Laporan rambang Puteri Beradu.

Assalamualaikum wbt... 

Sedar tak sedar tinggal lagi seminggu je untuk kita berpuasa. Alhamdulillah dapat melalui 3 minggu berpuasa dengan baik. 

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Laporan pertama kali ini menyentuh isu SBE ataupun lebih dikenali sebagai Rancangan Orientasi Sekolah (ROS).
Semester ini semester ke-4 SBE, sem last SBE *yeay!* Secara keseluruhan semuanya bagus. Mari renung semula.

Senyum....(OK. Sampai kebas pipi gemuk ni sebab senyum. Masuk tempat orang kena manis muka. Tak masuk tempat orang pun kena manis muka juga. Maka, taburkan gula di muka anda.)

Salam...(OK. Setiap cikgu yang saya jumpa berjaya saya beri salam. Bersalam pun berjaya juga tapi dengan cikgu perempuan saja la. Of course la. Haisy!)

Tegur...(OK. Tapi ada pulak la sesetengah cikgu yang boleh dikatakan 'berlagak'. Mentang-mentanglah saya datang sekolah dia, pandang macam saya wat salah je. Duduk salah, berdiri salah. Dah bagi salam dan senyum pun boleh juga membawa mulut memerli saya dan kawan-kawan. Dikatanya kami tak menegur cikgu-cikgu sana. Hello! Kami tegur ye. Siap berborak lagi.  Cuma dengan 'anda' je kami tak berkesempatan je nak berborak kosong. Sebab 'anda' tak nampak suka didekati. 'Anda' suka memerli kami padahal 'anda tak tahu pun kami sedang buat apa. Huisy... Kalau kami sombong, tak ada la kami beramah mesra ngan cikgu lain.

Secara keseluruhan semua best. Guru besar baik, Penolong kanan bagus (cuma terlewat jumpa penolong kanan menimbulkan sedikit kecik hati. Maaf ye cikgu-cikgu. Kami dah usaha nak jumpa tapi cikgu tersangat sibuk sampai setiap kali datang pejabat, pejabat kosong.), cikgu-cikgu KEBANYAKAN baik, mesra dan bagus.

Students? Boleh dikira berapa kali berselisih dengan students then they wish, "Good morning, teacher." or "Assalamua'laikum cikgu." Memang betul-betul berbeza sekolah di kampung, pinggir bandar dan bandar. Students kat sini tak peduli cikgu pun. Not all but mostly. Based on my observation. Maybe I need to put aside my ego and wish them so that they know that it is something they must do. Shouldn't I?

Semua students speaking English berhabuk. Saya pun berdebu nak balas balik. Hoho. Saya sangat nervous kalau dapat praktikum di sini. Students speaks English better than me. Tak tersangkut pun macam saya. ERK!

Tak sabar nak mengajar!!! Hehe.

DEEP INSIDE

Jauh sedalam-dalamnya (macam lirik lagu la..), saya sangat cemburu dengan seseorang. Seseorang yang saya tak kenal. Cemburu dengan nasib baik dia. Beruntungny dia... Saya tak mengharapkan nasib itu hilang dari diri dia tapi saya selalu terasa alangkah beruntungnya dia! Salahkah saya?

Rezeki masing-masing. Semoga nanti bahagian saya pun baik seperti dia. Semoga lebih baik. Insya ALLAH..
Sabarlah hati...

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas