Posts

Showing posts from 2011

Pertama

Image
Tadi sengaja transfer semua gambar dari kad memori fon ke dalam lappy. Banyak benar dah gambarnya... Disebabkan blog ni saya selalu jugak ambil gambar yang saya rasa nak upload dalam blog tapi selalunya gambar tu jadi pekasam je la dalam fon sebab bila bukak je dashboard blog tetiba plak jadi malas nak menulis. Kebanyakan gambar yang saya ambil adalah pertama kali saya lakukan atau alami. So... hari ni akan upload semua yang berkaitan. First time bbq  First Teaching Aids I bought for practicum. First masak lemak cili api for him First time attending walimah kawan satu batch. First time attending kenduri with him. First time pergi drive through. First time dapat jambangan bunga. First time makan durian Balik Pulau. Mahal ooo....selalu makan durian dusun sendiri je. My first MP3.. My first jersey.. present from him. First Chocolate Gift for his birthday. First time tengok nasyid live. Mestic

Janji Rock

Saya berjanji! ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... Mulai malam ini ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... Saya akan berusaha dengan sekuat-kuatnya ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... Untuk ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... TIDAK MENGGILA APABILA MELIHAT GAMBAR2 PERTUNANGAN, PERKAHWINAN DAN KELAHIRAN ANAK KAWAN-KAWAN MAHUPUN ORANG2 YANG SAYA KENAL. Saya akan berusaha dengan bersungguh untuk tidak meroyan lagi kerana perkara sedemikian hanya merosakkan mood saya sahaja. Sekian P/s: Isolation. Biarkan dia gembira dengan dunianya tanpa aku.

Antara yang terburuk

Semua orang ada sikap buruk masing-masing. Aku pun ada sikap buruk aku dan antara yang paling buruk ialah PEMARAH. Memang mudah sangat nak naik darah sampai kadang-kadang tak tahu kenapa rasa marah datang. Benda kecik pun jadi besar. Rasanya sejak kecil memang pemarah sebab dulu pernah hempas pintu kuat-kuat sebab tersangat marah tak dapat main game. Haih...teruk betul. Bukan tak nak ubah tapi bila je berazam tak nak marah mesti akan jadi sesuatu yang mencabar balik azam tadi. Kadang-kadang bila marah sangat either akan senyap, menangis or yang paling teruk mengamuk. Tahu je kesan buruk marah tapi tak boleh nak kawal. Mungkin ada caranya tapi saya belum jumpa lagi cara untuk kawal tenaga marah yang membuak-buak tu. Tak jumpa lagi butang "OFF" untuk rasa marah masa tengah marah sangat-sangat. Setiap hari ketuk paku pada pagar kayu. Lepas ketuk cabut balik. Aku nampak pagar kayu tu dah buruk sebab berlubang.. Kesian pagar kayu. Aku kes

Chocolate Moist Cake Pertama

Image
Seronoknya.....!!! 1. Check pengadun kek yang dah bertahun tak pakai tapi still boleh pakai. 2. Pergi cari bahan untuk buat kek berbekalkan duit RM20 dan syiling beberapa kupang. Cukup. Bahan-bahan yang berjaya dibeli. RM20.30.. lega sebab cukup. 3. Terkial-kial sukat sume bahan. Orang tak expert la katakan. Nak ayak tepung tetiba penapis teh yang paling kecik je ada. Rasa berpuluh minit mengayak tepung je. Huhu. Adunan dah masuk dalam loyang untuk dikukus.   Baru keluar dari pengukus. Gumbira sebab nampak elok je. Belum letak topping lagi ni.  Topping yang comot. Next time akan dibuat dengan lebih kemas dan berwarna warni. Hehe. 4. Terlupa beli aluminium foil. Patutnya sebelum loyang masuk dalam pengukus kena tutup atasnya dulu. Mungkin takut air yang tersejat di dalam jatuh atas kek. So atas loyang saya letak penutup periuk dan tindih dengan ibu lesung batu. Berjaya! 5. Untuk ganache or topping kena buat double boil

Good Morning!!!

Malam tadi susah tido. Mata tak mau pejam langsung sampai dah pukul 2.30 pagi still terkebil-kebil. Selalunya simptom ni terjadi time exam week je. Maybe sebab rasa excited nak buat kek esok kot.  Semenjak dok tengok masterchef ni semangat nak buat kek berkobar-kobar betul. Tengok la nanti jadi ke tak. Boleh pulak la hari ni teringat benda-benda yang memalukan. Rasa nak tampar-tampar je muka. Tak nak ingat. Tak nak ingat!!!  Tetiba plak tak taw nak tulis apa. Nanti je la tulis lagi. 3minggu nak masuk tahun baru. Tak sabar nak habiskan tahun depan. Final year!

Hujung Bulan Tahun 2011

Dah seminggu cuba update blog tapi tak boleh. Pelik. Baca blog orang boleh tapi bila nak buat new post loading terus jadi macam kura-kura. Rupa-rupanya kena tukar yang new look punya baru leh update. Biasa la.. hujung-hujung tahun ni cuti sekolah so cuti betul-betul la. Aku pulak jenis tak suka keluar rumah so memerap je la. Badan makin gemok. Sia-sia je diet dulu. Semua dah kembali seperti sedia kala. Haha. Padan muka. Hujung tahun ni ex-roomate aku, Liyana Ghazali dah selamat bertunang. Tahniah.  Hujung tahun ni jugak roomate aku, Fatimah bakal bertukar status menjadi isteri orang. Tahniah jugak. Tumpang happy.  Aku tak bergerak lagi. Sabar je la. Umur-umur macam ni dok tengok kawan-kawan upgrade status. Ada yang bertunang, kahwin dan dapat anak.  Niat di hati memang nak rebut jugak tahun ni (sibuk jugak kau). Tapi permohonan telah ditolak. Biasalah, kerenah birokrasi. Eh?  Fasa pertama yang aku kena lepas dulu ialah.... habiskan final year sebagai seorang b

Update ringkas

Cuti sekolah lagi. Macam selalu duduk rumah je. Mak kata cuti puas-puas. Nanti dah keje susah nak cuti dah. 1. Tak sabar nak tengok Filem Ombak rindu. 2. Esok nak pergi ambil angah di Politeknik. Bosan duduk rumah saja. 3. Menunggu muka yang 'under construction' pulih sepenuhnya dalam waktu cuti ni. 4. Ramai kawan-kawan yang kahwin terutamanya roomate yang akan dipuankan pada Disember nanti. Semoga selamat semuanya. 5. Tinggal lagi setahun. Kena mula dah.. ehem2! 6. Time cuti ni mula lah mood nak merajuk tu di hujung tanduk. Silap sikit maka akan meletuslah gunung berapinya. Huhu.. 7. Hujan tak berhenti menyebabkan suasana sejuk dan lembap. Aku le yang lembap tu. Semoga dapat menghasilkan update yang lebih baik pada masa akan datang untuk simpanan masa depan. Selamat bercuti semua.. semoga cuti anda best sentiasa.

Maaf ye

Saya bukan sombong tapi saya segan. Orang buat salah memang macam tu. Maaf ye. Tetiba time tu rasa cam xde idung. Terus rasa segan.

Usaha sem ni

Rasanya untuk exam kali ni usaha tak berapa mantap. Secara rasional (untuk menyedapkan hati): 1. cuti lama sangat then baru exam. Mood untuk study tak datang. 2. period pain secara zahirnya yang boleh dinilai dengan mata kasar: 1. main facebook berjam-jam boleh pulak. 2. tengok movie boleh pulak. 3. dasar pemalas!!! Aku sedar aku malas. Semoga aku lulus semua exam kali ni. Tak nak re-seat paper. Please!! Save me dear ALLAH.

Exam

Exam dah dekat tapi takde mood plak nak study. Haish!! Tak senonoh betul. Nota orang bagi himpun...kutip...simpan... tak baca pun. Tinggal 2 hari lagi. Mentang-mentang 3 paper je. Brani betul tak mula pape lagi. Malam ni macam takde mood je. Cepatlah datang mood study!!!!

Its already 4th year

Image
  P/s: Thanks for everything. Semoga dipermudahkan semuanya.

Stigma negatif tentang perempuan.

Image
Saya lari kejap sebab tengah semangat nak update blog. Sebenarnya tengah masak ni. Bak kata Mr. Someone... Kalo something rahsia seorang perempuan dah tahu... Perkara tu akan jadi macam ni. Betul tak?? Credit to: Best Quotes

Setakat cakap je bolehla.

Image
Dia kata: Tapi: Dia suka page LISA SURIHANI tu apa benda plak??? :(  

Anti sosial?

Image
Saya sedar saya ada masalah yang satu ni. Kebimbangan setiap kali pergi ke tempat baru ialah proses berkenal-kenalan. Masalah betul! Mungkin sebab saya kurang peramah. Sejak zaman kanak-kanak lagi saya bukan jenis yang berkawan secara kumpulan. Seingat saya, saya ada 2 orang kawan baik sahaja masa tu. Perangai saya pulak kalau boleh orang lain tak boleh kawan dengan 2 orang kawan baik saya tu sebab saya rasa they were mine! (teruk sungguh la...) Masa sekolah menengah saya ada seorang sahaja kawan baik sampailah saya tingkatan 3. Disebabkan best friend tu berpindah, saya mula cari kawan untuk dijadikan kawan baik. Start tingkatan 4 la saya baru pandai berkawan secara kumpulan. Sebelum ni bukan tak berkawan dengan orang lain... kawan juga tapi just friends. So saya ada 4 orang kawan baik sampai habis SPM sebelum masing-masing bawa hala tuju masing-masing. Time matrik pula saya ada seorang kawan baik sekuliah dan 2 orang roomate which are also my bestfriends. Semua aktiviti saya

Pendidikan S.E.K.S

Image
Sebelum ni dah diwar-warkan nak adakan subjek ni as a subjek in school. Saya pun kurang pasti ada ke sekolah yang dah jalankan subjek ni. Or is it embedded in Pendidikan Jasmani dan kesihatan ?? Setahu saya apa yang murid-murid belajar dalam PJ tu pun boleh dikatakan pendidikan seks juga. Contohnya apa yang saya pernah ajar semasa praktikum yang lepas. Tempat-tempat yang diasingkan untuk lelaki dan perempuan. Kenapa perlu asingkan? Menjaga kehormatan dll. Ni pun pendidikan seks juga sebenarnya. Dalam entry yang lepas saya ada sebut tentang berita ni. Gambar ni saya ambil daripada FB dan macam biasalah bawah-bwah mesti ada komen. Ada satu komen tu yg condemn rancangan melaksanakan pendidikan seks ni. Setahu saya, berdasarkan penerangan pensyarah PJ...pendidikan seks ni okay sebenarnya. Murid-murid bukan diajar tentang cara-cara nak buat seks. Antara yang akan diajar ialah OK and NOT OK touch. Sebagai contoh, bila someone pegang kanak-kanak tak kira lelaki atau perempuan

H.O.M.E (The best place ever)

Image
It is good to be home. Saya sampai dah lupa bila kali terakhir saya balik rumah ni. Semua kerana orang sekeliling. Even it was not totally their fault. It still effect my family and I. Semua ni dah ditentukan Allah. Semoga nanti ada hikmah di sebalik semua ni. Sepanjang perjalanan semalam memang ditemani garis-garis kilat di langit. Ada gak rasa takut kalau-kalau kilat tu menyambar. Tetiba teringat pulak orang tua dalam cerita Benjamin Button yang 7 kali dipanah petir. Huhu.. Luar rumah memang nampak macam rumah tinggal. Pokok bunga dah layu. Memang siap ah kau masuk tong sampah hari ni. Rak kasut yang hidup segan mati tak mahu tu dah rebah pintu-pintunya. Dalam rumah still the best. Kalau korang terpaksa tinggal rumah sendiri then duduk tempat lain barulah korang akan tahu apa perasaan yang sebuah rumah beri. I feel my home right now. Rasa selesa. Rasa this is my place. The feeling of a home can offer you. Priceless. P/s: Semoga ALLAH bantu saya dalam semua urusa

Dunia yang semakin tua.

Zaman sekarang ni macam-macam yang jadi. Bila dunia makin canggih, makin banyak juga kesan buruknya. Tak berapa lama dulu heboh pasal bayi berusia 23 hari diliwat bapa sendiri. Masa tengah sembang-sembang dengan mak sambil masak tengahari tadi ada juga bangkitkan isu ni. Mak memang sayang sungguh kat baby so nampak mak sedih sangat-sangat lepas saya share berita ni. Then mak kata, "Bahaya zaman sekarang ni. Tambah-tambah kat tempat mengasuh tu." Aik, sama pula dengan kebimbangan yang Mr. Someone cakap masa sembang pasal isu ni. Saya pun cakap la pada mak benda yang sama saya cakap pada Mr. Someone. "Nanti mak jaga cucu la. Tapi Dr. Fadzillah Kamsah kata tak baik sebab mak dah penat jaga anak. Mak mesti nak rehat pulak. Ni dah tua-tua nak kena jaga cucu." sambil basuh pinggan. Tak pandang muka mak. Nanti terbongkar pula isi hati. Mak kata, "Tapi kalau mak tu rela takpe. Yelah, daripada bagi anak kat orang jaga, meh aku jaga. Dah tentu elok."

New Babies

Image

Bahasa Pelik

Bila saya kena ambil masa sampai 5 minit untuk baca tulisan seperti di bawah...  saie mmng ske add owng... cozz saie mmng ske b'kawn... TPI saie pleng bnci owng yg ske chat sal somethinx yg bdoh!!!! n iff u chat bnde yg taa sen0noh.. saie dengn senang atynye m'block frenxx dngan anda....hahahahxx... ukeyhhh!!!! Terus tekan butang:   UNFRIEND   P/S: Maaf sebab cikgu aku tak pernah ajar baca tulisan dengan ejaan macam ni. Budak-budak.. haih! Hebat ke dapat reka sistem ejaan sendiri?

Aku bukan bidadari.

Jangan dicari kesempurnaan padaku kerana AKU BUKAN BIDADARI Aku hanya seorang wanita biasa Yang miliki impian untuk menjadi solehah Aku bukan ustazah Meskipun aku memakai tudung labuh Aku pernah punya impian itu Ternyata akulah yang lemah Aku tewas dengan kehendak hati Perlukah aku mengubah setitik kebaikan yang ada kerana aku punya segunung dosa? Aku bukan bidadari Aku hanya insan keji yang punya impian menjadi solehah Yang benar, AKU

Masalah betul nak fikir tajuk. Taknak letak tajuk la.

Image
Mulakan cerita seperti sebuah cerita fairy tale.. boleh? Once upon a time...in a far far away kingdom...(teeetttt!!!!!!) Okay, merapu semata-mata. Jumaat lepas kena ni. Kesian sangat kat si hijau. Syukur bukan kena dengan lori. Kalau tak.. hish! Tak payah nak ulas panjang pasal ni sebab tak mintak approve Encik Someone unt cerita panjang pasal ni. Nanti melanggar perjanjian pulak kan. Yang penting, nyawa selamat. Alhamdulillah *** Minggu ni habiskan masa di bilik sebab tak balik. Semenjak mak pindah duduk Gerik ni nak balik pun fikir 3,4 kali. 3jam drive, mengantuk. Lepas la 3 buah lagu nyanyi kuat-kuat nak bagi hilang mengantuk. Nasib baik drive sorang-sorang. Kalau ada penumpang, gerenti termuntah sebab dengar suara sumbang drivernya. Kenapa saya jarang update blog ni? Sebab hati tengah tak betul. Bila hati tak betul nanti apa yang tulis mulalah bukan-bukan. So, baik tak payah tulis. Azam nak buat assignment sikit-sikit so takdelah kelam kabut masa nak submit Jumaa

23rd Birthday. Postponed post.

Image
Dah lama baru nak post. Better late than never. So, from him: The envelope for this year. Pop-up card!! Love it very much. Second pop up card for my birthday from him. The first one is the header pic of this blog Close up. Can you see the 23 number? Creative isn't it? Colour combination is great, dear. Erk...hadiah jugak.. From girlfriends: Tiap-tiap tahun doakan saya kawen cepat ye.. amin~ Dalam kotak ada apa?? Tabung katak comel. Love it! Diorang suruh simpan duit untuk kawen. Baik!! Asal masuk bilik je timbang-timbang tabung ni. Thanks for everyone yang wish.. Thanks to Miss Choong for the lovely bracelets.. Thanks to Awan for the delicious Tiramisu cake.. Thanks to classmates for the song you sang on my birthday.. for the surprise also.. Thanks to him for everything.. Thanks to Him for life and chances He gave me. P/s: Umur 23 mak dah ada anak sorang.

Bila hati dah sakit

Pernah tak rasa hati sakit? Lepas tu kita cuba jadi positif dan lupaka perkara yang akitkan hati sendiri tu. Tapi akan ada bisikan halus yang mengapi-apikan hati masa kita tengah try harder to forget something. Especially bila orang buat salah kat kita. Paling sakit bila orang tu tak rasa pun dia bersalah. Hoho.. complicated isn't it? Kadang-kadang tersedar ni bisikan syaitan ni. Saja nak kita berbalah sesama sendiri. Kita pun selalu buat silap. Kenapa masa ada salah orang pada kita, susah betul nak maafkan. Sebab bukan kau yang buat saya? Ya. Sebab kau rasa sekarang kau adalah mangsa. Tambahkan pula bila kau dapat peluang nak balas balik. Biar padan muka mereka. Maka hati kau pun berperang-perang. Nafsu baik kata: Maafkan.....  Nafsu jahat pula kata: Balas! Biar mereka rasa sakitnya hati kau! Kau pula dalam dilema + iman nipis + amalan tunggang langgang = hati kau sakit sebab kau nak balas balik sebenarnya. Or...kau expect orang mintak maaf pada kau? Mintak orang sa

Fesis malam tadi

Aktiviti tahunan macam biasa, Festival Nasyid institut. Pergi pun macam biasa dengan girlfriends after cepat-cepat buka puasa, cepat-cepat bersiap dan terlalu cepat pulak ahirnya sampai bawah dewan. Secara keseluruhan: 1. Agak bosan sebab dengar lagu yang sama setiap tahun. 2. Orang yang sama menyanyi untuk 3-4 group yang berbeza. Oh, my... tukar baju je. Kami mengharapkan dapat tengok kumpulan dengan ahli yang berbeza-beza. 3. Tak meriah. Tak ada penyambut tetamu. Even untuk peringkat saringan je. Let us see meriah ke tak Thursday ni. 4. Pemilihan lagu nasyid yang slow sampai rasa mengantuk. Dah la lagu slow, penyanyi pun wat slow.. Huaarrrghh...!! 5. Kumpulan nasyid maktab memang the best. Meremang bulu roma dengar persembahan. Movement pun seragam dan bersemangat. Macam ni la! 6. Saya rasa banyak kumpulan yang less practise. Ada yang lupa lirik + percussion bunyi tak sama + penyanyi lari tempo. Apa-apa pun, kagum jugak la dengan semua yang masuk malam tadi sebab ada

Wordless.

Image

Bakal Berakhir.

Lama dah tak update blog ni. Haih..takde gaya nak jagi blogger tegar. Cerita kecamuk bermula. 1. Bakal berakhir kehidupan sebagai guru praktikum untuk semester ni. Markah pe pon aku tak kesah dah. Yang aku taw nak habis cepat-cepat. Ada lagi 2 kali praktikum. Sem depan paling lama. 3 Bulan. Jem! 2. Setiap kali masuk kelas relief aku akan bawak colouring page. Pernah sekali aku bagi 3 keping colouring page secara bergilir-gilir kepada murid supaya diorang ada kerja dan tak sempat nak kerjakan kawan-kawan. 3. Tak terbilang kalinya aku meroyan dalam kelas sebab budak bising. Pernah jugak masa meroyan cikgu lama lalu tepi. Malu kot!!! 4. Assignment aku baru nak buat time minggu terakhir ni. Memang terbaik! 5. Aku bercadang nak tukar praktikum mate tapi lepas disuarakan aku terus rasa bersalah dan rasa nak cancel balik decision tadi. 6. Aku harap tok wan aku sihat cepat dan boleh beraya bersama-sama. 7. Jumaat ni aku bakal berpindah keluar dari rumah sewa. Pengalaman duduk r

Fasa 2 praktikum. Kisah di Batu Kawan.

Hari pertama ke sekolah. Cuti. Tapi guru besar suruh datang jugak sebab kena lapor diri. Tulis nama dalam buku kehadiran then balik. On the way balik, dapat call guru penolong kanan nak jumpa. So... patah balik. Alhamdulillah. Semua nampak ok. GPK baik. Bertolak ansur dan faham situasi kami selaku guru pelatih. Malangnya...buku rekod kena hantar hari Jumaat. Jem! Lesson plan hari isnin kena buat siap-siap la khamis tu. Haisy! Sebab hari ni cuti, pukul 10 balik rumah. Then order gas sebab nak masak. Seronok pulak sebab first time beli gas sendiri. Angkat tong gas dari depan rumah sendiri. Haha. Tong gas kosong memang bawak dari rumah. Petronas punya. Tetiba orang yang datang bawak gas tu turunkan gas tong biru. Cuak sekejap. Settle angkat gas masuk rumah terus kol mak. "Mak, tadi org beli gas. Tapi ia bagi tong warna lain. Tak pe ke?" Mak kata tong biru tu kecik sikit so murah sikit. Takpe, nanti gas tong tu dah habis kita beli kat Taiping dapatla tong mac