Selamat pagi!!! Pagi yang indah kerana pura-pura takde kerja padahal....
Esok first PR.. haha.. ada yang dah masuk second pun tak kecoh.
Semalam ada perarakan maulidurrasul. Letih ngejar budak yang main tepi jalan. Cerita-cerita kat Mr. Someone, dia marah sikiiit sebab aku kejar budak yang macam nak masuk tepi jalan yang busy tu. Sebabnya aktiviti tu luar sekolah so if anything happen, insurance tak cover. Aku dengar je la.. Budak nak masuk jalan takkan aku nak biar. Susah gak jadi cikgu ni. Budak masuk longkang, cikgu salah. Cikgu masuk longkang sebab budak??? Cikgu gak yang salah.
Lecturer sem ni best2 belaka. Kesian gak kat Mr. Someone sebab dapat lecturer English yang macam cerewet sikit. Takde apa la.. kata hebat kan. Sesi sekolah kitorang berbeza. Aku pagi, dia petang... so sepanjang 3 bulan ni harap weekend je la kalau nak jumpa pun. Praktis nanti posting kan... Perak. Perak. Dua2 dapat Perak. Jangan sebut negeri lain. Biar dua-dua dapat Perak.
Secara sedar tak sedar, even aku jeles gila ngan diorang sebab dapat kahwin ditaja dan tengah menunggu anak pertama....... aku sebenarnya rasa excited nak tunggu bakal anak buah belah sana.. (^_^).
Dulu aku memang takut diberi tanggungjawab dan kerja. Contoh: Kena jadi pengawas/ kena uruskan sesuatu majlis...
Sekarang dah kurang rasa takut. Aku pun pelik sebab aku anak sulung. Patutnya aku tak takut pada tanggungjawab sebab dah biasa dapat tapi bila ada orang assign aku something, dan2 la aku jadi nervous+ takot+ susah hati sampai tak bleh tido. Kalo tido pun aku dok mimpi benda tu. Haha... Sekarang alhamdulillah dah okay sikit. Dapat kerja pun senyum sambil fikir InsyaALLAH, nanti akan settle. Dont worry..nanti ALLAH mudahkan.
Masa belum mula praktikum aku punya la takut nak kena bawak kereta. Tambah-tambah tahun lepas pernah involve dengan kemalangan kecik. Lagi fobia. Alhamdulillah setakat dua minggu praktikum ni ALLAH permudahkan urusan ke sekolah, balik sekolah dan keluar malam untuk makan + fotostat worksheet. Takde la rasa fobia sangat dah.
Semoga dipermudah semua urusan dan dikuatkan hati.
Semoga dipermudah semua urusan dan dikuatkan hati.
Comments