Salam Syawal..

Update dari Nanga Entalau, Lubok Antu, Sarawak..

Syawal kali ini sememangnya lagi bermakna dengan kehadiran suami di sisi. Meskipun begitu, syawal kali ni juga agak lain kerana pertama kali tak beraya dengan keluarga sendiri. Paling tak best, raya kali ni takde gambar raya langsung. :(

Nak masuk 8 bulan saya menjadi isteri tapi masih lagi belum ada rezeki untuk bergelar ibu. Biasa la manusia bila tengok kawan2 yang kahwin lewat dari kita dah berisi, sedikit sebanyak emosi turut terusik. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kami. Inshaa Allah. 

Duduk di sini tak susah. Duit pun tak keluar sangat. Yang susahnya bila nak keluar ke bandar. Sekarang musim kemarau. Air sungai cetek so tak boleh naik bot. Mujur jalan darat dah ada tapi seberang sungai di atas bukit. Mula2 kena seberang sungai dulu then kena panjat bukit. Allah tahu kalau saya pregnant mungkin saya tak kuat untuk buat semua tu. Buat masa ni saya masih lagi duduk asing dari suami. Husband di rumah guru besar dan saya di rumah bujang guru perempuan. In shaa ALLAH lepas UPSR nanti baru ada rumah kosong untuk kami mula 'berumah tangga'.

Terima kasih untuk  husband atas hadiah besday tahun ni.. Husband terpaksa belikan awal 2 minggu sebab saya dah tak sabar2 lagi.

Terima kasih.. i'm looking forward untuk hadiah anniversary pulak. hehe..



In shaa ALLAH juga minggu depan kereta baru sampai. Untuk kegunaan bersama di Sarawak. Of course HILUX sebab nak kena naik bukit kan.. semoga semuanya dipermudahkan ALLAH..

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan