Ujian

Update diri since last post:


  1. Tahun ni umur dah berganjak ke kepala 3... Dah makin tua dah.. 30tahun...
  2. Pada 2/4/2018 yang lalu saya selamat melahirkan puteri kedua. Sama macam kakaknya, secara czer.. 
  3. Alhamdulillah masih berkhidmat di sekolah yang sama.. Dah tahun ke-6..mungkin hujung tahun ni dapat pindah balik Taiping.
  4. Rumah baru dah siap..total cost RM230k.
  5. Puteri kedua dah masuk 6bulan. Sejak lahir semua ok..until umurnya sebulan... Balik dari hospital tiba2 perangai berubah.. Susah tidur bawah..perlu buaian..mudah menangis lama sukar dipujuk... Jumpa doc paed disuggest supaya biar baby menangis dalam 10minit baru pujuk.. Kalau x nanti baby biasa nak dukung ja.. Ok.. Kami apply nasihat tu. Sejak umurnya 2 bulan dah 3 orang ke 4 orang ustaz termasuk bidan kami jumpa untuk ubatkan penyakit kuat menangis dia.. Menangis xda tolak ansur punya.. Sampai hilang2 suara menjeritnya.. Lama2 kami adapt.. Umur dia hampir 3 bulan cuti bersalin saya nak habis dah so bawa baby ke Sarawak. Semua ok..Pengasuh baik..makin kurang menangis..malam tidur ok cuma bangun menyusu. 
  6. Sampai umur genap 6 bulan.. Seminggu lepas tu 10/10/2018 pukul 3 pagi, puteri kedua tiba-tiba diserang sawan dalam tidur. Mujur suami sedang berjaga dan perasan baby macam lain ja.. Mula2 kami xtahu itu sawan.. Tak pernah tengok.. Kelam kabut lari ke klinik..mujur sekolah tepi klinik saja.. Dalam 3 minit baby ok balik..macam biasa reaksi dia.. Ke klinik pun MA nampak dia mcam biasa dan baby xdemam so dia kata xda apa masalah.
  7. Pukul 4 berulang lagi. Sama keadaan baby.. Badan tersentak2, mata ke atas, air liur meleleh. Kali ni saya perasan sebab balik dari klinik baby berak, lepas cuci dia tidur dan saya xtidur sebelah baby. Tiba-tiba dengar macam bunyi tercekik.. Saya terus gerak suami dan angkat baby terus lari lagi ke klinik.. Separuh jalan berlari baby sedar..dia peka dengan sekeliling. MA sekali lagi check dan kata semua ok. Saya kecewa sebab macam dia xpercaya anak saya ada masalah tadi.. 
  8. Pukul 7 sekali lagi berulang. Kali ni baby berjaga dan sedang didukung. Kami on the way nak ke hospital di pekan berdekatan yang ambil masa 3 jam perjalanan. Terus patah balik ke klinik di sekolah. Sampai klinik baby ok. Dah sedar. Tapi kakitangan klinik suggest saya keluar dari ulu menaiki perahu dengan ditemani MA bertugas. Air sungai tengah deras kerana hujan sehari dua jadi perjalanan keluar dari ulu lebih cepat dari menaiki kereta. Hanya sejam setengah perjalanan menaiki perahu.. Baby ok. Tiada serangan. Sampai pengkalan naik kereta lagi sejam sampai hospital Sri Aman. Pukul 10.15 di kecemasan sekali lagi serangan. Kali ni ada doktor jadi terus diberikan rawatan kecemasan.
  9. Admit ward.. Pukul 2 petang sekali lagi serangan semasa tidur dalam ward. Di hospital setiap kali serangan diberikan bantuan oksigen. Perasaan saya remuk lihat baby kecik saya sakit. Dicucuk sana sini. Hanya mampu lihat. Suami pesan jangan menangis. Sesekali ja air mata mengalir mengenang nasib anak.
  10. Esoknya keluar ward lepas 24 jam serangan terakhir..mertua datang dari semenanjung bawa air penawar untuk mandikan baby.. Since hari pertama serangan saya dan suami mula xtenang.. Risau kalau berulang lagi. Sebab anak sawan tanpa demam. Tak tahu apa yang trigger sawan dia.. 
  11. 27/10/2018.. Serangan berulang selepas anak menangis 15minit tak berhenti.. Tak makan pujuk.. Tiba2 dah kejang.. Mujur kami di pekan bukan di ulu. Terus ke hospital. admit ward lagi satu malam untuk pantau. Anak dirawat sebagai sakit epilepsi. Allah.. Hati saya hancur mendengar nama penyakit tu. 
  12. Sejak serangan pertama kami stop guna buaian untuk anak. Risau dia dapat serangan dalam buaian dan kami xsedar.
  13. Saya dan suami masih usahakan berubat secara alternatif selain ubat2 yang doc bagi.
  14. Kami masih berhati2 dengan keadaan anak. 
  15. Dalam doa xpernah putus semoga keadaan ni sementara sahaja. Semoga adik sihat seperti sediakala.. 
  16. Semoga diberikan yang terbaik untuk keluarga kami.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan