Masalah besar

Semua orang pun ada masalah kan.. so aku sedaya upya take easy benda aku boleh elakkan. Malas nak stress2 tak tentu pasal. Oh, Aku dah 2 hari mula internship. Guess what? Aku dapat guru pembimbing yang sama. Jem! Tak harap gred dah.. aku harap dapat lalui sebulan ni dengan baik dan semua projek terutamanya ACTION RESEARCH aku dapat dijayakan dengan sempurna yang mungkin.

Disebabkan hari pertama aku belum ada banyak kerja lagi, so aku pun meng'offer'kan diri untuk tolong cikgu yang baik2 ngan aku. Jem betul la bila rupa-rupanya fail yang aku buat tadi mak cik kepoh tu yang punya. Pagi tadi dia datang sound2 aku. Aku malas nak bertekak aku cakap takpe aku leh betulkan. Then dah pulangkan fail, dia tak cakap TQ langsung! Hebat x?? Haha.. Dia boleh tanya aku balik: Betul ke apa yang you buat ni? Dah tak puas ati check la. Sambil check tu dok bebel2.. ni pertama kali aku jumpa manusia teruk macam ni. Masa dulu dia ni memang ada kes ngan aku sebab panjanglah ceritanya. Pendek kata mak cik kepoh ni memang bagi pengajaran pada aku la.

1) Always be positif. If kita selalu nampak salah orang, sebenarnya kita banyak kelemahan jugak. Just kita terlampau fokus pada salah orang sampai salah sendiri tak nampak.

2) Jangan pandai mengarah! Pandai buat kerja jugak. Jangan sebab kau ada jawatan so kau bebas bagi beban kat anak buah padahal semua orang nampak kau buat kerja ciput je.

3) Jangan besarkan benda yang kecik. Kadang2 kita yang buat sesuatu masalah jadi besar.

4) Rajin2 ucap TERIMA KASIH dan MINTA TOLONG. Bukan kena bayar pun. Just aku rasa mak cik kepoh tu ego tinggi.

5) Sentiasa maafkan orang sebab kita pun banyak buat silap dengan orang. Mak cik tu memang takmo pandang muka aku dan aku ni macam penyebar bakteria pulak. Apa yang aku buat kalau sangkut paut ngan dia mesti ada salah dan silapnya.

Ni la masalah bila jadi guru praktikum. Cikgu lama yang kerek macam2 perangai. Yang baik2 pun ramai. Aku memang takkan lupa la mak cik kepoh ni sebab dia antara orang yang marah aku depan2 dan tak matured. Ada gak pensyarah aku yang marah aku depan2 sampai nanges tapi then dia jadi biasa. Tegur secara normal malah jadi lebih rapat lagi tapi mak cik kepoh ni memang nak buat aku jadi musuh so bak kata pensyarah aku sem lepas, jadi seteguh pokok pain. Jangan mudah tumbang. Mak cik kepoh tu baru permulaan orang2 yang akan aku jumpa pada masa akan datang. Kepada mak cik kepoh, what you give you will get back. Hidup umpama roda. Yang penting, aku ada ALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas