Rezeki

Tengok purse... ada rm4... tak cukup ni kalau nak makan macam biasa. Korek-korek tabung.. amik seringgit.

Dalam hati: Ya Allah... takde duit.. nak mintak kat mak, semalam mak cakap mak pun takde duit... serba salah... Ya Allah.. kalau ada rezeki aku dari mana2, keluarkanlah. kalau dari laut keluarkanlah. kalau dari tanah keluarkanlah..

Beli nasik lauk ayam dan sayur.
Rm4.40.. nasib baik bawak lebih singgit. 

Dalam berjalan balik tu dok fikir.. petang ni nak makan apa? Esok? Lusa? 
Puasa je la..jimat sikit.
Kalau duduk matrik dulu ada la nasik lauk telur dapat Rm1.50. Kat penang ni mana dapat.

Makan. Makan.

Tetiba mak kol..

"ni no sape?" mak bacakan nombor2..
"nombor akaun maybank along"
"mak dah masukkan Rm500"
"Yeay!!! alhamdulillah ada duit..."
"Duit tu paklong bagi semalam.. guna la nak belanja pastu kan cakap nak beli barang kahwin.."
"Ok, mak..."

Alhamdulillah...
Sekali lagi Allah bagi masa betul2 sesak..
Allah tu sangat baik.
Allah, bagi aku jadi solehah jugak.. amin~

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas