Save the date
Minggu ni bakal suami balik rumah untuk uruskan borang kebenaran nikah. Saya duduk asrama je la sebab rumah jauh nak balik. Tunggu raya haji je la.
Then dapat mesej:
"Kad dah siap."
"Nak tengok." Excited...padahal kad sebelah sana punya. huhu
Bila MMS sampai je terus senyum sorang-sorang... Tak sangka tengah tengok kad kahwin sendiri.. Tak percaya pun ada.
Fav colour saya.. hehe
Tak sabar tunggu kad kahwin sebelah saya siap. Then boleh mula edar...
Khabar guestbook (GB) pulak...
Hari Khamis dah hantar untuk bind hard cover. Cadang nak hard cover purple. Konon-konon nak sama dengan warna tema lah kan.. tapi kedai tu tak ada warna purple.. so takpelah buat warna hitam je.
Kedai tu janji esok (Jumaat) malam siap.
Disebabkan tidur pun dah termimpi-mimpi guestbook sampai nangis-nangis sebab dalam mimpi uncle kedai tu buat guestbook macam lain, bakal suami pun dengan baik hatinya pergi tengahari Jumaat tanya khabar GB tu..
Uncle tu kata kalau nak awal bawak mai RM10 tambahan. Ceh, takpelah tunggu malam karang je..
Dah malam bila pergi....
"U punya buku landscape A4, so cover tak boleh buat A4 juga.. kena guna A3.. cover tu takde stok kena tunggu.. esok la.. esok." menurut cerita semula oleh bakal suami.
Kuciwa je pergi sampai 2 kali tapi tak siap-siap lagi..
So, esok je la ambil.. harap-harap takde la benda2 yang menyakitkan hati masa ambil GB nanti.
Semoga kad kahwin sebelah saya sempat siap sebelum raya haji ni. Nak mula edar oi... pastu nak exam pulak!!
Rumet saya sampai pesan: Sabar kak.. ni baru sikit, nanti macam-macam lagi benda yang mencabar kesabaran... kami dah rasa.
Dia dah kahwin tahun lepas so banyak jugaklah dapat nasihat dari dia. huhu
Sabarkanlah aku.. dugaan betul.
Semoga dipermudahkan semua urusan.
Comments