Jadi cikgu kena sabar


Anak-anak didik tersayang.


Lately aku mudah naik angin dengan mereka. Sebabnya... aku ajar bahagi dah masuk 6 jam (dalam 2 minggu dah). Ada yang tak boleh lagi.


Setiap kali balik aku akan reflek balik apa yang aku dah buat dan apa yang patut aku buat.

Aku geram dengan budak-budak yang tak faham-faham apa yang aku ajar.
Aku dah tunjuk jalan kerja pun tak boleh lagi. Bukan tunjuk sekali tapi dah berkali-kali.


Hari ni aku sekali lagi hilang kawalan.
Aku betul-betul hilang sabar.
Aku pesan supaya mereka balik belajar. Jangan harap apa yang aku ajar semata-mata. Jangan harap kerja rumah yang aku bagi sahaja.
Inisiatif sendiri, pergi buat ulang kaji.

Then aku tersedar. Masa drive balik hari ni aku reflek balik diri sendiri.
Aku bukan dalam kalangan budak yang pintar cerdas.
Aku sendiri pernah gagal math masa umur yang sama dengan anak murid aku sekarang.
Masa matrik aku dilabel pelajar lemah matematik.
Murid-murid aku sedang hadapi apa yang aku lalui dulu.

DIFFICULTIES.

Susah nak faham.
Aku marah kenapa orang lain boleh faham tapi kenapa ada yang tak boleh faham.
Sebenarnya aku kecewa dengan diri sendiri tapi aku salahkan mereka sebab tak dapat apa yang aku ajar.

Aku reflek balik.
Kemampuan manusia menerima input berbeza-beza.
Aku patut lebih sabar.
Esok bawa azam baru.
Aku masih ajar tajuk yang sama.
Bahagi.
Antara yang susah sebab penulisan algoritma yang berbeza.
Tambah-tambah tahun ni pertama kali mereka belajar konsep bahagi.

Semoga aku terus sabar.
Semoga mereka tak jemu belajar.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan