Pembedahan Ovarian Cyst
Salam..
Alhamdulillah dah hampir 2 minggu berlalu sejak saya menjalani pembedahan bagi membuang cyst ovari.
Permulaan...
Alhamdulillah dah hampir 2 minggu berlalu sejak saya menjalani pembedahan bagi membuang cyst ovari.
Permulaan...
Saya mengetahui saya mempunyai ovarian cyst semasa hari saya keguguran. Mula2 saya pergi ke Taiping Medical Centre dan jumpa doc pakar bahagian O&G untuk check pregancy sebab hari tersebut saya mengalami pendarahan secara tiba-tiba. Masa doc tu buat scan ultrasound dia nampak ada satu bulatan di luar rahim tapi dalam rahim kosong. Dia suspect saya mengandung luar rahim. So, dia suruh tunggu lagi 10 hari. Mama dan abah mertua suruh tunggu sekejap sebab nak bawa saya ke Hospital Columbia Asia sebab sebelum ni mama dan kakak ipar saya biasa dirawat oleh Dr.Khairul (Pakar O&G).
Di Hospital Columbia Asia...
Masa tu dah bleeding teruk gila. Macam first day period. Dr. Khairul pun sama jugak buat ultrasound check. Tak macam doc sebelum ni Dr. Khairul nampak je bulatan dalam imej scan tu, dia terus suspect saya ada cyst... huhu.. blur.. masa ni pening2 maybe sebab darah banyak turun..Masa baring tu dia masukkan something macam corong kat lubang faraj.. katanya saya dah complete miscarriage.. keguguran. Then dia guna macam penyepit tarik macam gumpalan daging dari lubang faraj.. masa tu tak rasa sakit langsung. Dia masukkan daging tu dalam botol dan tunjukkan pada husband dan mama mertua saya yang ada kat dalam bilik tu jugak.. buat masa sekarang doc bagi ubat untuk kosongkan semula rahim dan katanya kalau saiz cyst saya tak surut2 jugak mungkin saya terpaksa dibedah. 2 minggu selepas itu saya perlu jumpa dia semula.
2 minggu selepas berpantang keguguran...
Doc scan dan dia kata saiz tak surut2. so kena bedah jugak sebab saiz masa tu dah 7cm x 4 cm.. lebih dari saiz yang selamat. if cyst lebih 5 cm memang kena bedah... tapi saya tak sakit masa tu.. so macam tak percaya lah kan nak kena bedah.. dia bagi tarikh 16/4...
16.4.2013
malam tadi saya tidur lewat.. takut sangat. Pukul 7.15 husband dan adik bawak saya ke HCA.. pergi ke kaunter untuk uruskan kemasukan ke wad.. kakak kat kaunter tu tanya saya nak kena drilling ke? Dia dah buat laparoscopy tahun lepas.. katanya tak sakit. So, lega sikit...dia bagi 1 beg yang ada tuala, ubat gigi, shampoo dan berus gigi. then masuk wad jalan kaki. Wad yang husband ambil ada 2 katil 1 bilik. Harga Rm160 satu malam. Udah mahal dari tido hotel.. huhu
Masuk wad nurse suruh baring atas katil. Rasa awkward la kan, sihat2 kena baring. Then diorang bagi baju dan cap untuk masuk dewan bedah. Baju bedah tu macam jaket labuh sampai bawah lutut. Masukkan dari depan dan belakang memang terbuka. Cuma ada tali je untuk ikat baju tu. Then nurse bagi shaver untuk shave dari pinggang ke lutut. Husband dok gelak sebab katanya bukan ada apa pun yang nak di'shave'..Sempat lagi saya buang semua air besar kecik semua buang sebab tahu pas bedah mesti susah nak membuang.
Then pukul 9 nurse datang bawak kerusi roda. Saya ditolak ke OT dengan kerusi roda. Masa tu Allah je tahu takutnya rasa...
Dalam OT husband mintak masuk kejap sampai saya baring atas katil nurse suruh husband keluar. Allah.. takutnya masa tu.. husband sempat kiss dahi dan salam mintak maaf. Dia kata dia tunggu saya kat luar..
Time ni ada sorang nurse tanya saya tahu tak doc nak buat apa nanti. Saya angguk. Then dia tanya if ada alahan pada apa2 ubat.. saya kata takde.. ok, doa tolak katil saya bawak masuk bilik menunggu. Saya sempat nampak ada orang baru selesai pembedahan. Masa tu baring je tengok siling sambil dengar denyut jantung sendiri melalui mesin yang macam dalam tv selalu tengok tu.. memang tak tentu arah dan denyutan jantung saya. Kejap ok kejap laju.. huhu..
Then doc bius datang untuk terangkan saya akan dibius sepenuhnya dan risiko ubat bius tu.. Saya sempat tanya ada possibility tak saya sedar masa pembedahan. Takot oo.. tengah2 operation terjaga. Doc kata ada possibility tu tapi satu dalam sejuta la.. huhu.. janganlah aku yang 1 tu..
Bila dah ready untuk operate saya ditolak pula masuk dalam bilik bedah.. nurse suruh tangan dua-dua didepa dan letak atas tempat letak tangan. Masa ni memang tangan terketar.. dengan nervousnya, sejuk ekon lagi.. then saya nampak Dr. Khairul dalam pakaian bedah dia. Doc bius saya still ada kat sisi. Diorang suntik ubat bius di tangan kanan then bagi saya sedut oksigen. Masa ni doc pesan supaya mengucap dan selawat.. sekali sedut, dua kali, tiga kali.. then tak sedar apa langsung.. bukan macam lena. Kalau lena kita mimpi.. ni memang tak sedar.
Saya sedar masa katil ditolak. Masa ni memang tak tahu apa dah jadi. Sejuk sangat menggeletar gigi dan badan. Saya sedar dan rasa sakit bahagian atas ari2 dan bawah pusat masa nurse suruh tukar katil.. Ya Allah memang tak mampu nak gerak. Diorang yang mengiringkan badan saya dan tarik guna papan apa ntah untuk tukar katil. Then tolak keluar OT untuk masuk wad. Masa ni nampak mak dan husband kat luar bilik bedah tapi mamai2 lagi. Sambung tido lagi sebab kesan ubat bius belum hilang.
Dalam pukul 3 baru saya sedar sepenuhnya.. husband kata doc dah buat laparoscopy tapi rupa-rupanya cyst saya ada 2 dan salah satu terlalu besar untuk bawak keluar melalui tebuk laparoscopy tu.. so doc belah dalam satu jengkal panjang untuk keluarkan dua-dua cyst. Salah satu cyst tu panjang 12cm dan besar penumbuk.. cyst teratoma sebelah kiri ovari. Satu lagi cyst baru nak jadi sebelah kanan ovari.
Alhamdulillah saya tak muntah selepas bedah sebab ramai orang akan muntah efek ubat bius selepas pembedahan..
Dipendekkan cerita, 3 hari 2 malam tidur di hospital then balik rumah. Selasa ni cukup 2 minggu lepas pembedahan saya. Ada appointment dengan Dr. Khairul. Luka jahitan dah kering tapi belum pulih sepenuhnya..
Semoga saya dan suami terus sabar dalam menghadapi dugaan hidup ni.. bak kata suami rasa macam dah lama kahwin sebab macam2 dah jadi dalam perkahwinan ni.. doakan kami ye..
Comments
jemput ke rumah saya www.anyshanur.blogspot.com :)
Hai kak . Saya Zah Umur 23 Juga baru menjalani Pembedahan Buang Cyst sebelah kiri .
Pengalaman Akak Lebih Kurang Macam Saya Cuma Bezanya Akak Dah Berkahwin .
Doctor Kata TWISTED OVARIAN CYST. Itu yang Menyebabkan Saya Rasa Sakit Sebelah Kiri. First Time Saya Rasa Sakit Hujung Tahun Lalu. DAH Cuba Check Dan Scan Di Klinik Swasta Tapi Doctor Takda cakap apa. LEPAS itu Pergi Emergency Hospital Kerajaan , Boleh pula Kata Saya Cuma Sakit Perut Biasa. Awal Bulan Februari , 4hb Saya Mengalami Sakit Yang Sama Sekali Lagi Pergi Emergency Hospital Kerajaan, check dan scan terus Doctor kata Saya mengalami cyst yg hampir teruk . Saya Masuk Wad , Then Lakukan Pembedahan .
Saya Nak Tanya, Akak Ada Simptom-Simptom Sakit Ovarian Cyst Nih Tak ?
Akak Ada Makan Berpantang Dan Apa Puncanya ?
TERIMA KASIH KAK :)
Akak pny cyst bukan twisted ovarian cyst sbb cyst tu elok je dok bwh ovari... tp cyst teratoma.. ada sel rambut n kuku dlm cyst.. xskit lgsung n xtahu pun ada cyst tu.. kbtuln je tahu mse scan pregnancy yg gugur mse tu... punca cyst doc pun xtaw... scara normal dy jd sbb tiap2 buln kn kita mmg hasilkn tlur mlalui ovari... after bedah mkn ikn haruan seekor je sbb xnk jd parut timbul mcm isi lbh.. stakat ni alhmdulillh cyst xde dh...
16 cm is quite big actually sbb bila dh 5cm pun consider patut bedah tp depends on jns cyst gak... sy bukan doc tp share bdasarkan apa yang sy baca n dberitau je.. wat masa ni doa banyak2 n think positive. Sy dlu mak beria ia xbg bedah sbb dlm history family xpnh ag yg kne bedah tp my mum in law dh 3x operate n still sihat. Alhamdulillah... so jgn risau nt bedah kita mmg xsdr apa. Mmg taw2 je dh settle..kdg2 xsume penyakit ubatny makan ubat..kdg2 ada penyakit rawatannya kne bedah.. tawakal. ALLAH dah atur yg terbaik unt kita... take care sis. Semoga semuany bjalan lancar.
Ank sye puteri zarith sofea umo 4thn sblm ni pon de wt pemedahan bln 6 tahun lps..mse 2 sye dlm pantang.die wt pemedahan ovarian cyst seblh kanan..besar jgak besar bola hoki...selepas pemedahan 2 sume ok..tp sjak2 sklah ni.die mengadu sakit2 perut..i pon gela jmpe doc die..n buat scan 2hari lps...lps scan doc ckp cyst die tmbh sblh kiri lak..mse 2 ALLAH jek yg tau hati sye ni..da bpe ari sye xdpt tdo sye tkt pape trjdi pde ank sye..sekang ni sye ngh caik ubat tpk cyst 2 kecut..sye xblh tngk ank sye dlm kesakitan..sye hanya mampu brdoa mudah2an ank sye xde pape
Boleh email saya jawapan awak :
su_insan@yahoo.com.my
Sy juga baru lepas menjalani pembedahan laparoscopy pd 30/4/2014, dan diberi cuti sakit seminggu. Alhamdulillah cyst bersaiz 6×5 berjaya dibuang melalui 4 tebukan diperut dan bayi dalam kandungan berusia 14minggu juga selamat. Luka lain dah kering kecuali luka pada pusat masih pedih2 lg, tengah risau lusa da nk masuk kerja. Dah 3 hari berturut2 mkn lauk ikan haruan je, hari ni bru tau ikan haruan blh menyebabkan daging berlebihan. Tp susah sikit nk berpantang sebab ada alahan dan mabuk2 lg, risau jga baby xcukup nutrisi.
Terima kasih share info ni. Sangat berguna. Saya pun baru dianalisis ada csyt. In Shaa Allah, if next week appointment, x surut lagi..Dr akan operate. Cuma , saya nak tau lah, brapa kos untuk operate ye? Since saya pun buat rawatan di Columbia Asia Hospital.
Best regards,
Hazreen.
Pengalaman ketiga lebih sakit dan saya mengalami simpton kencing berdarah dan kekerapan kencing. Banyak ubat2 dibekalkan. Saya berdoa semuga segera sembuh dan dijauhi dari penyakit merbahaya akibat tiga pembedahan yang saya lalui. Ini dugaan dari Allah untuk HambaNya.