Topik Kegemaran.

Setiap kali bersembang dengan kawan-kawan, apa topik yang selalu keluar?
Kalau orang lain saya tak tahu la tapi kalau saya dan kawan-kawan...



KAHWIN


Topik wajib. Walaupun tak dirancang. Berbual lah topik apa pun, akhirnya mesti akan ada yang sebut pasal topik ni. Bukan setiap kali pun bercerita tentang impian masing-masing. Kadang-kadang cerita tentang kawan-kawan atau family yang baru langsungkan hari bahagia. Then, tanya sesama sendiri. Sampai satu tahap, memang akan ada la yang cakap, 

"Asal cakap je mesti ada topik kahwin ni."

Lepas tu mula salahkan sesama sendiri sebab mulakan topik. Selalunya lepas dah melalut bercakap panjang lebar barulah cari punca siapa yang mulakan dulu.

Comel je.

Depends on people la kan. Ada yang tak fikir langsung pasal hal ni. Manusia itu unik.

***

Tengah cari cara mengubat hati. So far, alhamdulillah semakin baik. Tak ada la jiwa kacau lepas doa mintak pada ALLAH supaya tenangkan hati.

Alhamdulillah dah boleh sedikit demi sedikit berkongsi rasa gembira itu.

Teringat kata-kata seorang kawan, kalau kita marah, cemburu, benci atau sayangkan seseorang, sebut nama dia dalam doa. Doakan yang terbaik untuk dia.

Ini kawan saya yang cakap dan saya terangkan ikut pemahaman dan pengalaman saya. Pendek kata, penglaman sendiri.

Contohnya, bila ada rasa cemburu dengan seorang kawan yang baru je dapat keputusan yang lebih baik dalam exam.
Saya selalu juga rasa ni. 

"Kita akan rasa sedih bila kawan gagal dalam exam tapi kita akan berasa lebih sedih bila kawan dapat pointer lebih tinggi daripada kita" (diolah dari skrip 3 Idiot)

So, apa yang patut kita buat?

Doakan semoga dia gagal dalam next exam? (Bad...!)
Senyum tak perlu kata apa-apa. (Ok la... pujuk hati lara.)
Doakan dia dapat terus kekalkan kecemerlangan tu dan doakan kita juga dapat nikmat kejayaan yang sama (Great!)

Dengan rasa cemburu yang ada dalam hati, saya bawa ke dalam doa. Semoga nikmat yang ALLAH kurniakan pada dia berkekalan. Semoga dia berjaya dan bahagia dalam hidupnya. Semoga ALLAH golongkan saya dalam golongan hambaNYA yang menerima nikmat dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberi. Alhamdulillah, rasa cemburu tu berkurang sebab sekarang ada rasa gembira yang bercampur dengan sedikit rasa cemburu (I'm not perfect) dengan situasi mereka.

Ikhlas itu tak dapat dinilai. Ikhlaskan hati pun tak semudah lidah menuturkannya.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas