Posts

Showing posts from September, 2012

Persiapan 2

Image
Quilling tak siap lagi... untuk dibingkaikan.. Hiasan meja guestbook. Datang kenduri saya nanti jangan lupa cari guestbook ye.  Purple untuk majlis saya.. Rujuk purple kain kosong. Kain net tu untuk ambil bunga je.. Harap-harap tak buruk sebab saya guna purple+gold. Kain untuk baju nikah.  Sampin dan kain untuk baju melayu bakal suami. Cepat la susut. Makin hari makin gemok pulak ni...Risau2.

Rezeki...

Pernah x bila rasa sesak sangat2, rasa tak berdaya then kita doa mintak si DIA yang satu bantu? Then bila berhari-hari kita terfikir-fikir macam mana nak solve sesuatu masalah.. Kita doa sungguh2 mintak Allah permudahkan.. sebab kita tak berdaya lagi. Tiba-tiba, ALLAH sediakan jalan keluar dari permasalahan yang membuatkan kita rasa gelisah berhari2 itu.. Apa perasaan pada masa tu? Syukur Ya ALLAH.... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Allah kan dah janji, berdoalah pada Dia. Nescaya Dia akan makbulkan.. Doa kena sungguh2.. Kita tahu bila kita bersungguh berdoa. Jauh dalam hati kecil kita dapat rasa betapa kita berharap pada DIA... Untuk menempuh alam baru tak lama lagi, saya kena tulis benda ni. Supaya suatu hari nanti bila saya terbaca balik post ni saya akan ingat kembali betapa kasih dan sayangnya ALLAH pada saya... kerana saya selalu lupa.. tambah2 bila ditimpa masalah. Bulan Ramadhan tadi tiap2 hari doa mintak dipermudahkan jodoh. Min

In progress....

Image
Belah saya. Serah kat mak bulat-bulat. Tak kisah asal ada baju yang nak dipakai. Adoi.... Sakit kepala.  Dah la.. Jangan fikir sangat.  What will be, will be.

Wordless..

Image

Permudahkanlah... Murahkanlah...

Image
Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan.” – (Surah Hud:6) Yakin.  Yakin. Kena yakin.. Bila Allah dah makbulkan doa, tandanya aku dah sedia.  Allah dah janji Dia akan murahkan rezeki. Yakinlah. Jangan was-was.. jangan percaya bisikan-bisikan jahat dari dalam hati. Kalau belum sampai masa ALLAH takkan bagi lagi.  Dia akan permudahkan semuanya.. Jangan minta pada manusia, minta pada Dia.. Semuanya dah tersurat. Allah yang menanggung rezeki. Jangan risau. Allah akan permudahkan semua urusan. Kalau something jadi tak seperti dirancang, jangan fikir nasib tak baik or nasib malang. Fikir itu yang terbaik buat masa ni. Mungkin apa yang kita rancang bukan yang terbaik untuk kita. Jangan salahkan diri. Jangan salahkan nasib. All

Update

Assalamua'laikum... Lately busy dengan persiapan untuk bulan 12 nanti dan assignments yang menimbun. Borang untuk medical check up dah ambil tapi belum ada kesempatan nak pergi buat medical check up.. Asal petang je ada kelas.Kalau bukan saya, dia pulak yang ada kelas.. so hold dulu. Harap-harap next week ada masa free sebab medical check up boleh buat hari Isnin, Khamis dan Jumaat sahaja. Petang pulak tu.  Action research dah dekat tarikh pembentangan. Draft akhir tak siap lagi. Hadoi. Berhantu betul AR ni.. asal bukak je fail AR terus rasa mengantuk gila. Semoga dapat lulus dengan cemerlang. Subjek Application of Math memang terbaik la semester ni. Tak faham sangat! Tu masalahnya... paling teruk pembentangan tengahari tadi sumpah tak faham apa... tajuk tu yang susah. Presentation sgt menarik. Kad in progress...  Dua hari pergi survey kasut tak beli-beli lagi.. Bukan kasut saya, tapi kasut dia... Nak beli Bonia tak nak pulak sebab baru belikan masa birthday hari tu.. nak

Persiapan

Image

Teramat jahat

Pernah tak korang rasa takut dengan diri sendiri? Hari ni aku rasa takut dengan diri sendiri. Sebab aku baru nampak yang aku boleh buat benda yang teramat jahat.. Selamatkanlah aku dari kejahatan dari dalam diriku sendiri Ya ALLAH...

Hati mesti cukup besar...

Lately xde mood. Spring dah bertukar jadi winter. Harap-harap untuk sementara je. Biasanya tengah-tengah marah ni saya prefer tak nak bercakap ngan orang yang buat saya marah tu.. sebab kalau saya cakap perkataan tu dah tak jadi 'air-cond' tapi jadi 'heater' pulak.  Pernah terbaca tapi lupa di mana...  Hati mesti cukup besar... Nak jadi cikgu hati mesti cukup besar untuk memaafkan... Nak jadi isteri hati mesti cukup besar untuk memaafkan... Nak jadi ibu hati mesti cukup besar untuk memaafkan... Nak jadi kawan hati mesti cukup besar untuk memaafkan... Sebab ALLAH yang punya segalanya pun MAHA PENGAMPUN... apalah sangat kesalahan-kesalahan orang pada saya jika nak dibandingkan dosa-dosa saya pada ALLAH Hati saya sangat kecil untuk memaafkan. Saya kena ingat... Nak jadi cikgu, isteri, ibu, kawan, hati kena cukup besar untuk memaafkan.. P/s: Sedih sebab hati tak cukup besar. M.A.A.F

Semangat

Kuseru semangat!!!!  Adeh.. malas benar nak buat assignments. Lecturer tunda tarikh hantar makin melampaulah aku.. Cuti berhari-hari boleh duduk melengung je tak buat apa. Tambah pulak tengah dlm persiapan ke alam baru. Lagi kendur semangat nak buat assignment. Macam mana lah orang yg dah keje bahagi masa nak wat persiapan ngan nak siapkan keje.. Dapat pekerja macam aku mahu lingkup company. Hari ni dah dapat kain untuk kenduri sebelah lelaki. Mak kata kain untuk baju nikah aku ngan kenduri belah perempuan nanti beli sama-sama mak. Encik tunang tak mau baju nikah baru sebab dah ada baju baru buat aritu. So, jimat di situ.  Takde sewa2.. sume mak jahit. Lebih berkat di situ. Pas kenduri rasa nak pakai sarungkan je.. hoho Mak dah mula survey2 bunga untuk hias hantaran.  Aku pun dah slow2 beli barang-barang hantaran. Hari ni settle dua barang. Hari ni jugak first time mesej bakal mama. Nervous. Tunggu punya tunggu mesej tak berbalas.. Akhirnya!!!