Posts

Showing posts from June, 2011

Datang bawak vakum.

Bersawang betul belog kesayangan saya. Asal nak menaip je, tetiba rasa malas. Nak menaip je, tetiba idea pergi. Nak tulis pape pun fikir 3, 4 kali.  Haih... macam mana nak mengimbau memori kalau gaya macam ni. Hari ni datang bawak vakum untuk sedut sawang-sawang dalam belog. Rumah sewa dah siap dicuci. InsyaALLAH minggu ni dah boleh pindah masuk. Bukan nak duduk lama pun, 2 bulan je. Minggu depan start praktikum 2. Ada lagi sekali praktikum then sekali internship. Nak bagi masa cepat berlalu boleh? Aura-aura demam praktikum dah berbahang. Masa mandi pun boleh termenung fikir macam mana nak control murid-murid. Ahdoi!! Sekali lagi kena hadapi situasi bangun tido terus bersiap pegi sekolah. Menghadapi hari di sekolah. Balik sekolah dah penat gila then tido. Sambil nak tido dah mula fikir esok nak ajar apa. Nak ajar macam mana. Sampai la tertido fikirkan semua tu. Lazimnya memang termimpi carry out lesson untuk esok. Bangun je kena fikir nak siapkan worksheets. Then fikir nak fotosta

Topik Kegemaran.

Setiap kali bersembang dengan kawan-kawan, apa topik yang selalu keluar? Kalau orang lain saya tak tahu la tapi kalau saya dan kawan-kawan... KAHWIN Topik wajib. Walaupun tak dirancang. Berbual lah topik apa pun, akhirnya mesti akan ada yang sebut pasal topik ni. Bukan setiap kali pun bercerita tentang impian masing-masing. Kadang-kadang cerita tentang kawan-kawan atau family yang baru langsungkan hari bahagia. Then, tanya sesama sendiri. Sampai satu tahap, memang akan ada la yang cakap,  "Asal cakap je mesti ada topik kahwin ni." Lepas tu mula salahkan sesama sendiri sebab mulakan topik. Selalunya lepas dah melalut bercakap panjang lebar barulah cari punca siapa yang mulakan dulu. Comel je. Depends on people la kan. Ada yang tak fikir langsung pasal hal ni. Manusia itu unik. *** Tengah cari cara mengubat hati. So far, alhamdulillah semakin baik. Tak ada la jiwa kacau lepas doa mintak pada ALLAH supaya tenangkan hati. Alhamdulillah dah boleh sedikit demi sedikit b

Update. Cuti sekolah lagi.

Assalamua'laikum. Cuti sekolah pertengahan tahu lagi. Macam biasa, cuti dapat extra seminggu. Takde kerja nak dibuat. Huhu.. agak bosan (dah tu nak esemen kah? Oh, tak nak!) Buat diri sendiri, Cuti kali ni menuntut janji. Maaf, jawapan negatif. Uhuk2... sedih... Takpe, kita enjoy dulu!! Penantian satu penyeksaan kan? Tapi, dah ada sesuatu yang pasti, so... take step by step. Plenty of time. Sabar, Allah bagi sikit-sikit. Kena mention juga ni, kak long dia dah pregnant. Betullah jangkaan saya, mereka akan grad dengan baby. So......sweet. Sejujurnya perasaan bercampur-campur. Biarlah saya dan dia sahaja yang tahu perasaan tu (dia pun takkan faham rasa hati ni). Sabar weyh!!! More friends are getting married. Congratulations. Internet kat rumah sangatlah bengong. Sekian update yang tersekat-sekat. Doa, usaha, tawakal. Semoga ALLAH permudahkan semuanya. Plan ditunda! UWWWAAAA!!!