalam imej scan tu, dia terus suspect saya ada cyst... huhu.. blur.. masa ni pening2 m

Laparoscopy...

Esok saya akan menjalani pembedahan laparoscopy. Sekarang dah pukul 1 pagi. Saya tak tidur lagi dengan harapan masa menjelang esok berlalu dengan sangat lambat. Sambil online tengok2 suami yang dah lena tidur dengan perasaan bersalah kerana selalu menyusahkan beliau. Sungguh, Allah kurniakan suami yang baik dan soleh kepada saya. Dulu takut pregnant sebab takut bersalin. Hari ini saya takut tak dapat pregnant jika saya tak lalui kesakitan hari esok. Saya takut sakit. Betul. Semoga ALLAH mudahkan perjalanan hari esok. Semuanya akan baik2 sahaja.. Suami yakinkan ini semua untuk kebaikan saya. Untuk kebaikan anak kami nanti. Saya anggap semua ini bagi menghapuskan dosa2 saya yang lalu. Mengenang sakit yang akan dilalui esok, saya teringat bahawa di akhirat kelak, di dalam syurga Allah menggantikan tubuh yang hancur diazab dengan tubuh yang baru berulang2 kali agar azab tersebut sentiasa dirasai. Astaghfirullah.. ampunkanlah dosa2 aku... Doakan yang terbaik untuk saya..

Rezeki

Image
Allah... setiap kali nampak gambar macam ni mesti tersentak. Then terus rasa sebak. Allah... Tahniah untuk kawan2 yang sedang melalui pengalaman pregnant. Semoga Allah izinkan saya lalui semula pengalaman itu. 

Salam Jumaat

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada saya. Hari ni berada di rumah mertua. Mama suruh aku berpantang macam orang lepas bersalin jugak tapi tak lah strict sangat. Just bab makan mama jaga. Sakit tu tak la sangat tapi rasa pening-pening dan sesekali macam cramp kat bahagian rahim. Mungkin sebab darah yang heavy flow macam first day period disertai dengan ketulan-ketulan darah dari dinding rahim. Sedara mara yang datang melawat mesti tanya either saya jatuh ke yang menyebabkan gugur. Takde jatuh pun. Since semalam asyik terfikir apa yang menyebabkan gugur tu. Fikir macam2. Kadang-kadang jadi macam menyalahkan diri. Rasa bodohnya tak jaga betul2 lepas tahu dah pregnant. Sebab kerap travel ke? Sebab makanan or minuman tertentu ke? Kenapa dan kenapa... persoalan yang bermain2 dalam fikiran dan semestinya takde jawapan. Sebabnya doc kata benda ni normal. Puncanya janin tak sihat dan tak kuat. Or bahasa mudahnya baby sakit. Benda yang terjadi secara natural. T

Ujian menghapus dosa..

Salam.. Alhamdulillah Allah berikan kesempatan merasai kegembiraan menerima perkhabaran sedang berbadan dua.. Astaghfirullah atas dosa2 yang telah aku lakukan. Hari ini, genap 6 minggu usia kandungan dan hanya 6 minggu our little caliph diizinkan berada dalam rahim saya. Maha Suci Allah atas ujian yang diberikan. Hari ini saya keguguran. Sedih dalam hati hanya Allah yang tahu. Semoga diampunkan dosa2 saya yang lalu. Semoga Allah izinkan saya menjadi seorang ibu pada masa akan datang apabila Dia menetapkan bahawa saya sudah layak bergelar ibu. Hari ini ada 2 khabar sedih.. Perkara yang lagi satu, semoga Allah ringankan perkara ini. Doakan saya kuat dan cepat sihat. Tiada daya upaya melainkan dengan kehendak Dia yang Maha Esa..

Posting

Assalamua'laikum wbt... Ya Allah.. bila lah nak posting?...  Semoga dapat yang terbaik di akhir penantian ni.. Amn ~

Fasa seterusnya...

Image
Sedang terfikir-fikir macam mana nak karang post kali ni. Sudah 3 bulan 2 minggu sejak tarikh pernikahan saya dan suami. Alhamdulillah masih lagi dalam honeymoon phase.. huhu.. Alhamdulillah saya dalam fasa seterusnya dalam kehidupan.. i am pregnant for about 5weeks semasa post ni ditulis. Masa mula2 kahwin dulu saya rasa tak ready lagi nak ada anak but pada bulan kedua perkahwinan saya nak sangat baby tapi masa tu belum ada rezeki lagi. Masuk bulan Mac macam biasa menunggu Miss P datang tapi dah lewat sampai 2 hari. Senyap2 beli pregnancy test kit sebab taknak husband kecewa macam bulan February dulu tetiba je uzur.. huhu.. mana lah taw dia lewat sebab masalah kenaikan berat badan yang mendadak selepas kahwin.. Masa cek guna pregnancy test kit yang pertama keputusan negative. Masa ni rasa kecewa gak sebab expect pregnant. Rupa-rupanya nak guna benda ni ada waktu yang disarankan which is early in the morning lepas bangun tidur sebab masa tu kandungan hormon dalam air kencing pal

Selepas sebulan lebih.

Kerja - mula2 kami honeymoon dulu. Duduk2 kat rumah je. Sampai sebulan oi.. then baru sama2 mintak guru ganti. Rezeki husband murah sebab dapat tawaran guru ganti 3kali.. so sekarang si dia kerja sebagai guru ganti. Ajar pendidikan islam... baru betul 'suamiku ustaz'. hoho - aku pulak mula2 kerja kat Pappa Roti. Tahan daulat seminggu je sebelum cabut. Masa kerja terlalu panjang. Sabtu ahad pun kerja. Kesian sangat tinggal suami sorang2. Then aku kerja jadi pembantu taska. Masa kerja sampai 11 jam tapi gaji tak berbaloi. So, berhenti. Sekarang jadi suri rumah sepenuh masa je sebab husbang pun dah tak bagi kerja. Tunggu posting je.. sementara ada masa ni layan suami betul2. Nanti dah posting belum tentu ada masa nak buat macam sekarang. Sementara ni membiasakan diri dengan tugas2 seorang isteri sebelum jadi ibu pulak. Huhu... Anak -Setakat ni belum ada apa2 tanda lagi.. abg dah tak sabar nak timang anak. Mula2 dulu aku takut nak pregnant sebab takut sakit bersali