Update ringkas

Cuti sekolah lagi. Macam selalu duduk rumah je. Mak kata cuti puas-puas. Nanti dah keje susah nak cuti dah.

1. Tak sabar nak tengok Filem Ombak rindu.

2. Esok nak pergi ambil angah di Politeknik. Bosan duduk rumah saja.

3. Menunggu muka yang 'under construction' pulih sepenuhnya dalam waktu cuti ni.

4. Ramai kawan-kawan yang kahwin terutamanya roomate yang akan dipuankan pada Disember nanti. Semoga selamat semuanya.

5. Tinggal lagi setahun. Kena mula dah.. ehem2!

6. Time cuti ni mula lah mood nak merajuk tu di hujung tanduk. Silap sikit maka akan meletuslah gunung berapinya. Huhu..

7. Hujan tak berhenti menyebabkan suasana sejuk dan lembap. Aku le yang lembap tu.

Semoga dapat menghasilkan update yang lebih baik pada masa akan datang untuk simpanan masa depan.

Selamat bercuti semua.. semoga cuti anda best sentiasa.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan