Posts

Showing posts from June, 2012

Masalah besar

Semua orang pun ada masalah kan.. so aku sedaya upya take easy benda aku boleh elakkan. Malas nak stress2 tak tentu pasal. Oh, Aku dah 2 hari mula internship. Guess what? Aku dapat guru pembimbing yang sama. Jem! Tak harap gred dah.. aku harap dapat lalui sebulan ni dengan baik dan semua projek terutamanya ACTION RESEARCH aku dapat dijayakan dengan sempurna yang mungkin. Disebabkan hari pertama aku belum ada banyak kerja lagi, so aku pun meng'offer'kan diri untuk tolong cikgu yang baik2 ngan aku. Jem betul la bila rupa-rupanya fail yang aku buat tadi mak cik kepoh tu yang punya. Pagi tadi dia datang sound2 aku. Aku malas nak bertekak aku cakap takpe aku leh betulkan. Then dah pulangkan fail, dia tak cakap TQ langsung! Hebat x?? Haha.. Dia boleh tanya aku balik: Betul ke apa yang you buat ni? Dah tak puas ati check la. Sambil check tu dok bebel2.. ni pertama kali aku jumpa manusia teruk macam ni. Masa dulu dia ni memang ada kes ngan aku sebab panjanglah ceritanya. Pendek ka...
Image

Penat

Apa perasaan bila orang yang paling kau percaya bukan sekali tapi berkali-kali tipu kau? Aku tak tahu pada pendapat orang lain ‘tipu’ tu apa. Tapi pada aku kalau kau janji nak buat sesuatu tapi tiba-tiba kau mungkir janji, pada aku tu dah kira menipu. Benda ni jugak akan efek kau punya kepercayaan kepada seseorang tu. Sebab tu mak bapak jangan tipu anak. Nanti anak susah nak percaya apa yang mak bapak cakap. Secara tak langsung respek anak kepada mak bapak tu pun berubah sebab   mak bapak tu tak pegang pada janji. Janji nak belikan aiskrim hari Isnin tapi tiba-tiba mak bapak cakap tak jadi beli hari Isnin. Hari Selasa baru beli. Ok. Memang mak bapak belikan jugak. Tapi anak tu tahu, apa yang mak bapak cakap tak semestinya diorang akan buat macam yang diorang cakap. Benda kecik, tapi melibatkan kepercayaan dan penghormatan. Aku antara orang yang tergolong dalam konsep ni. Kau tipu aku, aku marah. Tapi aku malas nak panjangkan cerita sebab pada kau apa yang kau bu...

Kuasa Ajaib

Cuti 3 minggu aku dah berbaki seminggu je lagi. Macam biasa la sepanjang cuti ni aku buat aktiviti bina badan je. Makan. Tido. On line. Tengok tv.. Tu je.. Boleh bayangla sekarang ni membesar bagaikan juara macam mana kan. Ada satu hari tu aku tengok cerita Korea 'A moment to remember'.. Yang pasal perempuan tu tetiba ada penyakit alhzeimer (bantai eja je ni)... makin lama ingatan dia makin merosot then dia completely jadi budak2 sampai tak boleh uruskan diri sendiri even umur dia baru 20-an.. Cerita ni buat aku terfikir sesuatu. Aku pernah terfikir alangkah bestnya kalau aku ada kuasa ajaib untuk padamkan ingatan pada certain benda yang aku rasa terbeban memikirkannya... Benda yag aku nak sangat tapi susah betul nak dapatkan. Dengan kuasa memadam ingatan tu, aku harap aku boleh lupakan 'benda' tu. So aku harap hidup aku lebih tenang tanpa tekanan. Senang cerita, aku harap aku boleh lupakan Mr. Someone sampai dia ready nak amek aku jadi wife dia...