For us.. DIM
Progress nama kami untuk dibingkaikan. Hadiah saya untuk kami sempena majlis bulan 12 nanti.
DIM (Do. It. Myself)..
Print je. Tak pandai nak reka font sendiri. Mula2 buat love dulu.
Love dah siap.. buat border pulak. Guna kertas kad watna gold. Tak siap lagi. Bila penat stop sambung esok.
Border siap. Tengah fikir nak letak warna apa..
Mula dengan bakal suami dulu.. Pilih hijau sebab warna tema belah dia.
Mula nama saya pulak.. mula2 nak buat satu warna jugak tapi purple tu gelap sangat so mix dengan pink.
Tak siap lagi. Masa ni mood malas datang so 1 huruf 1 hari.. huhu
Siap! Nak buat hiasan sikit2 then beli frame pulak.
P/s: Bunga telur nak DIM jugak ke?? Fikir2... Guestbook pending lagi. Kena fikir thesis dulu.
Comments