Posts

Showing posts from October, 2012

Rezeki

Tengok purse... ada rm4... tak cukup ni kalau nak makan macam biasa. Korek-korek tabung.. amik seringgit. Dalam hati: Ya Allah... takde duit.. nak mintak kat mak, semalam mak cakap mak pun takde duit... serba salah... Ya Allah.. kalau ada rezeki aku dari mana2, keluarkanlah. kalau dari laut keluarkanlah. kalau dari tanah keluarkanlah.. Beli nasik lauk ayam dan sayur. Rm4.40.. nasib baik bawak lebih singgit.  Dalam berjalan balik tu dok fikir.. petang ni nak makan apa? Esok? Lusa?  Puasa je la..jimat sikit. Kalau duduk matrik dulu ada la nasik lauk telur dapat Rm1.50. Kat penang ni mana dapat. Makan. Makan. Tetiba mak kol.. "ni no sape?" mak bacakan nombor2.. "nombor akaun maybank along" "mak dah masukkan Rm500" "Yeay!!! alhamdulillah ada duit..." "Duit tu paklong bagi semalam.. guna la nak belanja pastu kan cakap nak beli barang kahwin.." "Ok, mak..." Alhamdulillah... Sekali lagi Al...

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi

Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia : 1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup. 2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya. 3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada...

Save the date

Image
Minggu ni bakal suami balik rumah untuk uruskan borang kebenaran nikah. Saya duduk asrama je la sebab rumah jauh nak balik. Tunggu raya haji je la. Then dapat mesej: "Kad dah siap." "Nak tengok." Excited...padahal kad sebelah sana punya. huhu Bila MMS sampai je terus senyum sorang-sorang... Tak sangka tengah tengok kad kahwin sendiri.. Tak percaya pun ada.  Fav colour saya.. hehe Tak sabar tunggu kad kahwin sebelah saya siap. Then boleh mula edar... Khabar guestbook (GB) pulak... Hari Khamis dah hantar untuk bind hard cover. Cadang nak hard cover purple. Konon-konon nak sama dengan warna tema lah kan.. tapi kedai tu tak ada warna purple.. so takpelah buat warna hitam je.  Kedai tu janji esok (Jumaat) malam siap.  Disebabkan tidur pun dah termimpi-mimpi guestbook sampai nangis-nangis sebab dalam mimpi uncle kedai tu buat guestbook macam lain, bakal suami pun dengan baik hatinya pergi tengahari Jumaat tanya khabar GB tu..  Uncle tu...

Mohon maaf. Kalau menyampah jangan baca. TQ.

Image
Salam.. Tak ada siapa pun paksa baca blog picisan ni so kalau agak-agak wujud rasa menyampah dipersilakan klik butang (x) pada bila2 masa. Inspirasi nak pakai warna purple nanti: sumber:  http://www.facebook.com/syababmusafirkasih Tiba-tiba dapat dapat mms ni.. padahal duduk kelas sebelah je pun. TQ2.. p/s: Hidup terlalu singkat untuk membenci. Sayang semua orang even tak semua orang akan balas kasih sayang kita. Cukuplah usaha jadi yang terbaik untuk orang yang tak pernah hargai pun usaha tu. Lepas ni jadi neutral. Sudah-sudah rasa bersalah tu sebab dosa dengan Allah pun tak terhingga. Siapalah aku nak bawak rasa marah sedangkah ALLAH yang menciptakan aku pun MAHA PENGAMPUN. Dia lagi hebat tapi Dia sentiasa bersedia ampunkan hambanya. Jangan risau. Jangan risau. Jangan risau. Lupakan salah orang pada kita sebab kita pun ada salah dengan orang lain. Ke kau maksum? Hebat aih. Aku hamba ALLAH yang lemah lagi hina mohon ampun dan maaf andai ada kesalahanku pada...

For us.. DIM

Image
Progress nama kami untuk dibingkaikan. Hadiah saya untuk kami sempena majlis bulan 12 nanti.  DIM (Do. It. Myself).. Print je. Tak pandai nak reka font sendiri. Mula2 buat love dulu. Love dah siap.. buat border pulak. Guna kertas kad watna gold. Tak siap lagi. Bila penat stop sambung esok. Border siap. Tengah fikir nak letak warna apa.. Mula dengan bakal suami dulu.. Pilih hijau sebab warna tema belah dia. Mula nama saya pulak.. mula2 nak buat satu warna jugak tapi purple tu gelap sangat so mix dengan pink. Tak siap lagi. Masa ni mood malas datang so 1 huruf 1 hari.. huhu Siap! Nak buat hiasan sikit2 then beli frame pulak. P/s: Bunga telur nak DIM jugak ke?? Fikir2... Guestbook pending lagi. Kena fikir thesis dulu.

Checklist

Update.. tinggal 3 minggu 6 hari.. Lepas ni kebanyakan update memang pasal kawen2.. Sorry.. Malas nak buat blog baru (bukan pemes pun.. huhu) 1. Tarikh : Nikah : 8 Disember 2012  Resepsi : 9 Disember 2012 Bertandang: 15 Disember 2012 2. Theme & concept: Nikah : Putih Resepsi : Purple Gold Bertandang: Green Gold 3. Legal documents: Kursus kahwin: DONE Hiv Test: DONE Borang Kebenaran Nikah: DONE 4. Venue Nikah + Resepsi : Rumah, Assam Kumbang, Taiping Bertandang: Changkat Jering, Perak 5. Kenduri Menu + tukang masak: pending -tunggu meeting Khemah: Booked Pinggan Mangkuk: Booked 6. Pelamin: Done Guna yang dah ada kat rumah.. Tukar warna backdrop je. 7. Photographer Nikah : Booked Resepsi : Booked 8. Wedding outfits Nikah: DONE - Tudung: Pending. Tak sempat beli lagi. -Veil: D.I.Y Chiffon. Sulam dah siap.. tnggal ambil -Accessories: Pending. Resepsi: -Dress DONE -Tudung: Pending ...

Pembentangan Kajian Tindakan

Image
Alhamdulillah, akhirnya berakhir juga mimpi siang dan malam saya dengan kajian tindakan bagi final semester ni.. dah boleh grad dah.. yeay! Semalam saya pembentang kedua bagi kumpulan sesi pertama. Lega sangat semuanya dah berakhir. Berdebarnya toksah cakap la.. Memang menggeletar plus air-cond yang sejuk gila tu. Tersasul2 jugak masa buat ucapan permulaan.  Terima kasih untuk pensyarah dan kawan-kawan sekelas yang banyak bagi sokongan sepanjang saya siapkan kajian tindakan tu. Tambah2 pula untuk kawan2 yang sudi menjadi audience masa saya membentang. Siap bagi signal2 lagi. TQ. Untuk Bakal Suami pun tak dilupa. TQ sebab sentiasa ada untuk bagi sokongan n 2 thumbs up masa saya tengah bentang. Then siap bg signal suruh saya relaks sikit masa tengah bentang tu.. TQ.  Lepas saya merdeka dia tak merdeka lagi sebab dia kena bentang sesi tiga (pagi tadi).. Kebetulan pula masa tu saya kena jadi MC untuk dewan saya. Tak dapat la nak tengok dia bentang sampai habis. Se...