Posts

Showing posts from November, 2010

Aktiviti panas semasa cuti.

Time sibuk study dulu, macam cacing kepanasan menunggu cuti. Baru start kuliah dah kalut selak kalendar check tarikh bila next holiday. Hambik... Cuti hujung tahun. Best kan... Best la kalau kau merayap dan jadual harian penuh dengan aktiviti menarik. Macam mana pulak kalau aktiviti harian makan, tido, bangun tido, memasak, kemas rumah then ulang balik makan, tido, bangun tido memasak dan kemas rumah? (nasib baik ada part memasak dan kemas rumah). Mati kutu tambah-tambah bila kat rumah family tak ada. Kau cuti la sorang-sorang. Tengok tv  then tv pula tengok kau. Broadband celcom buat hal sangat. Padan muka kau. Aku ganti dengan yang lain. Pelik betul. Masa baru guna kau dulu bukan main laju. Tak sempat klik kau dah keluar (hiperbola yek). Sekarang tetiba je kau meragam. Jangankan nak bukak 'muka buku'. Nak search google pun hazab. Inikan pula nak update belog tercinta. Memang bercinta la aku klik, klik si tikus. At last tak keluar apa-apa. Puas hati dapat meroyan kat sini. Y

Nak kahwin awal? Meh baca ni.

Siapa nak tips kahwin awal? Angkat tangan! Siapa tak nak kahwin duduk diam-diam sambil makan daging masak kicap *tetiba pulak* Semalam kakak sepupu saya bernikah. Masa tengah tumbuk daun inai (akhirnya masuk blender. Tak tahan daulat. Banyak kot nak tumbuk), mak pesan suruh teman sepupu pergi masjid esok. Ambil berkat. Mana tahu melekat jodoh cepat. Hehe... Mak yang cakap. Bukan saya. Kakak sepupu kata, kalau nak cepat jodoh sila fokus pada sirih junjung yang jadi hantaran. Kenal tak sirih junjung? Kalau tak kenal sila google. Bila dah fokus, sila ambil senyap-senyap. Pastikan orang tak tahu. Pastu, makan siri tu satu lipat. Saya pun tak faham satu lipat tu macam mana. Lipat sekali pastu makan kot. Hehe.. Yang penting kena senyap-senyap. Jangan kecoh-kecoh. Tu petua orang tua-tua. Kalau tak jadi tak tahu..

Salam Aidiladha.

Image
Bagaimana hari raya anda?  Adakah menarik dengan sesi menumbangkan lembu? Atau lebih menarik dengan sesi mengejar lembu? Hari raya saya biasa-biasa sahaja.  Cuma tahun ini beraya di rumah tok wan buat kali pertama. Best ke? Best sebab rumah tok wan tak ada sinki. Nak basuh pinggan mangkuk semua dalam bilik air. Basuh di lantai ye.  Memasak pun di bawah sebab tak ada para tempat memasak. Untung tau sebab tak penat berdiri. Masak bersila je. Mak pun buat kali pertama tak merungut sakit tumit walaupun masak macam-macam. Soto, bihun sup, rendang ayam, kuah kacang. Kalau masak di rumah mesti sakit-sakit pinggang dah. Paling seronok, bilik air rumah tok wan tak ada pintu. Hehe.. ada berani? Bila hujan renyai-renyai kena tutup tv. Sebab tok wan takut kena sambar kilat. Bila tok wan dah warning maka teruslah suis ditutup. Berani derhaka? Hoho. Duduk rumah tok wan ni teringat astro di rumah. Sebab tv kat rumah tok wan dapat channel TV1 dan TV2 SAHAJA! Errr.... TV pula

Packing And Tagging. Two different things.

Baru je lepas packing pakaian. Nampaknya satu beg kanvas besar + satu beg balik kampung sederhana + beg balik kampung kecil tak dapat memuatkan satu almari pakaian saya. Isnin ada last paper (English) dan selepas itu pulang ke kampung...(kampung? Saya duduk taman..hihi). Esok kena cari beg yang lebih besar sebab nak isi barang-barang lain. Almaklumlah, tempoh belajar 5 tahun setengah (ada macam amek medik x?). Semakin bertambah hari, semakin banyak barang dikumpul. Padahnya, semasa mengemas di hujung semester (setiap hujung tahun kena kosongkan bilik).   Thanks kepada cikgu Iqa sebab rajin meng'tag' saya. Tag yang lagi satu oleh ciknana akan saya buat nanti. Jom tengok!      #Apa benda paling penting dalam hidup anda? Cinta, Kasih Sayang dan Persahabatan Sejati *kategori benda abstrak* #Benda terakhir yang korang beli pakai duit sendiri Hand socks warna hitam (RM4 je). Beli di pasar malam menggantikan hand socks lama yang dah koyak *ganaz* #Dimana tempat korang nak langsu

Kecik-kecik dah pandai!

Image
Berbeza betul dengan saya zaman dahulu. Budak-budak zaman sekarang bukan main lagi.  Baru sekolah rendah dah ada handfon sendiri ( bunyi macam cemburu je ) Paling tak tahan, belum pun sekolah tadika lagi dah ada handfon sendiri. Bukan handfon yang boleh isi air tu.  Ini handfon betul punya. Boleh call dan mesej orang. Isk, tak faham betul kenapa budak-budak umur ni dah dapat gadget. Ehem, cemburu ke? Agak la. Saya dulu dah form 5 baru dapat pegang handset. Itupun kawan bagi pinjam. Mungkin sebab kesian saya seorang je yang tak ada handfon masa tu. Bergaya la sekejap ngan barang pinjam. Bak kata peribahasa 'Jadi umang-umang'. Terdengar kata seorang mak cik kepada anaknya, "Ini handfon umi, mana handfon adik? Pergi main handfon adik" Ingatkan budak tu pergi ambil handfon yang tekan punat keluar bunyi tu. Ataupun mungkin juga handfon yang ada straw. Tiba-tiba... NOKIA Wow! Model apa? Saya tak perasan. Tambah-tambah saya ni kurang peka ngan model handfon. Tapi memang h

“GiveAway Domain From MelRomeo.Com“. Menarik!

Image
Saya telah terplih untuk menjawab tag oleh blogger tersayang Cik Tulip . Jadi, jom tengok apa yang patut dibuat.   GIVE AWAY Domain Daripada  MELROMEO.COM Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS 1. Cik Amal 2. Shanas 3. Lulu 4. Pengantin Baru - Dudu 5. Cikgu Ainura MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG GIVEAWAY DARI  MELROMEO.COM Syarat & Peraturan 1. Create 1 Entry bertajuk “ GiveAway Domain From MelRomeo.Com “ 2.  COPY Ayat berwarna Merah diatas dan PASTE di blog anda.  ( PASTIKAN LINKBACK KE ENTRY INI ) 3.  Tag 5 Orang Kawan Bloggers 4.  Comment Entry ini berserta LINK Entry anda   dan Siap!       Sejujurnya, saya ada confius. Pertandingan hape ni?  Maaf la.. I ni buta IT. Lagipun hujung2 sem ni sibuk ngan exam dan pindah randah. Akhir kata...                 HAVE A NICE DAY!

The One

Image
When I saw you for the first time I knew you were the one You didn't say a word to me But love was in the air Then you held my hand And pulled me into your world From then on my life has changed for good Now I'll never feel lonely again cause you are in my life love how can I explain to you? The way I feel inside when I think of you I thank you for everything that you've showed me Don't you ever forget that I love you = = = Love I knew that someday real soon You'll be right next to me Holding me so tight so I will always be yours Although we can't be together now Remember I am here for you And I know you're there for me Whenever I long to be with you I just close my eyes and pretend you're here I see you I touch you I feel you like real Nothing can ever change what I feel inside How long must I be far away from you I don't know dear but I know We are one

Tahun ketiga.

Image
Esok exam lagi. Paper pagi tadi adalah agak mengecewakan. Tawakal je la. Usaha sudah. Jawab sudah. Puan pemeriksa, tolong bagi markah ye even jawapan sipi-sipi je. Hari ni 9 November. Ada apa 9 November?  Anniversary kita yang ketiga. Dah separuh jalan. InsyaALLAH..separuh lagi. Sila klik untuk tumbesaran yang sihat. Tahun depan nak dapat cincin yang baru kan? Kan?  Sempena Anniversary ni, dapat makan pizza. At last! Asyik bertangguh je sebab sayang duit. Kebetulan Mr. Someone dapat kupon Domino's Pizza. Tambahan pulak hari ni anniversary kami so dapat makan dua jenis pizza. Yeay! Classic Chicken Chicken Pepperoni Masa order pun blur. Hehe. Tak pernah order kat Domino. First time ni. Apa yang telinga tangkap itu yang saya order. Tak apa. Lain kali da tahu dah nak order macam mana. Yang ni best. Masa nak pilih sos tu telinga dapat tangkap bunyi "BBQ". Terus sebut. Haha.. Adik oi, laju sangat menyebut list sos tu. Udah le saya first time order. Nak tunjuk panda

Hari terakhir.

Image
Hari ini hari terakhir untuk study Math Planning sebab esok dah exam. Berita gembira atau sedih? Semestinya berita sedih untuk orang-orang yang tak bersedia lagi untuk exam macam saya. Mungkin juga berita gembira buat insan-insan yang dah cover almost all topics. Dah tepu sampai bila-bila masa sahaja boleh memuntahkan idea-idea bernas. Keunikan musim peperiksaan. Sudah pukul 3 pun masih ada lagi insan yang belum tidur. Mungkin juga baru bangun untuk study. Situasi ini memberi manfaat kepada insan-insan yang takut nak ke tandas pada waktu malam.  Tak perlu tahan kencing sampai esok pagi.  Tak perlu juga memerut dalam keadaan gelisah. Siapa tu? Haha  Bak kata cik Tulip , Basic Calculus memang memeningkan. Tapi tak kusangka Math Planning lebih memeningkan. Bila dah pening-pening ni, emosi pun jadi tak stabil. Bincang soalan past year pun boleh jadi macam cari gaduh. "Kenapa jawapan dia B bukan C? Cepat bagi alasan. Tak puas hati ni." Cepat bagi alasan yang kukuh sebelum kena p

Wanita itu. Mampukah aku?

Image
Mampukah aku?

Sabarlah sahabat.

Image
Sahabat disayangi, Sabarlah kita menghadapi setiap ujian dari ALLAH, Kerana Dia tahu kemampuan setiap hambaNYA, Semoga setiap ujian dihadapi sengan kesabaran, Semoga darjat kita ditingkatkan di sisi-NYA. Maafkan aku kerana aku tak mampu membantu. Meskipun begitu, kamu tetap ada dalam doaku.

Musim Exam

Paper Teknologi dalam Pendidikan telah selamat 'digoreng'. Harap-harap tak hangit. Soalan spot tak boleh pakai. Haha. Ada la kot 2 peratus yang keluar. Tengok je soalan objektif. Blur. Bace soalan 1. Tak faham. Haisy. Tinggal dulu. Buat subjektif dulu. Lenguh tangan mengarang esei. Semoga keputusan baik. Amin.. Semalam balik rumah. Gaya macam dah abis exam padahal ada tiga paper berturut hari. Bosan-bosan tengok tv (tengok tv! Bukan nak baca buku), menyakat mak kejap. Saya: Mak, orang nak kawen. Mak: Hah? (sumpah terkezut. Tapi kejap je.. Pastu mak gelak-gelak) Ada ke orang nak kat kau? Arrrrr!!!! Sedih la mak cakap camtu.  Saya: Mak carikan la.  Mak: Selagi tak ada RM5000, jangan berangan. Paling kurang tu.  Angah dah guling-guling gelak. Siap ejek-ejek saya lagi. Hoo.. takpe, kau tunggu la time kau. Malas la nyakat mak pasal ni lagi. Saya pulak yang tersakat. Nota kaki: Betul ke perkahwinan tu pengakhiran kebebasan dan kisah percintaan? Bukan perkahwinan tu permulaan

Ujian Dunia

2/11 - Teknologi dalam Pendidikan 9/11- Math Planning & Teaching 10/11- Basic Calculus 11/11- PJ 15/11- English  9 hingga11 November tu macam mana? Mesti tak cukup tangan nak cekau buku dan nota kan? Haisy!