Posts

Showing posts from April, 2012

Jadi cikgu kena sabar

Image
Anak-anak didik tersayang. Lately aku mudah naik angin dengan mereka. Sebabnya... aku ajar bahagi dah masuk 6 jam (dalam 2 minggu dah). Ada yang tak boleh lagi. Setiap kali balik aku akan reflek balik apa yang aku dah buat dan apa yang patut aku buat. Aku geram dengan budak-budak yang tak faham-faham apa yang aku ajar. Aku dah tunjuk jalan kerja pun tak boleh lagi. Bukan tunjuk sekali tapi dah berkali-kali. Hari ni aku sekali lagi hilang kawalan. Aku betul-betul hilang sabar. Aku pesan supaya mereka balik belajar. Jangan harap apa yang aku ajar semata-mata. Jangan harap kerja rumah yang aku bagi sahaja. Inisiatif sendiri, pergi buat ulang kaji. Then aku tersedar. Masa drive balik hari ni aku reflek balik diri sendiri. Aku bukan dalam kalangan budak yang pintar cerdas. Aku sendiri pernah gagal math masa umur yang sama dengan anak murid aku sekarang. Masa matrik aku dilabel pelajar lemah matematik. Murid-murid aku sedang hadapi apa yang aku l...

Tak dapat 'A'

Image
Praktikum tinggal seminggu lagi. Yeay! Macam-macam dah jadi dalam masa sebulan ni. Sayangnya memang aku takkan dapat A. Sebab? Guru pembimbing major taknak bagi A. Puas pensyarah aku pujuk. Takpelah. Aku anggap takde rezeki. Memang dari awal aku jejak kaki kat sekolah ni guru pembimbing dah cakap yang dia takkan bagi A dekat aku. Kenapa? Dia taknak aku kena selia rentas if cemerlang. Aku pun dah pening pasal selia rentas ni. Ada yang kata selia rentas dah tak wujud. Ada yang kata still wujud. Tak faham la. Aku agak terkilan jugak sebab dalam 4 observation tu markah aku meningkat.. dari skala 2,3 ke skala 3,4 and final observation aku dapat skala 4,5. Mostly 5 sebab 4 aku dapat untuk 2 tempat saja. Lecturer pun cakap kalau skala ni patut dapat A. Tapi... apa nak buat... ada manusia yang mulut manis di depan. Cakap takde masalah. Bimbingan klinikal tak bagi pun. Hanya menyelia. Dia tak pernag pun bagi idea macam lecturer aku. Orang-orang macam ni patut jangan bagi jadi guru pembim...

Cuti Rehat

Image
Minggu ni berjaya menyelamatkan diri dari Latihan Dalam Perkhidmatan. Haha.. Bukan suka-suka tak nak datang tapi takde orang yang maklumkan dari awal pun. hehe... agak hepi lah kan. Kalau nama naik memang kena pergi tapi nama tak naik.. maka... haha. Tak payah buat rajin! Cuti ni naik Bukit Bendera lagi.  Mula-mula best sampai in the middle, something happened. Hilang terus mood. Benci betul kalau tengah2 hepi tetiba mood rosak. Dah la jenis payah nak sejuk. So, seronok sekerat jalan jela. Sampai turun bawak hati yang sakit. Sayang betul.. cuaca sangat elok masa tu. Dari atas memang nampak Jambatan Pulau Pinang. Disebabkan ada student card, dapat diskaun so perjalanan turun naik RM4 je.  Orang dah merajuk so tinggal gambar takde orang. Nasib baik lepas tu mood okay sebab dapat tengok akuarium ikan yang besar sangat. Ada kedai akuarium in the middle of Georgetown. Dekat-dekat dengan jalan nak pergi sekolah hari-hari. Best. Lain kali boleh bawak mak ngan adik2 d...