Kelahiran Aufa Afiya
Pengalaman saya lahirkan anak pertama ini taklah menarik sangat pun sebab dari minggu ke39 sy dah dimaklumkan bahawa saya akan melahirkan melalui pembedahan.. siap dr suruh pilih 29hb or 2hb.. paling elok dr suggest 29hb sbb tak terlalu lewat dan kebetulan hari tu hari jumaat... Suami saya balik awal dari Sarawak sebab nak luangkan masa dengan saya hujung2 pregnancy. Sempat juga la gi dating berdua ngan perut yg sarat. Hari yang dijanjikan, saya dah siap2 packing beg untuk ke Columbia Asia Hospital, Taiping. Pukul 8 admit ward. Then tunggu doktor datang check jalan lagi.. mana lah taw ada rezeki bersalin normal.. Dalam pukul 9.30 pagi doc datang n check jalan. Kali ni check jalan agak sakit. Mungkin saya terpengaruh dengan cerita2 orang yang check jalan tu sakit padahal sebelum ni okay je.. Doc kata xboleh juga sebab kedudukan baby tinggi xturun lagi.. huhu sabar je la anak ibu nak keluar ikut tingkap ye.. Lagipun saya takde contraction langsung dan bukaan pun tak ada. ...