Penat
Apa perasaan bila orang yang
paling kau percaya bukan sekali tapi berkali-kali tipu kau? Aku tak tahu pada
pendapat orang lain ‘tipu’ tu apa. Tapi pada aku kalau kau janji nak buat
sesuatu tapi tiba-tiba kau mungkir janji, pada aku tu dah kira menipu. Benda ni
jugak akan efek kau punya kepercayaan kepada seseorang tu.
Sebab tu mak bapak jangan tipu anak. Nanti anak susah nak percaya apa yang mak bapak cakap. Secara tak langsung respek anak kepada mak bapak tu pun berubah sebab mak bapak tu tak pegang pada janji. Janji nak belikan aiskrim hari Isnin tapi tiba-tiba mak bapak cakap tak jadi beli hari Isnin. Hari Selasa baru beli. Ok. Memang mak bapak belikan jugak. Tapi anak tu tahu, apa yang mak bapak cakap tak semestinya diorang akan buat macam yang diorang cakap. Benda kecik, tapi melibatkan kepercayaan dan penghormatan.
Aku antara orang yang tergolong
dalam konsep ni. Kau tipu aku, aku marah. Tapi aku malas nak panjangkan cerita
sebab pada kau apa yang kau buat tu betul, so aku diamkan aje dan ikut je
kehendak kau. Tapi makin lama kepercayaan aku pada kau menipis. Kau bukan kisah
pun kan. Never mind. Tu kepercayaan aku. Aku memang susah nak percaya apa yang
kau cakap sebab bukan sekali aku kena tipu dengan kau. Finally aku iyakan apa
yang kau nak even kau tipu aku. Mengalah tak bererti kalah. Ye, aku jahat sebab
aku dendam. Aku sendiri tak suka dengan apa yang tengah jadi. Kau! Yang rasa
apa kau buat betul. Teruskan dengan perangai kau. Aku malas nak ambil kisah
dah. Sebab yang sakitnya aku. Aku yang kena tipu. Kau yang menipu tak rasa
apa-apa pun. Memang aku pentingkan diri sebab kau tak pernah usaha buat aku
jadi penting. Ah, pedulikan orang macam ni.
Allah, berikan aku hati yang
baru. Aku benci dengan hati yang penuh dengan penyakit ni.
Allah, berikan aku kesabaran
sebab sabar dan aku sangat jauh dari jangkauan.
P/s: Bila terlalu mengharap pada
manusia inilah jadinya…
Comments