Salam Aidilfitri semua.

(mood bengang)
Berokben (broadband) saya mengamuk sakan di musim perayaan ini menyebabkan pemiliknya patah kaki (atau mungkin lebih tepat patah jari) buat seketika. Kalau boleh diperbaiki, kau akan kekal. Kalau kau masih meragam, silalah pergi. Akan kugantikan kau dengan berokben yang lain! (Ugutan ni. Jadi, sila pulih.)

Ehem2...(mood baik)
Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir batin. Time raya ni badan bagaikan dipam-pam. Penatlah nanti nak buang lemak yang mula bertapak. Lemak, jangan jadi tepu ye!

Laporan rambang..
Siapa tak nak jadi baik? Angkat tangan... (ada ke?)
Berikut ialah ciri-ciri impian setelah sesi bancian dijalankan.

1. Lemah lembut
Baru-baru ni diberi kesempatan bertemu semula seorang rakan sekolah (saya sekolah perempuan so, unisex ye). Masa sekolah, rakan saya ni agak kasar la. Baik dari segi pertuturan mahupun tingkah laku. Ganas macam lelaki. Tapi baru-baru ni tengok perubahan besar berbanding dulu.
"Kenapa dah tak ganas ni?" (serius, nampak betul lemah lembut.)
"Dah 22 dah... patut berubah." she said.

Yup...sampai masa kita akan berubah sendiri. Atas takdir ALLAH dan kemahuan diri untuk berubah.

2. Bersabar
*Susah!*

3. Menutup aurat

4. Menjaga solat

Macam banyak je lagi senarai... Err... susunan di atas bermula dengan yang kurang penting kepada yang paling penting ye.

Kalau boleh nak memiliki semua kualiti yang baik-baik. Bila tengok orang yang kualiti diri baik dalam dirinya lebih menonjol daripada saya, rasa agak cemburu. I wish to be better than yesterday.

Yesterday was memory, today is a gift, tomorrow is mystery.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan