Tak dapat 'A'

Praktikum tinggal seminggu lagi. Yeay! Macam-macam dah jadi dalam masa sebulan ni. Sayangnya memang aku takkan dapat A. Sebab? Guru pembimbing major taknak bagi A. Puas pensyarah aku pujuk. Takpelah. Aku anggap takde rezeki. Memang dari awal aku jejak kaki kat sekolah ni guru pembimbing dah cakap yang dia takkan bagi A dekat aku. Kenapa? Dia taknak aku kena selia rentas if cemerlang. Aku pun dah pening pasal selia rentas ni. Ada yang kata selia rentas dah tak wujud. Ada yang kata still wujud. Tak faham la.

Aku agak terkilan jugak sebab dalam 4 observation tu markah aku meningkat.. dari skala 2,3 ke skala 3,4 and final observation aku dapat skala 4,5. Mostly 5 sebab 4 aku dapat untuk 2 tempat saja. Lecturer pun cakap kalau skala ni patut dapat A. Tapi... apa nak buat... ada manusia yang mulut manis di depan. Cakap takde masalah. Bimbingan klinikal tak bagi pun. Hanya menyelia. Dia tak pernag pun bagi idea macam lecturer aku. Orang-orang macam ni patut jangan bagi jadi guru pembimbing. Bagi je mereka jadi 'guru penilai'. Banyak bezanya antara 2 tugas tu. Apa-apa pun aku memang tabik ngan pensyarah major sebab tak pernah gagal memberi ideabaru dalam P&P. Lagipun ni semester terakhir untuk praktikum dan penyeliaan. HAPPY!!

Siapa kata kerja guru hanya mengajar???

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas