Tinggal 2minggu
Lama betul tak update..
dulu-dulu ingat bila nak kawen nak update selalu tapi bila tiba masa tak sangka macam-macam hal jadi sampai tak sempat nak update. So, hari ni sementara ada semangat nak update, update secara rawak je la ye..
1. Persiapan almost 70% dah siap.. tinggal 2 minggu lagi. Macam-macam perasaan ada. Rasa sedih, gembira, tak sabar, kurang pasti.. macam2 la..
2. Baju untuk akad nikah, kenduri dan bertandang semua dah siap. Semua mak jahit sendiri. Aku buat beading. Penat gak buat beading. Even tak sama dengan baju-baju kat butik pengantin tu, tapi aku suka semua baju sebab buat sendiri semua..
3. Bunting dah tempah.. semalam orang tu kata dah post. Maybe minggu depan sampai. Aku tempah dari fb je.. ni link dia..
Bunting majlis. Ikut tema purple gold. |
4. Mula-mula rasa nak mekap sendiri.. tetiba mak bingung siapa nak pakaikan crown.. Crown aku beli sendiri. Sebab aku tak jumpa kedai yang nak sewakan aksesori pengantin. Last2 mak tempah jugak mak andam untuk aku. Takut jugak sebab tak pernah mekap.. Harap2 tak jadi buruk..
5. Thanks kepada Finie, Che Ji dan Fanara sebab bagi hadiah.. Tak lupa jugak untuk Yana sebab bagi hadiah. Antara yang terawal bagi hadiah. Harap-harap datang la keduri nanti taw..
6. Kad kahwin dah edar.. 500 keping semuanya. Tu pun tak cukup. Huhu.. Thanks kepada acu dan maksu sebab sponsor kad kawen saya.. Suka sangat..
7. Mak buat sliding door sebab nak rumah rasa luas masa kenduri.. Memang makan duit banyak jugaklah. Tambah pulak kenduri pertama keluarga kami..
8. Adik-adik dah tolong pack keropok, kerepek dan kuih untuk goodies bags.. Tinggal nak masukkan dalam goodies bag je unt doorgift. Yang ni mungkin nak buat dalam minggu terakhir.
9. Last but not least, aku still GEMOK. Dah hilang semangat nak kurus. Lantaklah. Tinggal 2 minggu lagi pun. Makin dekat hari makin selera pulak aku makan. So, jadi pengantin gemok la nanti. Malas fikir.
Di kesempatan ini saya nak jemput semua kenalan untuk hadir ke majlis perkahwinan saya di Taiping pada 9 Disember nanti..Maaf kalau ada yang tak dapat kad.
Comments