Posts

Showing posts from September, 2010

Tentang Bas

Image
Sedar-sedar sudah pukul 5. Malam tadi mengemas pakaian sampai pukul 12. Nak tidur, sayang pulak rancangan televisyen terbiar tanpa ada yang menonton. Tiba-tiba je sudah pukul 4.30. Menghadap laptop sekejap sampai pagi. Niat tak nak tidur la. Alang-alang dah pukul 5 ni, kalau tidur juga...confirm solat subuh pukul 10. Duduk-duduk, teringat pulak kisah tentang bas. Sejak zaman martik memang saya akan naik bas untuk berulang-alik dari tempat belajar ke rumah apabila masa cuti.  Single seat If balik dengan kawan-kawan, tak mengapa. If balik seorang, saya akan pastikan saya beli tiket untuk single seat. Masalah apabila travel seorang dan dapat pulak double seat ialah orang yang duduk di sebelah. Cukup risau kalau orang sebelah itu LELAKI. Tak selesa. Sudahlah tak kenal. Boleh berkematu punggung duduk tegak, keras macam patung sepanjang perjalanan.  1. Pernah sekali terpaksa duduk sebelah seorang penumpang lelaki yang tersangat peramah. Masa beli tiket, single seat memang sudah ha...

Esok yang sedih.

Esok kena balik maktab..ala... Check list secara rambang untuk esok. 1. Kemas baju untuk bawa balik maktab. Baju dalam beg bergumpal-gumpal. Belum rajin nak kemas. 3 beg semuanya (ada macam nak balik cni setahun kan). Kalau cuti 2 hari pun tetap bawa balik umah 3 beg... 2. Laptop. Tikus saya dah 'mati'. Kena beli baru. Assignments...here I come! Meh mengadap muka saya sampai jemu. 3. Kuih raya. Tak bungkus lagi. Kuih raya macam biasa hanya laku pada raya pertama sahaja. Berbalang lagi akan diangkut ke Penang. Tinggal kat rumah pun jadi pusat kulat berpesta sahaja. 4. Kasut cantek jangan dilupa. Manalah tahu ada yang nak bawa beraya di Penang nanti. 5. Herbalife set. Kena turunkan berat balik sebab dah naik. Makan tak ingat kenyang. Inilah padahnya. Diet di rumah? Jangan mimpi. Broadband dah baik. Itu pun kena mengadu di Celcom Centre. Entah apa masalahnya. Hari Isnin ada exam. Great! Tak baca apa pun lagi. Wah! Tengoklah nanti apa hasilnya study last minute. Tak...

Salam Aidilfitri semua.

(mood bengang) Berokben (broadband) saya mengamuk sakan di musim perayaan ini menyebabkan pemiliknya patah kaki (atau mungkin lebih tepat patah jari) buat seketika. Kalau boleh diperbaiki, kau akan kekal. Kalau kau masih meragam, silalah pergi. Akan kugantikan kau dengan berokben yang lain! (Ugutan ni. Jadi, sila pulih.) Ehem2...(mood baik) Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir batin. Time raya ni badan bagaikan dipam-pam. Penatlah nanti nak buang lemak yang mula bertapak. Lemak, jangan jadi tepu ye! Laporan rambang.. Siapa tak nak jadi baik? Angkat tangan... (ada ke?) Berikut ialah ciri-ciri impian setelah sesi bancian dijalankan. 1. Lemah lembut Baru-baru ni diberi kesempatan bertemu semula seorang rakan sekolah (saya sekolah perempuan so, unisex ye). Masa sekolah, rakan saya ni agak kasar la. Baik dari segi pertuturan mahupun tingkah laku. Ganas macam lelaki. Tapi baru-baru ni tengok perubahan besar berbanding dulu. "Kenapa dah tak ganas ni?" (serius, nampak...

Laporan rambang Puteri Beradu.

Assalamualaikum wbt...  Sedar tak sedar tinggal lagi seminggu je untuk kita berpuasa. Alhamdulillah dapat melalui 3 minggu berpuasa dengan baik.  PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Laporan pertama kali ini menyentuh isu SBE ataupun lebih dikenali sebagai Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Semester ini semester ke-4 SBE, sem last SBE *yeay!* Secara keseluruhan semuanya bagus. Mari renung semula. Senyum....(OK. Sampai kebas pipi gemuk ni sebab senyum. Masuk tempat orang kena manis muka. Tak masuk tempat orang pun kena manis muka juga. Maka, taburkan gula di muka anda.) Salam...(OK. Setiap cikgu yang saya jumpa berjaya saya beri salam. Bersalam pun berjaya juga tapi dengan cikgu perempuan saja la. Of course la. Haisy!) Tegur...(OK. Tapi ada pulak la sesetengah cikgu yang boleh dikatakan 'berlagak'. Mentang-mentanglah saya datang sekolah dia, pandang macam saya wat salah je. Duduk salah, berdiri salah. Dah bagi salam dan senyum pun boleh juga membawa mulut memerli saya dan kawan-...