Kuasa Ajaib

Cuti 3 minggu aku dah berbaki seminggu je lagi. Macam biasa la sepanjang cuti ni aku buat aktiviti bina badan je. Makan. Tido. On line. Tengok tv.. Tu je.. Boleh bayangla sekarang ni membesar bagaikan juara macam mana kan.

Ada satu hari tu aku tengok cerita Korea 'A moment to remember'.. Yang pasal perempuan tu tetiba ada penyakit alhzeimer (bantai eja je ni)... makin lama ingatan dia makin merosot then dia completely jadi budak2 sampai tak boleh uruskan diri sendiri even umur dia baru 20-an..

Cerita ni buat aku terfikir sesuatu.

Aku pernah terfikir alangkah bestnya kalau aku ada kuasa ajaib untuk padamkan ingatan pada certain benda yang aku rasa terbeban memikirkannya...

Benda yag aku nak sangat tapi susah betul nak dapatkan.

Dengan kuasa memadam ingatan tu, aku harap aku boleh lupakan 'benda' tu. So aku harap hidup aku lebih tenang tanpa tekanan.

Senang cerita, aku harap aku boleh lupakan Mr. Someone sampai dia ready nak amek aku jadi wife dia. Sebab hidup macam ni sangat menekan. Hidup dengan perasaan insecure, rasa nak kahwin dan rindu. Aku harap aku boleh hidup tanpa ingat dia langsung sampai tiba masanya. So aku tak payah fikir macam mana kalau mama dia tak setuju. Macam mana nak kahwin kalau takde duit lagi. Macam mana hidup berjauhan nanti. Macam mana kalau lepas posting jumpa orang lain yang menggugat hati... macam-macam.

Bila aku tengok cerita tu aku terfikir.. macam mana pula bila aku tengah bahagia nanti aku terpaksa lupakan semua benda yang mendatangkan bahagia pada aku sebenarnya...

Then aku sedar.. aku manusia biasa yang hina. Manusia yang sentiasa rasa tak cukup. Ada orang nak melupakan sesuatu dan ada orang yang terpaksa melupakan sesuatu... Rezeki masing-masing.. Ada orang tak nak kahwin tapi terpaksa kahwin dan ada orang yang betul-betul nak kahwin tapi belum ada rezeki lagi..

Ingat balik cerita Ketika Cinta Bertasbih, "Jodoh itu adalah rezeki yang tidak disangka-sangka."

Allah belum nak bagi rezeki lagi..
Mungkin ada hikmahnya..
Bila sampai masanya nanti, aku nak baca balik post ni dan nilai balik kenapa ALLAH tak bagi aku kahwin lagi buat masa ni.

Buat aku yang akan datang. Bila kembali baca post ni, kau akan faham kenapa ALLAH tak gerakkan hati mama si dia untuk memudahkan apa yang kamu nak pada masa ini.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.
Aku yang akan datang.. sudahkah kau tahu apa hikmahnya kau bersabar sekarang?

Comments

nmS said…
huhuhu..aku faham apa yg ko rasa. tapi kadang2 orang laki ni, tak boleh buat apa2. tambah kalo kte berkawan dengan orang yang sebaya, kita kena sabar dengan dia sebab along the way dia kena bina kerjaya dulu, tolong mak bapak n adik2..

akan sampai masa nanti..kena percaya dengan kuasa tuhan ok. mesti ada sebab semua benda ni terjadi. love u frend..hehe

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan