Salam Jumaat

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada saya.

Hari ni berada di rumah mertua. Mama suruh aku berpantang macam orang lepas bersalin jugak tapi tak lah strict sangat. Just bab makan mama jaga.

Sakit tu tak la sangat tapi rasa pening-pening dan sesekali macam cramp kat bahagian rahim. Mungkin sebab darah yang heavy flow macam first day period disertai dengan ketulan-ketulan darah dari dinding rahim.

Sedara mara yang datang melawat mesti tanya either saya jatuh ke yang menyebabkan gugur. Takde jatuh pun. Since semalam asyik terfikir apa yang menyebabkan gugur tu. Fikir macam2. Kadang-kadang jadi macam menyalahkan diri. Rasa bodohnya tak jaga betul2 lepas tahu dah pregnant. Sebab kerap travel ke? Sebab makanan or minuman tertentu ke? Kenapa dan kenapa... persoalan yang bermain2 dalam fikiran dan semestinya takde jawapan. Sebabnya doc kata benda ni normal. Puncanya janin tak sihat dan tak kuat. Or bahasa mudahnya baby sakit. Benda yang terjadi secara natural. Tapi biasalah manusia yang berakal pendek macam saya mesti hanya fikir logik. Oh, benda ni jadi sebab salah aku. 

Hakikatnya Allah dah rancang yang terbaik. Dengan pregnancy ni aku tahu ada something happen in my womb yang selama ni tak sedar. Doc sendiri belum pasti.

Hopefully semua akan okay dan tak perlu further treatment. InsyaALLAH.. doakan yang terbaik. 

Comments

nmS said…
Sedih aku baca entry ko ni. Sabar eh, dapat pahala dengan semua dugaan tu..

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan