Posts

Showing posts from May, 2011

Cuti datang lagi

Cuti again. Dengan perancangan-perancangan tersendiri. Semoga semua berjalan lancar. InsyaALLAH.

Buka cuti je tinggal 2 minggu nak bergenbira sebelum menjalani 2 bulan stress dengan praktikum. Saya dapat lecturer yang sangat menekankan student centered. Ohhoi,,, fenin. fenin...

Rumah sewa still diusahakan.
Transport insyaALLAH settle.

Sekolah dah tengok. Rumah di taman di yang insyaALLAH bakal disewa pun dah tengok. Harap-harap dapat la kat sana.

Bulan ni family saya akan pindah ke Gerik. So, bye. bye Taiping.
Perancangan masa depan... in progress. Semoga dipermudahkan.

Mohon doakan yang terbaik.

Tengah-tengah minggu exam ni boleh pula keluar list praktikum

Assalamua'laikum.

Exam seterusnya Isnin nanti. Paper math pedagogi. Berderet jadual exam 4 hari berturut-turut.
Then boleh pula semalam list praktikum keluar. So, next sem dekat seberang pula. SK Batu Kawan. Be friendly ye, next school. Masalah sekarang either nak stay asrama di pulau ni or stay dekat seberang je. Tak decide lagi tapi duduk di asrama jadi pilhan terakhir. If possible nak rumah berdekatan sekolah. Nak seberang jambatan ni duit lagi, minyak lagi. Sama je kot dengan sewa rumah. Semoga semua dipermudahkan. Mudah dapat rumah sewa (harap2 dapat yang elok dan murah la), mudah dengan pihak pentadbiran sekolah, mudah dengan murid-murid, mudah dengan P&P, mudah dengan lecturer, mudah di dunia and akhirat.
Cerita pasal last paper, budaya. Macam ape la punya soalan. Tak ada dalam buku langsung. Istilah yang tak pernah belajar pun ada. 
Etnosentrisme: cenderung memandang rendah terhadap budaya dan etnik lain. Menganggap etnik dan budaya sendiri lebih tinggi berbanding yang l…

Exam. Buku.

Image
Esok paper first..Budaya dan Pembelajaran. Rasa jeles pulak dengan kawan-kawan yang dah grad. Takde la lagi exam kan? Tapi bak kata orang, zaman study ni yang paling best.
Patutnya kena pulun time ni tapi sempat pulak gi mengadap laptop ni. Uhuhu..
Dah 4 tahun duduk Penang ni, baru tahu ada satu kedai buku best depan USM. Sama macam kedai buku kat Taiping sederet dengan Tabung Haji. Sempat la belek-belek buku kat sana. Memang berkenan sungguhlah dekat buku bersiri Jokes, Riddles & buku cari perkataan tu. Nak beli semua before grad. Satu buku lagi yang berkenan, karya penulis ayat-ayat cinta tu. Nak beli la nanti. Suka benar beli buku tapi selalu baca tak habis. Hehe..
Jarang saya baca ikut susunan. Selalunya saya akan baca the last few pages then tengah-tengah. Last sekali baru baca bahagian depan. So, pendek kata memang baca buku dari belakang ke depan la.
Tak habis baca lagi.
P/s: Kenapa macam pernah tulis je entri ni?

Hari Guru = Cikgu dapat banyak hadiah.. (^_^)

Hari ni 16 Mei. Tahun 2005 dan tahun-tahun sebelumnya, tarikh ni saya akan ucapkan Selamat Hari Guru untuk pendidik-pendidik tersayang di sekolah. Post khas sempena hari guru untuk guru-guru yang telah meninggalkan kenangan dalam diri saya:
1. Cikgu Ani
Cikgu masa sekolah TADIKA KEMAS di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Seingat saya, Cikgu Ani sangat-sangat penyabar. Tak pernah langsung saya kena marah dengan dia. So, masa Cikgu Ani cuti bersalin, mak cik tukang masak gantikan cikgu (teror you, mak cik tukang masak saya.. huhu). Garang gila mak cik tu. Terus jadi rindu dengan Cikgu Ani yang sangat loving tu. 
2. Cikgu Fatimah
Cikgu masa di TMGS dulu. Cikgu Bahasa Melayu yang tegas dalam kelas tapi tak tahu kenapa saya sayang sangat dekat dia. Mungkin sebab bila saya cium tangan dia lepas kelas dia akan cakap " Semoga berkat semua ilmu yang saya ajarkan pada kamu." Terharu sangat sebab cikgu doakan saya depan-depan. Then, sibuk dengan pantun, bahas dan forum. Cikgu Fatimah yang asuh. Set…

Berkongsi rasa

Bersetuju dengan pendapat sahabat baik saya.





It is even harder to convince others that we are ready to

Family Day

Hari ni special dalam hidup sebab family day. Bukan senang nak berhimpun satu family even family saya kecil je. Angah blaja di Selangor, saya di Penang. Bapak kerja di Gerik. So, holiday je dapat berhimpun. Family day kali ni lebih special sebab ada bakal menantu mak (InsyaALLAH)...
Rancang nak pergi akuarium di Batu Maung. Tapi masih ditutup. Dah lebih setahun kot. Tahun lepas bawa adik-adik nak masuk akuarium tu pun still tutup. Masalah budget rasanya. Macam terbengkalai je. Rugi la kan, tempat cantik. Gambar-gambar dalam internet bukan main cantik lagi. So teringin la nak tengok keindahan tu sendiri tapi tutup la pula. Kecewa.. Nasib baik rumah Tok Njang dekat je. Macam biasa, Tok Njang ajak makan di restoran dia. Segan la. Untunglah kami bukan bangsa ambil kesempatan. Kalau tak, every week makan kari kepala ikan percuma la nampaknya. Huhu.
Sampai Feringgi pun dah petang, ombak bukan main kuat lagi. Laut bergelora!
Tak dapek la mandi.. Sedih juga sebab jauh-jauh mak datang tapi tak da…

His hobby..and i'm trying to love it

Cycling best tapi.................







SANGAT PENAT!

Ribut dah reda.

Belog, saya datang nak bercerita lagi...

Saya dah ok hari ni. Mungkin sebab semalam saya dah di 'brain washed'.

Then saya teringat, if saya nak sesuatu, saya mesti nak segera. Kalau tak dapat boleh jadi patah hati.
Contoh macam dulu, tak menyabar nak pakai handfon baru.
Sepatutnya handfon tu hadiah hari jadi tapi saya nak juga pakai awal...5 bulan lebih awal. So, saya pun dapat pakai handfon yang diidam-idamkan tu.

Sayangnya handfon tu baru je seminggu pakai, keypad # dah retak. Tak tahu kenapa boleh retak. Tekan kuat sangat ke??

Then belum sempat sebulan pakai dah kena curi.
Ada orang masuk bilik antara pukul 3-4 pagi dan curi handset + purse saya n roomate time tu.

So, saya kena belajar bersabar.
If terlalu tergesa-gesa nanti tak tahan lama.
Kalau terburu-buru takut ada masalahnya nanti.
Mungkin ini yang terbaik untuk saya.
Saya cemburu dengan nasib orang lain. Tapi mungkin apa yang saya fikir bukan yang terbaik buat saya untuk masa ni.
Sabar lagi.
Sabar lagi.

Allah ada pera…

Sengaja nak tulis.

Belog! aku datang kepada hamparan bisu ini, untuk luahkan isi hatiku.

Hari ni saya cari penyakit lagi.
Suka sangat jadi stalker kan...
Padan muka!
Kan dah berdarah hati.

Perasaan pertengahan tahun lepas datang lagi pertengahan tahun ni.
Semasa dia membawa berita gembira buat orang lain tetapi menyedihkan buat diri saya.
Berita yang buat saya terdiam dan hanya bermonolog dalam hati berminggu lamanya.
Berita yang sesudah saya luahkan masih berbekas lukanya.
Saya sudah cuba fahamkan dia tapi dia masih tak faham gelora di hati saya.
Dia terlalu realistik dalam kehidupan.

Dan saya masih dalam kedudukan yang sama.
Walaupun dah diterangkan berkali-kali.
Saya mahu jadi seperti mereka.
Dia masih realistik.

Perasaan kecewa yang dipendam.
Menyebabkan perkara kecil pun lazimnya akan menjadi besar.
Dia tetap tak faham gelora di hati saya.

Saya tahu tak baik cemburu terhadap rezeki yang dikurniakan ALLAH buat mereka.
Tapi saya selalu tertanya-tanya, mengapa saya tak boleh jadi seperti mereka?
Dia …

Mu mum said...

She said I'm chubby like my aunt.. uwaa!!
Baka beso camne eh nak bg jadi kecik nih??
Sebelum 'hari penting' kena bg kecik ckit!!!

Tapi saya suka makan.

Tak taw nak buat camne.

Maka beruntuglah orang2 yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi.
Makan tu nikmat. Lebih nikmat lagi kalau boleh makan tanpa memikirkan efek pada badan dan kesihatan. Kan?

Sape setuju angkat tangan macam saya... hihi

Chow!
Salam.

MC lagi

Setiap bulan pun ada mc.
Tapi nak beratur kat klinik tu punyalah lama.
Hari ni ramai pula golongan nenek2 dan kanak2.

So, dapatla sehari rehat.
Macam biasa bila sakit separuh hari habis atas katil je.
Yup, saya anak manja. Huhu...

Doc tu bagi ubat cam biasa Mefenamic Acid. Tapi kenapa tak bagi Sodium Trisilicate (ntah betul ke tak aku eja ni?)..
Jimat ubat kot.

Saya dah makin gemuk. Tu yang sakit makin menjadi-jadi..
Hujung tahun nak pergi ambil ubat lagi la kat Baling.
Makan putik limau dan air lengkuas seminggu.
Makan sirih 3 hari.
Hopefully lebih baik lepas ni.

Yang bestnya, gerenti time exam dah tak risau sakit ni datang!
Alhamdulillah.