Posts

Showing posts from January, 2011

Dush! Dush!

Request nak kawen b4 posting telah di'reject'. DUSH!

The power of mind.

Image
Cik Wirdati, apa yang awak buat hari ni? 29 Januari 2011. Hari ni ada tetamu. So, bangun pagi-pagi tolong mak buat breakfast. Yeke? Hoho..sambil-sambil tengok tv. Ceramah agama kat tv9 best. Ustaz Haslin tu baca ayat Quran macam nyanyi lagu Hindustan. Mak dah gelak-gelak. Bila duduk rumah je, mode makan terus on sampai tak tahu macam mana nak stop. Lalu dapur je amek makanan.  Budget tak nak makan, tapi asyik teringat ikan pekasam yang mak baru goreng. Nyum2... Dah dah. Nanti tak pasal-pasal amek nasik lagi sepinggan. Tahu dah pasal the power of mind ni. Kira refresh balik la ni. Ingat lagi kan lagu Yakin Boleh yang selalu main masa program motivasi kat sekolah. Kalau kat tv pulak klip video dia tunjuk video orang main badminton. So, saya baru termotivasi nak gunakan kuasa minda ni. Haha. Padahal setiap kali kita set niat tu sebenarnya kita dah set mind. Cuma kita tak sedar je. Saya boleh bersabar. Saya boleh kurangkan marah-marah. Let see what will happen. Alolo...sweet gila b

Cuti lagi.

Cari penyakit nak balik lewat petang kan. So, terkandas la satu  jam atas jambatan. Nasib baik bukan saya yang drive. Kalau tak mesti dah berbakul-bakul rungutan terkeluar. Uhuk2.. sangat kurang sabar. Semalam dah dapat elaun! Yeay.. Elaun tak keluar pun risau. Risau tak berduit nak makan, beli buku dan bayar pe patut untuk study. Ada elaun pun risau jugak. Risau terlebih belanja dan sesak time hujung semester nanti. ... Semalam dia cakap yang saya terlampau mementingkan perasaan saya. Hm.. ego mungkin. Something yang saya cuba ubah. Kadang-kadang pelik, bila dengan orang lain saya boleh pulak saya simpan rasa tak puas hati. Tapi selalunya dengan dia saya mudah express rasa tak puas hati. Usaha lagi!! ... Selamat bercuti semua. Elaun dah masuk, jimat-jimat la ye.

Tahniah.

Image
  Petang tadi jalan-jalan beli hadiah untuk bakal pengantin dan pengantin baru. Maybe rumah dua-dua pengantin tak dapat pergi. So, bagi hadiah je la ye. Pembalut hadiah warna putih + pink love2 + corak menjalar = saya pilih Pembalut hadiah warna ungu tua + bunga conteng2 + burung/ayam = dia pilih Mula-mula protes jugak la. Kenapa hadiah pengantin nak balut ngan warna gelap tu. Tapi lepas siap balut baru pasan. Kakak Hawa kahwen tema merah (kan? kan?). Sesuai la ngan pink putih tu. Along kawen pulak warna purple. So, dark purple dia pilih tu sesuai jugak. Seronok cari hadiah untuk orang kawen. Kad ucapan pun hand-made. Almaklumlah student. Berlagak kreatif la konon. Ni untuk along ngan kak long dia. Mydin dah ada di Bukit Jambul. Best kot. Sorry la saya jakun sikit sebab last time pergi mydin masa sekolah rendah dulu. Kat Taiping mana ada Mydin. Sedap gak nasik goreng kat situ. Harga pun murah. Hoho.. dah 3 hari tak makan nasik. Diet la konon. Makan ni je. Sedap masa 1st dan

Jangan Masukkan Setiap Peristiwa Ke Dalam Hati

Saya mungkin dalam mood sensitif sekarang. Tekanan dalam diri. Letih. Penat. Tertekan. Mungkin tu sebabnya kelmarin saya sangat-sangat happy. Rasa sampai tak mahu tido sebab nak pergi kelas. Tak sabar-sabar. Then, semalam hari kena kutuk. Boleh tak kalau nak kutuk orang yang kutuk saya kat sini? Seorang yang berani adalah orang yang memiliki daya tahan yang tinggi, tabah, mempunyai keyakinan yang kuat, tenang dan berlapang dada dalam mengahadapi dugaan. Sedangkan seorang yang pengecut akan membunuh dirina berulang kali, setiap hari dengan pedang ketidakpastian, kebohongan, khayalan dan mimpi. Saya masih seorang pengecut. Membunuh diri sendiri berkali-kali. "Jangan membalas cercaan yang melukakan hati anda, sama ada berupa ucapan atau ejekan menggunakan qasidah. Sesungguhnya kesabaranmu dalam menghadapi semua itu dengan sendirinya menguburkan semua ke'aiban. Kelembutan membuat anda meraih kemuliaan. Mendiamkannya membuatkan mereka kalah. Memaafkan mereka membuatkan and

I am going to tie the knot

Best jugak belajar Linguistic ni. Saya pun memang minat BI sejak sekolah dulu. Sampai pilih masuk kelab BI. Sadisnya, I'm the only Malay yang join kelab tu. Almaklumlah sekolah Methodist. Saya pula pelajar baru masa tu. Cikgu pun satu, bukannya nak bagitahu yang Kelab tu mostly non-Malay. Pernah main satu game masa aktiviti kelab BI tu, kena tutup mata tapi budak-budak ni tak sediakan kain untuk tutup mata. Ada ke patut somebody told us, "Use her scarf la!" Referred to my tudung. Hoit!! Takde hormat I okeh. .... So, ayat yang baru dapat hari ni, I am going to tie the knot & I am going to walk down the aisle (yang ni x sesuai untuk kita ye sebab kat gereja takde tok kadi.) Membawa maksud yang sama. SO... Let us tie the knot! Boleh?

Ordinary post for extraordinary person

Image
“Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita. Ingatlah masa terakhir kali anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda??. Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai??” “Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian”

Mengajar Math dengan Permainan

Image
Macam biasa la kan, bakal cikgu Matematik kena tahu macam mana nak jadikan pengajaran Math ni menarik. Kadang-kadang kita tak sangka pun permainan yang kita selalu main ngan kawan-kawan boleh jadi satu aktiviti yang menarik. So, saya dan rakan sekelas yang lain telah menyediakan aktiviti. Ikut buku je pun, tapi bila buat praktikalnya jadi lebih menarik. Jom tengok apa yang ada. Aktiviti ni sesuai untuk ajar multiplication. So, students akan lebih faham sebab dia nampak secara grafik konsep pendaraban tu. Secara tak langsung, kita bina pemahaman dia dalam comutative law. Comutative law: 4 x 5 = 5 x 4. Hopefully student akan nampak la bahawa dua equation tu boleh bagi jawapan sama. Erm... boleh juga guna untuk ajar finding the area kan? Next, Yang ni paling menarik. Sebab main kad. Agak mencabar la sebab kena pandai menambah dan menolak secara mental. Cara main: Setiap pemain dapat 3 kad. Tengok kombinasi nombor tu, boleh tak buat operasi + dan - supaya dapat jawapan 0. Siapa kom

Result dah dapat.

Image
Result semester lepas dah keluar. Itu pun selepas 2-3 minggu kawan-kawan sekelas berulang pergi Jabatan Peperiksaan. Haha. Sampai kena marah sebab push mintak result. Excited kot. Tahniah buat kawan-kawan yang dapat pointer tinggi. Tahniah jugak buat orang tu sebab dapat atas 3.5.  Saya menang.  Hihi. Semester ni pulun lagi ye. Ok, ni resultnya. Hambik. Gedabak. Semester lepas dapat 3.63. Terkumpul 3.64. Alhamdulillah. Saya bersyukur la. Sebab ada orang tu yang cakap saya tak bersyukur dengan result saya. Bukanlah. Saya tak tahu nak bagi reaksi macam mana supaya tak nampak macam riak or terlebih happy. Pada saya, as long as dapat 3.5 and above dah alhamdulillah sangat-sangat. Tingkatkan prestasi. Okeh. Air dalam toilet takde. Air dalam toilet bowl ada. Tapi air paip nak mencucinya tak ada. Nak guna toilet kena angkut air dalam baldi. Huh.. Kenapa tak tunggu weekdays baru potong bekalan air tu. Nak repair time weekend ni ke? Cepat-cepat taw. Susah bila takde air. Tahniah kep

Buat kamu yang saya kagumi.

Assalamua'laikum buat kamu yang saya kagumi. Semoga kamu terus kekal di jalan yang kamu pilih. Kamu, Alangkah bahagianya kamu sebab dapat jadi diri kamu sekarang. Mesti kamu lebih tenang. Saya harap dapat jadi seperti kamu. Kamu, Alangkah bertuahnya kamu kerana berani melangkah. Sedangkan saya berharap Allah sediakan jalan keluar buat saya. Dengan cara terbaik. Yang tidak menyakitkan. Melampau kan saya. Kamu hebat. Allah benar-benar sayangkan kamu kerana dia pilih kamu untuk melangkah. Allah juga sayangkan saya kerana dia izinkan saya bernafas di muka bumiNya ini. Saya ingin benar jadi seperti kamu. Tak ubah seperti sekuntum bunga mawar. Kamu. Tahu tak saya betul-betul cemburukan kamu. Tapi saya tak harap kebaikan yang ada pada kamu itu hilang. Boleh tak saya nak jadi baik macam kamu? Boleh tak? Pasti indah kalau menjadi baik itu semudah dikata kan? Malangnya semua itu perlukan tindakan. Pengorbanan. Bukan sekadar kata-kata. Banyak hajat di hati tertunda. Sebab saya takut un

Teacher-to-be

Image
Kadang-kadang saya terlupa bahawa saya di sini untuk belajar menjadi guru. Just bila lecturer menekankan pedagogi baru hati berkata, "Oh, aku ni nak ajar budak-budak nanti." Sebab bukan semua subjek ditekankan pedagogi. Contohnya, semester ni belajar Algebra (memang bila translate kepada BM jadi Aljabar ek?) English pula belajar Linguistic. So, bila belajar algebra tu terbawa-bawa pula semangat belajar masa di matrik. Belajar untuk dapat pointer 3.0 and above supaya layak masuk bidang pendidikan. Belajar di IPG ni bukan nak pointer semata-mata. Paling penting belajar cara menjadi guru terbaik. Walaupun cikgu terlatih di sekolah selalu cakap, "Apa yang awak belajar di IPG tu bukan semuanya berkesan dalam dunia sebenar sebagai guru." Experience is the best teacher kan. Tak salah mengumpul pengetahuan yang dapat membantu kita mengutip pengalaman tu nanti. Untuk subjek Teaching of Numbers, Fraction, Decimal and Percentage pula menekankan pedagogi. So, macam biasa ke

Jog..jog...jogathon!

Image
Jogging adalah menyeronokkan. Terutamanya bila dapat jog 5 round tak berhenti. Wa... sangat bangga. Thanks kepada orang tu. Terbatuk-batuk kering jugaklah saya. Tambahan pula udara tak fresh. Bau asap colok kuat. Jogathon pula adalah tidak menyeronokkan. Sebab satu sen pun takde dikutip lagi. Duit poket sendiri la nampaknya. Segan betul mahu minta pada saudara mara. Zaman sekolah dulu pun segan. Apatah lagi zaman anak dara kini. Tunggu elaun la. Luar topik: Baju kawen dengan tudung labuh adalah sangat gojes!!! I like. InsyaALLAH.

Conteng-conteng

Kembali berdiet selepas berat naik berganda-ganda semasa cuti yang lalu.  Wa...susah! Lalu je tepi food court nak makan Chicken Chop. Lalu tepi KFC nak makan Twister. Lalu depan Secret Recipe nak Chocolate Indulgence. Lalu tepi kiosk McD nak Sundae. Pendek kata memang LALU makan je la sepanjang masa. Nasib baiklah elaun tak masuk lagi. So, tak boleh lagi nak makan Domino's Pizza. Kupon dah berdebu kot dalam wallet yang wangi bau duit tu.  Walaupun duit kurang. Elaun masuk bulan 2!! Nasib baik tinggal lagi seminggu. Pastu cuti, macam biasa la. Elaun FAMA (father n mama). Almaklumlah anak mak ni tak kahwen lagi. Kalau dah kahwen? Dua-dua tak berduit camne? Dah kahwen pun takkan nak tadah tangan kat parents? Boleh ke? Praktikum. Ala.. tak dapat buat praktikum ngan orang tu. Kontroversi betul pembahagian praktikum ni. Ada sekolah sampai 6 orang. Ada sekolah 3 lelaki seorang perempuan. Ish. Ish. Permudahkanlah urusan praktikumku.

Teacher is a superhero. (Re-post..Corrected version)

Translation for the title above? Guru ialah seorang adiwira. ADIWIRA? hero = wira.  Setuju. Saya tak faham apa kaitan super = adi.  Errr? Tapi kalau ingat-ingat balik, dulu pun ada istilah 'adi' dalam subjek kimia kan. 'Gas Adi'. atau nama lain Gas Nadir. Gas dalam kumpulan 18 Hebat ke gas dalam kumpulan 18 ni? Bersifat lengai, tidak reaktif, dan tidak bertindakbalas dengan bahan kimia lain. ======================================== Cukuplah short notes untuk student science stream. Yang lain-lain baca sendiri. Jadi cikgu ni best kan. Boleh jadi superhero (tak payah pakai seluar dalam kat luar macam Superman pun) Cakap cikgu ni selalunya lebih power dari cakap parents.  Untuk cikgu sekolah rendah la. Macam yang lecturer saya selalu cerita. Kalau seorang cikgu tersilap tanda, 2+3=6 Then parents yang check buku latihan tadi tegur. "Salah ni" 2+3 = 5 Anak tadi pun jawab. "No! Cikgu tanda betul. 2+3=6!!"  Padahal parents tu pun cikgu

Teacher is a superhero.

Translation for the title above? Guru ialah seorang adiwira. ADIWIRA? hero = wira.  Setuju. Saya tak faham apa kaitan super = adi.  Errr? Tapi kalau ingat-ingat balik, dulu pun ada istilah 'adi' dalam subjek kimia kan. 'Gas Adi'. atau nama lain Gas Nadir. Gas dalam kumpulan 18 Hebat ke gas dalam kumpulan 18 ni? Bersifat lengai, tidak reaktif, dan tidak bertindakbalas dengan bahan kimia lain. ========================================

Ayam Brand = Cap Ayam?

Image
Assalamua'laikum. Tak pernah kan mula post dengan bagi salam.  Time matrik dulu, lecturer selalu marah kitorang kalau guna buku 'cap ayam' untuk rujukan. Subjek Biologi 'must'ilah menggunakan buku Solomon ataupun Campbell (Sup cendawan campbell??) Kalau rujuk buku selain tu pasti menjadi bahan. "Yang kau pergi rujuk buku cap ayam tu buat apa???" Persoalannya... eceh.. Buku 'cap ayam tu' macam buku yang tak berapa bagus lah kan. Makanan cap ayam? Ataupun lebih tepatnya Ayam Brand? Hambik kau. Gedabak! Sedap ni. First food yang saya masak untuk orang tu. Tersilap ratio. Setin sardin kawan ngan 5 biji kentang. Boleh bayang? Bukan jadi kawan. Kentang membuli ikan-ikan sardin yang sesak nafas duduk dalam tin. Bukan jadi sambal sardin dah. Udah jadi sambal kentang!!! Ikan tersorok kat timbunan kentang. Haiya.. bikin malu saja. Orang tu macam biasa la. Makan tetap selera. Mesti nak jaga hati saya. Tiba-tiba... "Awak memang masak sar

COLORCLICKZ 1st GiveAway 2011

Image
klik Colorclickz untuk ke blog beliau. Sempena minggu pertama di bulan pertama tahun dua ribu sebelas ini, saya dengan suka-sukanya join giveaway ni. So, 3 orang kawan yang saya nak tag ialah Cik Tulip Cik Amal Cikgu Ainura Jom le ramai-ramai join.

Cuba Try Test

Image
Mesti korang pernah tengok gambar ni kan? Biasanya kalau klik mesti keluar iklan. Mula-mula saya tengok gambar ni, "Apa benda la soalan ni. Sah-sah la penari tu berputar lawan jam." Pas saya terbaca dalam satu blog yang kita boleh nampak penari tu berputar dari 2 arah, saya terus fokus pada gambar. Lama jugak saya tengok. Tipu lah. Sama je. Putaran lawan jam. Saya baca description bawah gambar. Cuba tengok bayang kaki penari. Lama-lama.... YELAH! Dia berpusing ikut arah jam! Yeay!!! Saya pernah belajar pasal penggunaan otak kiri dan kanan ni. Kalau tak silap, benda ni pun boleh dipanggil ilusi optik juga kan? Maknanya, ilusi optik tu memanipulasikan penggunaan otak kita la ye.. Apa kata korang pulak try. Cuba anda test mata anda pula. Untuk gambar yang bergerak klik sini

Kucing Comel

Image
Ada orang tu kan, dia cuti-cuti ngan family kat Sarawak. Nasib baik dia belikan buah tangan. Kalau tak mesti ada orang lain yang merajuk. Orang lain tu dapat ni: 2 ekor kucing. Sebab orang lain tu agak panas so, pilih warna panas. Bagi warna sejuk kat orang tu. Semoga dia sentiasa sabar. Love putih. Universal sign. Boleh pulak mulut orang lain tu cakap, "Keychain lagi." Tak patut... Yang ni paling best. Baru je hari tu orang lain tu tengok dalam satu blog pasal kalendar camni. Suka sangat. Lagi 20 tahun pun boleh guna kan? 'Orang lain tu' yang seronok siap kemas bilik awal so boleh gi jalan-jalan cari makan. Thanks untuk cik tulip sebab bagi ole-ole dari Singapore. Thanks juga untuk awan haikal sebab bagi keychain dari Sarawak. Tak lupa juga untuk roomate sebab bagi hadiah dari Sabah. Ada lagi sesiapa yang nak bagi buah tangan?  Tangan saya sentiasa terbuka menerimanya. p/s: Tak dapat lagi bunga... (^_^)??

Seperti itik pulang petang. Jom kita PULANG!!!

Image
Yeay!! Cuti dah habis. Esok daftar masuk asrama. Ramai jugak yang dah balik Penang. Err.. berdebar. Saya ni kan kalut. Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, ada je yang jadi before balik masuk semester baru. Aiyaaa...macam orang berkepercayaan karut sahaja! Lari... Teringat pula masa zaman matrik dulu. Setiap kali hari Ahad dan Khamis ada kelas Mr. Chow. Kelas math yang sumpah takot gila. Nak masuk kelas macam nak masuk kandang rimau. Mesti menggigil-gigil. So, setiap hari Ahad dan Khamis saya akan pakai baju biru. Kesian kan? Dengan harapan lecturer nampak biru so lebih sejuk. Kang saya pakai baju merah. Bukankah lebih menyemarakkan semangat kemarahan beliau? Alamak... melalut sudah. Jumpa di Penang!