Kelahiran Aufa Afiya

Pengalaman saya lahirkan anak pertama ini taklah menarik sangat pun sebab dari minggu ke39 sy dah dimaklumkan bahawa saya akan melahirkan melalui pembedahan.. siap dr suruh pilih 29hb or 2hb.. paling elok dr suggest 29hb sbb tak terlalu lewat dan kebetulan hari tu hari jumaat...

Suami saya balik awal dari Sarawak sebab nak luangkan masa dengan saya hujung2 pregnancy. Sempat juga la gi dating berdua ngan perut yg sarat.

Hari yang dijanjikan, saya dah siap2 packing beg untuk ke Columbia Asia Hospital, Taiping. Pukul 8 admit ward. Then tunggu doktor datang check jalan lagi.. mana lah taw ada rezeki bersalin normal.. 
Dalam pukul 9.30 pagi doc datang n check jalan. Kali ni check jalan agak sakit. Mungkin saya terpengaruh dengan cerita2 orang yang check jalan tu sakit padahal sebelum ni okay je.. Doc kata xboleh juga sebab kedudukan baby tinggi xturun lagi.. huhu sabar je la anak ibu nak keluar ikut tingkap ye.. Lagipun saya takde contraction langsung dan bukaan pun tak ada. So bersiap2lah saya nak kena bedah. Nurse datang untuk saya isi form. Kebenaran husband masuk OT dan untuk urusan pendaftaran anak nanti. Nurse juga datang untuk shave tempat yang nak dibedah nanti. Kali ni dari wad lagi saya dah ditolak untuk ke OT. Tak ada lagi naik kerusi roda ke OT macam pembedahan cyst sebelum ni..

Masuk je OT kali ni ditemani suami so takde rasa berdebar2 macam dulu. Pengalaman dah ada. Then doc bius datang sembang2 dan ambil tanda tangan. Cucuk drip kat tangan kiri. Husband pulak pergi tukar baju untuk masuk OT. Sementara tunggu OT sedia saya sembang2 dulu ngan husband. Bila semua dah sedia dan saya ditolak masuk ke OT, husband diminta tunggu kat luar sekejap sebab saya nak kena bius dulu. Bius kali ni separuh badan sahaja dari pinggang ke bawah. saya diminta duduk sambil peluk bantal. Doktor bius tekan2 tulang belakang untuk cari tempat nak cucuk ubat bius.. Uihhhh.... macam kena renjatan kecil masa tulang belakang dicucuk. Bergerak sikit badan saya sebab tahan sakit. Taklah sakit sangat pun tapi first time kena cucuk tulang belakang.. doktor pesan jangan bergerak. Takot jarum patah kot. huhu.. seriau.. seriau... yang ni memang membawa ke alam mimpi lepas pembedahan sebab seriau sangat. Then saya rasa punggung makin sejuk. Rasa semut-semut menjalar sampai ke hujung kaki. Masa ni nurse dah start letak tiub untuk air kencing. Serius cakap memang tak rasa apa dah. Rasa orang sentuh tapi deria sakit dah hilang. Subhanallah. Hebatnya ALLAH memberi ilham pada orang untuk cipta ubat bius macam ni. Bila saya dah baring, bahagian dada diturunkan tirai. Ala... tak nampak la apa yang berlaku di bawah sana. Doktor yang nak bedah pun panggil suami. Belah kiri kepala saya nampak doktor bius tengah monitor saya manakala belah kanan kepala ada husband tengah duduk. Saya nampak ramai sangat orang dalam pakaian pembedahan warna biru. Then nampak nurse ke doktor ntah dah ready kain di tangan untuk sambut baby.

Doc kata "Kita mula ye." Saya mengucap dulu sambil baca doa nabi Yunus. Tangan kanan husband pegang sambil mata dia mengintai2 apa yang doktor tengah buat. Saya tanya doktor bius kenapa saya still rasa tangan orang pegang-pegang perut saya? Dia jawab memang rasa orang sentuh tapi tak rasa sakit. Jangan risau. Bergoyang-goyang rasa perut diproses. Then terbau hangit. Saya ada baca masa doc gne laser memang terbau hangit. Saya tanya husband, laser ke? Husband angguk sambil explain apa yang dia nampak. Terdengar juga bunyi guntingan daging perut. Berkali-kali juga saya tanya dah keluar ke baby? Husband cakap belum lagi.. Sabar... Tiba-tiba rasa suara makin lemah. Even usaha cakap kuat tapi slow je suara yang keluar. Kesan ubat bius muka saya rasa gatal-gatal sangat. Macam penuh dengan semut. Nurse sangat alert bila saya kata gatal muka. Dia gosok2 muka saya dengan sapu tangan. Kemudian husband pulak sambung. Gatal kat mata, hidung, mulut. Semua bahagian muka gatal sepanjang pembedahan sampai recovery dalam wad. Then saya terasa gerakan doktor yang agak laju pada bahagian perut. Bunyi suara baby dan suara doktor sedang iqamat masa bawa baby keluar. Sebak betul masa tu. Menangis terharu saya mendengar suara insan yang ditunggu2 sepanjang 39minggu 4hari. Husband pun nampak sebak di sebalik mask yang dia pakai. Doktor kata betul keputusan pembedahan ni sebab baby dah buang air besar sikit. Alhamdulillah lahir juga anak ibu.. Mata saya pandang je ke bahagian atas kepala sebelah kanan tempat nurse sedang sedut cecair dari hidung dan mulut baby. Nyaring sungguh suara anak ibu.. Husband ambil peluang rakam proses tu. Husband cium pipi saya dan kata anak kita dah keluar. Kuat suara dia. Then saya rasa mengantuk sangat. Nurse bawa baby dan tunjukkan baby perempuan then bagi saya cium baby... saya still menangis lagi masa ni. Husband dan baby dibawa ke bilik lain untuk bersihkan baby dan husband nak azan dan iqamatkan. Saya pulak rasanya dah ke alam mimpi sebab rasa lemah sangat. Yang seterusnya saya tak berapa ingat even sedar. Saya rasa letih tapi pembedahan tu rasa sekejap sangat. 

Yang saya ingat seterusnya saya masuk ke wad untuk rehat dan tak boleh bangun selama 6jam. Tak boleh makan minum selagi belum kentut. Saya tido je sebab rasa letih. Pembedahan kali ni tak sesakit pembedahan buang ovarian cyst dulu. Hari pertama memang saya tak rasa sakit sangat macam dulu. Saya siap tanya doktor kenapa pembedahan kali ni xsakit macam dulu.. Doktor kata mungkin sebab saya dah ada pengalaman dan mungkin juga sebab doktor bius kali ni better than before. Alhamdulillah. Saya percaya ni semua rahmat Allah sebab Allah tahu setakat mana yang saya mampu tanggung, Kadang2 saya sentap juga bila ada segelintir orang yang menganggap bersalin melalui pembedahan ni tak semulia wanita yang bersalin secara normal. Saya sentiasa berdoa supaya ALLAH izinkan saya bersalin dengan mudah dan selamat. Mungkin ini yang paling mudah untuk saya. Rezeki masing-masing. Bukan saya yang minta kena bedah. Cuma saya tak ada rezeki bersalin secara normal. 

Buah hati pengarang jantung saya. Both of them.

P/s: Hujung kehamilan saya rajin minum air kelapa muda dan virgin coconut oil. Baby lahir bersih je. Then dah 10 hari kelahiran kulit baby tak mengelupas sangat. Licin je.. Alhamdulillah. Kuasa ALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan