Datang bawak vakum.

Bersawang betul belog kesayangan saya.
Asal nak menaip je, tetiba rasa malas.
Nak menaip je, tetiba idea pergi.
Nak tulis pape pun fikir 3, 4 kali. 
Haih... macam mana nak mengimbau memori kalau gaya macam ni.

Hari ni datang bawak vakum untuk sedut sawang-sawang dalam belog.

Rumah sewa dah siap dicuci. InsyaALLAH minggu ni dah boleh pindah masuk. Bukan nak duduk lama pun, 2 bulan je.

Minggu depan start praktikum 2. Ada lagi sekali praktikum then sekali internship. Nak bagi masa cepat berlalu boleh?

Aura-aura demam praktikum dah berbahang. Masa mandi pun boleh termenung fikir macam mana nak control murid-murid. Ahdoi!!

Sekali lagi kena hadapi situasi bangun tido terus bersiap pegi sekolah. Menghadapi hari di sekolah. Balik sekolah dah penat gila then tido. Sambil nak tido dah mula fikir esok nak ajar apa. Nak ajar macam mana. Sampai la tertido fikirkan semua tu. Lazimnya memang termimpi carry out lesson untuk esok. Bangun je kena fikir nak siapkan worksheets. Then fikir nak fotostat. Tetiba tengok jam dah malam. Kena struggle siapkan lesson plan. Dapat pulak esoknya ada 2 subjek. Double work. Dah siap lesson plan, Alat Bantu Mengajar (ABM) pula kena buat. Then tengok-tengok dah pukul 3/4 pagi. Sempat lagi nak tido. Oh, tidak. Baju tak iron lagi. Iron dulu takut esok tak sempat. Beg semua susun elok-elok. Tinggal nak angkat je. Then boleh pegi tido sambil fikir betul ke lesson plan yang aku buat tadi? Ok ke? Bla...bla.. sampai terlena. Sedar-sedar alarm da bunyi. Rutin berulang. (waktu solat wajib. tak payah cerita pepaham sendiri nak sumbat kat mana waktunya.)

Rutin ni akan berulang. ulang. ulang. ulang. Kali ni 2 bulan pulak. 
Ahdoi...

Takot!!!

Comments

cha zainol said…
gud luck practicum c:

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas