Esok yang sedih.

Esok kena balik maktab..ala...
Check list secara rambang untuk esok.

1. Kemas baju untuk bawa balik maktab. Baju dalam beg bergumpal-gumpal. Belum rajin nak kemas. 3 beg semuanya (ada macam nak balik cni setahun kan). Kalau cuti 2 hari pun tetap bawa balik umah 3 beg...

2. Laptop. Tikus saya dah 'mati'. Kena beli baru. Assignments...here I come! Meh mengadap muka saya sampai jemu.

3. Kuih raya. Tak bungkus lagi. Kuih raya macam biasa hanya laku pada raya pertama sahaja. Berbalang lagi akan diangkut ke Penang. Tinggal kat rumah pun jadi pusat kulat berpesta sahaja.

4. Kasut cantek jangan dilupa. Manalah tahu ada yang nak bawa beraya di Penang nanti.

5. Herbalife set. Kena turunkan berat balik sebab dah naik. Makan tak ingat kenyang. Inilah padahnya. Diet di rumah? Jangan mimpi.


Broadband dah baik. Itu pun kena mengadu di Celcom Centre. Entah apa masalahnya. Hari Isnin ada exam. Great! Tak baca apa pun lagi. Wah! Tengoklah nanti apa hasilnya study last minute.

Tak nak pergi camping bulan depan... saya suka berkhemah tapi saya tak suka malam kebudayaan. Berlakon? Oh NO!

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan