Fasa seterusnya...

Sedang terfikir-fikir macam mana nak karang post kali ni.

Sudah 3 bulan 2 minggu sejak tarikh pernikahan saya dan suami. Alhamdulillah masih lagi dalam honeymoon phase.. huhu..

Alhamdulillah saya dalam fasa seterusnya dalam kehidupan.. i am pregnant for about 5weeks semasa post ni ditulis. Masa mula2 kahwin dulu saya rasa tak ready lagi nak ada anak but pada bulan kedua perkahwinan saya nak sangat baby tapi masa tu belum ada rezeki lagi. Masuk bulan Mac macam biasa menunggu Miss P datang tapi dah lewat sampai 2 hari. Senyap2 beli pregnancy test kit sebab taknak husband kecewa macam bulan February dulu tetiba je uzur.. huhu.. mana lah taw dia lewat sebab masalah kenaikan berat badan yang mendadak selepas kahwin.. Masa cek guna pregnancy test kit yang pertama keputusan negative. Masa ni rasa kecewa gak sebab expect pregnant. Rupa-rupanya nak guna benda ni ada waktu yang disarankan which is early in the morning lepas bangun tidur sebab masa tu kandungan hormon dalam air kencing paling tinggi. Saya pula buat dah dekat tengahari masa tu. Tak ikut prosedur pula... Huhu.. then tunggu lagi 2 hari.. 

Masa hari keenam tak datang-datang juga Miss P saya ke klinik sebab seminggu dua ni selalu sangat sakit2 perut dan belakang. Macam gastrik. Tapi doc masa tu taknak check lagi sama ada mengandung atau tak sebab katanya terlalu awal dan susah nak detect. Tapi memandangkan saya jenis tak sabar punya orang esoknya beli lagi pregnancy test kit. Kali ni dengan pengetahuan husband dan buat pada masa yang betul dengan kaedah yang betul mengikut instruction. 



Keputusannya positif tapi line kedua kabur sikit but still boleh nampak ada line kedua.. Alhamdulillah. Suami senyum je hepi sangat la tu. Dua hari lepas buat test sendiri saya ajak suami ke klinik untuk sahkan pregnancy. Risau jugak kalau tetiba keputusan negative semula kan. huhu... 


Pregnancy test kat klinik lebih jelas. Masa doktor cakap "mengandung la adik.." saya pun angguk je.. haha. takde unsur kejutan pun dan dialog doc pun tak macam dialog yang selalu kita dengar dalam tv. Husband pun duduk luar je masa tu. haha.. 

Doc sahkan saya pregnant 5 minggu dan due date bersalin insyaALLAH 21 November 2013..

So hari2 kena makan ubat ni..


dan dapat jugak susu ni..

sedap jugak rasa susu ni even saya tak suka minum susu. Sebabnya susu ni rasa vanilla. Nasib baik boleh telan. 

Perjalanan preganancy ni jauuuuhhhh lagi... beratus2 hari lagi. Semoga Allah izinkan saya menjadi seorang ibu. Semoga baby terus sihat membesar dalam rahim saya dengan izinNya.. Semoga semuanya baik2 sahaja dan baby membesar menjadi anak yang soleh/solehah... doakan saya dan baby..

Comments

wAnShuE said…
yatie!!!
congrate dh nk jd mummy..
congrate jgak utk acap..
hope everything goes well..
jaga diri jaga kesihatan ok ;)
wirdati said…
thanks wanshu.. bestrong okay.. everything will be fine. Trust me, yati pun dah pernah lalui apa yang wan lalui sekarang.. sementara tengah kuat ingatkan almarhum, rajin2 sedekahkan alfatihah untuk dia..

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan